Followers

Thursday, August 25, 2011

Jangan Bunuh Anak Bangsa(Melayu)

Melayu mengawal politik. Melayu mengawal pegawai kerajaan. Melayu mengawal polis. Melayu mengawal tentera. Kedaulatan Raja-raja Melayu. Tapi, berdaulatkah bangsa Melayu?

Saya bersimpati dengan ejen yang dilantik KDN untuk melaksanakan pemutihan warga asing sebagai pekerja yang sah. Baca sini.

Menurut blogger JUST READ, mereka tidak dilayan secara wajar oleh KDN. KDN tidak melayani ejen mereka sebagai client. Malah, ejen dibuli, dan tidak dihargai. Mereka sudah mengeluarkan banyak modal untuk menyewa mesin biometrik namun mereka dilayan dengan teruk.


KSU KDN, Tan Sri Mahmood Adam telah mengumumkan pendaftaran pekerja asing pemutihan adalah percuma, sedangkan yuran yang dikenakan RM35 oleh ejen. Tan Sri Mahmood mengeluarkan arahan PATI boleh didaftarkan percuma oleh pegawai immigresen dan membunuh business ejen yang sudah melabur menyewa mesin biometrik.

Beliau juga membenarkan Pejabat Pos dan MYEG mendaftarkan PATI secara percuma. Jika kementerian ingin membuat pendaftaran secara percuma, mengapa melantik ejen yang sepatutnya boleh mengutip yuran sebanyak RM35 dan mereka sudah mengeluarkan duit untuk melabur ke mesin biometrik?

Dan pendaftaran percuma oleh pegawai immigresen tidak sepenuhnya percuma. Ada runner dan ada yuran off record untuk mempercepatkan proses. Ada sesuatu yang tidak kena kerana ejen yang dilantik oleh KDN sendiri seramai 330 ramai yang gulung tikar.

Adakah pegawai kerajaan cuba jeopardized orang politik kerana dipercayai ejen yang dilantik kebanyakkannya mempunyai hubungan politik? Dan perkara sebegini akan merugikan BN juga. Apa kata Menteri Dalam Negeri? Di mana pembelaan terhadap ejen berkenaan?

Seorang kawan saya menelefon dan nada marah memberitahu beliau tidak akan mengundi BN. Beliau sangat marah kerana pekerja asing kilangnya yang diputihkan dinaikkan levi sebanyak RM 50 sekepala. Beliau marah kerana rasa diperbodohkan. Kerajaan buat duit mudah dengan ter'register'nya pekerja seramai 1 juta dengan tambahan levi sebanyak RM 50 sekepala.

Siapa sebenarnya yang sedang mentadbir Malaysia sekarang ini? Sedarlah ini merupakan zaman ledakkan maklumat dan OSA sendiri sudah menjadk obsolete. Semua orang boleh buka blog dan baca sebarang maklumat.

Saya masih ingat, KSU yang sama iaitu Tan Sri Mahmood ingin melebarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 ke media cyber dan ingin mengenakan sekatan hingga ke facebook. Cadangan beliau mendapat tentangan ramai termasuk KJ. Dan saya setuju dengan KJ dalam isu itu.

Sepatutnya, dasar kementerian dibuat oleh menteri, dan pegawai kerajaan hanya melaksanakan. Saya harap menteri berkenaan segera bertindak bagi membetulkan keadaan. Jangan dibunuh anak bangsa.











1 comment:

mat debu said...

orang politik ...... kalaulah mereka ini benar-benar iklas ... aman negera.