Melihat kekalutan yang berlaku, dengan terlalu banyak politiking yang dimainkan, Malaysia boleh menjadi stagnant. Malaysia memerlukan seseorang yang jujur dan ikhlas, tidak berkepentingan dalam mereformasikan Malaysia.
Segala institusi yang terkena virus dan corrupted perlu diperbetulkan. Iye diperbetulkan kerana ayat itu bagaikan hilang dalam kamus politik negara ini. Semua poli-tikus hanya mengejar populariti, ingin duduk ditampuk kuasa selama mungkin. Ini menjurus kepada ketidakberkesana mereka kerana terlalu lama memegang kuasa.
"The art of governing consists in not letting men grow old in their job". Kata Napoleon.
Tun Dr. Mahathkr pernah mencadangkan supaya dihadkan penggal seseorang Perdana Menteri kepada hanya dua penggal, lebih kurang lapan tahun. Ironinya, Tun sendiri Perdana Menteri yang paling lama memegang kuasa iaitu 22 tahun.
Blogger Outsyed the Box juga memberi cadangan yang sama. Katanya, ini sepatutnya desakan yang perlu dibuat oleh BERSIH, bukan lapan perkara yang mereka tuntut. Mengapa pemimpin PR sendiri tidak menuntut supaya tempoh seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada hanya dua penggal? Ini kerana mereka juga berangan andaikata PR menawan Putrajaya, mereka juga ingin menjadi Perdana Menteri selama mungkin.
Malah dalam PR begitu ramai tokoh yang sepatutnya sudah bersara dari politik. UMNO sudah menukar sebanyak 7 Presiden tetapi berapa kali DAP menukar pemimpin de factonya? Lim Kit Siang masih bermaharajalela, Karpal Singh masih ingin berkuasa walau sudah berkerusi roda. Di Kelantan Nik Aziz merupakan MB paling lama iaitu selama 20 tahun. Moralnya mudah, tidak ada sesiapa yang ingin turun dari kerusi empuk kuasa walau mereka mengaku warak, zuhud, liberal dan transparent.
Samada kerajaan atau pembangkang, semua orang politik tidak mahu turun dari tampuk kuasa kecuali terpaksa atau dipaksa seperti Pak Lah. Justeru itu sistem perlu dirombak menghadkan pemegang jawatan hanya perlu memegang jawatan selama dua penggal maksimum. Ini termasuk juga wakil rakyat, ahli parlimen dan adun.
Perkara sebegini perlu diperjuangkan dan dituntut untuk dilaksanakan. "All powers are corrupt, absolute power corrupt absolutely."
Sekarang ini Malaysia sangat memerlukan seorang PM sepenggal. Seorang PM sepenggal tidak akan takut membuat tindakkan tidak popular, tidak takut desakan dan tekanan, tidak akan berkompromi soal asas kepentingan Melayu dan Islam, tidak akan kompromi soal keselamatan dan kestabilan negara.
Apabila seseorang PM bercita-cita untuk memegang kuasa lebih lama, ini menjurus kepada sikap 'play safe', kompromi pada tempat yang tidak kena, takut tindakkannya menjadi tidak popular dan sebagainya. Ini antara sebab Malaysia tidak mempunyai leadership selepas Tun Dr. Mahathir bersara.
Kita dipandu oleh Pemandu dan con-sultan. Ahli politik kita? Auto pilot sambil membuat kerja lip service mencari populariti pada sebarang isu, termasuk isu vital seperti kepentingan Melayu.
Jika PM sepenggal muncul dan berani, dan reformasi ini berjaya, beliau boleh diberi mandat sepenggal lagi. Jika tidak beliau perlu turun untuk beri peluang orang baru mentadbir.
Amerika Syarikat menghadkan penggal Presiden mereka hanya kepada dua penggal. Ini benar-benar menghidupkan amalan demokrasi. Sesuatu yang Malaysia juga boleh pelajari.
6 comments:
saya setuju, terbaik jika PM ada had tempohnya.. idea baru akan keluar utk Malaysia.
saya sokong juga hehehe
dlm masa sepenggal, apa yg dapat dilakukan? Tun ambil masa 22 tahun utk keluarkan malaysia dari tempurung negara mundur kepada negara membangun! putrajaya berhenti berkembang sejurus Tun turun & ramai kata akan jadi gajah putih! dolla tumpukan ke projek masjid kristalnya!
jika 4 tahun memerintah, rancangan meningkatkan kemajuan akan jadi mini2 projek yg tak akan berkembang menjadi pembangunan raksaksa. bandar2 sedia ada akan menjadi statik krn tidak lancar bila pentadbiran baru memutuskan utk membatalkan projek lama & umumkan projek/program baru...
serupa di mana2 jabatan..ketua baru akan hentikan program ketua lama walaupun program lama mendatangkan hasil yg baik! kesnya ketua baru nak popularkan dirinya & lupuskan populariti ketua lama! sampai bila 'evil cyclical' ini akan berakhir krn yg menjadi mangsa ialah kakitangan bawahan? jika negara plak, rakyat yg menjadi mangsa?
Cakap memang senang..
Senang ke nak cari calon yang benar benar layak untuk jawatan PM di Malaysia ni bro? Ramai ke? Tak percaya tanya Tun M.
Salam semua,
1. Tidak semua pemimpin mcm Tun. Kalau kita dpt leader mcm setiap kali bertukar PM alhamdulillah tapi kalau mcm Pak Lah?
2. Soal sapa jadi PM bukan kiga cari. Contoh dlm hal Pak Lah, adakah kita ya v cari tapi sistem menentukan org x berkelayakan sepertinya juga boleh naik. Nak menurun bukan senang pula, sebab itu perlu diletak had supaya mereka tidak kekal berkuasa lama2 jika tidak perform.
Sdr Wan Mohd Shahrir,izin saya ucapkan tahniah
anda pelopor pandangan kontra.
Semenjak ulasan anda di terbit, ramai sunggoh blogger yang mengutarakan dan melempar ketidakpuasan hati terhadap kurang nya keprihatinan kerajaan dan pati pimpinan Najib atas isu isu yang luas dan amat tinggi kefahaman dan tafsiran keputusan Najib semanjak 2008..saya dah kumpul semua yang saya dapat jumpa.Tak mesti mereka penyokong PR PAS PKR sahaja.
mimpi ngeri orang melayu akan menjadi kenyataan ? masin mulut.
terima kasih.
arjuna waspada
changkat lobak.
Post a Comment