Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat yang mendoakan anak saya segera sembuh. Saya sangat menghargai doa saudara-saudara sekelian.
Silence is the most powerful cry. Kata seseorang. Antara lagu yang terkenal berkaitan 'kesenyapan' adalah 'Silence is golden' dan 'The sound of silence'.
Pak Lah, bekas PM ke lima terkenal dengan 'elegant silence'nya. Beliau jarang membalas semula apa-apa sahaja tuduhan ke atasnya, dan tidak menjawab semula beberapa tuduhan atau serangan dari Tun Dr. Mahathir dan pengkritk beliau yang lain. Kesenyapannya menyebabkan beliau kehilangan jawatannya.
Ada sesuatu yang sedang berlaku sekarang ini. Kata Napoleon, dalam hidup kita samada King, atau hanya pawn. Di Malaysia, sekian banyak pawn yang sedang mencaturkan raja-raja mereka. Dan pawn-pawn ini paling lantang bersuara, bertempik dan melalak.
Anehnya, seseorang yang kebiasaanya vocal sedang mendiamkan diri. Sangat aneh, kerana ia menyalahi semulajadinya. Kita tidak dengar lagi beliau memberi sebarang komentar dalam isu-isu yang vital. Kesenyapan Tun Dr. Mahathir ini bukan elegant, tapi 'dread silence'.
Jika saya seorang PM, saya lebih suka Tun Dr. Mahathir sedikit mengkritik saya. Setidak-tidaknya saya tahu apa yang beliau lakukan, atau fikirkan. Kesenyapan dari beliau menakutkan. Kita tidak tahu apa yang beliau fikirkan, atau akan lakukan.
Tiba-tiba semua orang memperkatakan tentang 'Hermit of Langgak Golf'. Benarkah beliau - 'The Hermit' - seperti julukan yang diberi oleh seseorang merupakan third force - bukan Ambiga, bukan Pak Samad?
Jika benar, bagaimana perancangan akan dilaksanakan? Melalui 'vote of no confidence'? Lompat parti? Dari dalam UMNO? atau diluar UMNO?
Saya memerhati, dan kelihatan bidak-bidak sedang sibuk mencaturkan raja masing-masing. Sementara raja mereka masih enggan berkata-kata, bidak-bidak yang tidak banyak tahu ini yang banyak berkata-kata. Kesenyapan ini menakutkan.
Long live the king!
No comments:
Post a Comment