Followers

Monday, August 15, 2011

Ingatan 500 Tahun Kejatuhan Melaka.

Pada hari ini, 15 Ogos 2011, genap 500 tahun jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis. Melayu perlu mengenangi peristiwa hitam itu sebagai pembuka ruang Melayu akhirnya dijajah olek kuasa Eropah. Portugis, kemudian Belanda dan seterusnya Inggeris.

Jika Melaka tidak jatuh, mungkin peribadi Melayu sebagai bangsa merdeka dan tidak pernah dijajah akan berlainan, seperti Thailand dan Jepun. Malaysia juga mungkin tidak wujud, dan mungkin Tanah Melayu dan beberapa pulau dalam Kepulauan Melayu akan menjadi satu negara. Wallahualam.

Hakikatnya, tumbangnya Melaka merupakan prelude kepada penjajahan dunia Melayu - Malaysia dan Indonesia. Dunia Melayu telah dipisah oleh Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang membelah Nusantara kepada bawah pengaruh Inggeris yang merdeka menjadi Malaysia, Singapura dan Brunei. Manakala yang lain dibawah pengaruh Belanda lalu menjadi Indonesia moden.

Melaka tidak jatuh kerana lemah. Melaka jatuh krana perpecahan dalaman sesama pembesar Melayu, rasuah, musuh dalam selimut seperti Si Kitol dan Raja Mendeliar. Terdapat penduduk Melaka yang membantu Portugis menjelang penaklukan kerana tidak puas hati dengan Sultan, pembesar dan sesama pedagang. Mereka marahkan nyamuk, lalu membakar kelambu.

Selepas 50 tahun lebih Malaysia merdeka, sudah ada tanda-tanda anak cucu cicit penduduk Melaka bakal mengulangi kesilapan nenek moyang mereka. Masih ramai yang tidak merasa bersalah menjadi ejen asing, memburuk-burukkan Malaysia diluar negara, malah yang sanggup merelakan campurtangan asing ke Malaysia asalkan puak mereka berkuasa.

Biar kita tidak sependapat dan berlainan ideologi, namun kita perlu bersetuju, siapa yang berkonspirasi dengan kuasa luar memburuk-burukkan Malaysia, mereka adalah pengkhianat.

Melayu mudah lupa, dan kita tidak mahu neo-imperialisme. Biar hanya kejatuhan Melaka saja satu-satunya sejarah hitam bangsa Melayu.

Katakan tidak kepada Kitol dan Mandeliar Moden.

2 comments:

Dot said...

pengkhianat patut dipancung!

kalau ikut hudud, penderhaka kpd pemerintah hukumnya adalah 'bunuh'!

Malaysia kena ikut hudud, barulah ramai hilang kapla!

penderhaka tegar ialah mrk yg KERAPKALI ke luar negara & buruk2kan bangsa, agama & negara sendiri sedangkan kita hidup aman damai di bawah pemerintah yg adil. semua dapat bekerja cari makan, tiada siapa yg disekat utk mendapatkan ilmu, rezeki & semuanya bergerak bebas ke seluruh pelusuk negara. tidak ada halangan utk mengejar kejayaan & kekayaan SELAGI TIDAK BERTENTANGAN DGN UNDANG2 SERTA HUKUM AGAMA...ada sesiapa rasa tersiksa? terancam? teraniaya? dihalang utk bergerak? tak makan? tak minum? tak boleh beribadat dgn aman?...kalau semua ni tak ada, maka bersyukurlah...

katakan tidak kpd pengkhianat!!

Wake UP! said...

Salam Bro. Bro ni dah + bro dalam blog gua. So harap lu pun add gua dalam blog lu. hehehe

Si kitol dan mendaliar zaman moden ialah Al Jub dan KJ.