Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan, Datuk Shahrizat Jalil mendesak supaya BN meletakkan 30% wanita bertanding dalam PRU akan datang. Kononnya, ini bagi mengiktiraf jasa kaum hawa, sekaligus mengangkat martabat dan mengakui peranan mereka dalam pendidikan, ekonomi dan kepimpinan negara.
Memang wajar dan memang mulia tetapi..........
UMNO masih belum belajar. UMNO masih ditakuk lama. Sesetengah pemimpin UMNO masih hidup dalam budaya 'group feeling' dan politik yang sempit. Masih insecure dengan kuasa yang ada, dan sanggup membunuh bakat-bakat muda jika tidak sehaluan dengan mereka. Masih berpolitik ala-ala warlord gitu.
Hari ini, Kak Ijat membuat sambutan Hari Wanita di PWTC. Semalam saya terjumpa seorang wakil rakyat wanita ADUN Pahang. Saya bertanya beliau tidak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri program berkenaan. Jawapnya beliau tidak mendapat jemputan!
Saya terkejut kerana sebagai seorang ADUN PAhang, satu-satunya ADUN wanita dalam Dewan Undangan Negeri Pahang, bagaimana kementerian boleh terlepas pandang untuk menjemput beliau ke sambutan Hari Wanita?
Untuk mencari winnable candidate bukan senang, apalagi dalam era BN bukan winnable secara mudah. Saya amat kenal wakil rakyat berkenaan. Beliau antara wakil rakyat yang sangat rajin turun melihat kesusahan pengundinya. Sering melawat orang sakit, orang meninggal dunia, mangsa kebakaran dan mangsa banjir. 'Pendek kata', beliau hands on dengan kerja-kerja beliau.
Ingin mencari winnable wanita candidate lagi susah dalam sentimen politik yang dikuasai oleh kaum lelaki. Tidak ada salahnya wakil rakyat berkenaan untuk tidak dijemput kecuali beliau datang dari puteri bukan dari sayap wanita. Namun beliau wakil kaum hawa yang kononnya Shahrizat ingin perjuangkan.
UMNO perlu ubah sikap. UMNO perlu rapatkan barisan. Ketepikan soal group, soal assabiyah geng tak geng, soal puteri mengancam sayap wanita. Kapal yang mungkin karam, kita masih bergaduh soal remeh.
Setidak-tidaknya, wakik rakyat berkenaan dipilih rakyat, bukan masuk pintu belakang dengan menjadi senator untuk dilantik menjadi menteri kerana kalah di parlimen sendiri. Hormatilah suara undi-undi akar umbi beliau.
BN nak menang pilihanraya atau tidak?
2 comments:
BN nak menang tapi UMNO nak kalah.
haha, ramai pemimpin umno masih belum berubah dn merasa bahawa umno akan kekal abadi tetapi mereka lupa bahawa yang hidup pun pasti akan mati....
Post a Comment