Followers

Wednesday, August 17, 2011

Bagaimana Jika Hitler Memang Tiada Senjata Rahsia?

Selepas kekalahan 6th Army di Stalingrad di bawah Field Marshal von Paulus, dan kekalahan Erwin Rommel di Al-Amein kepada Bernard Montgomery, German tidak pulih lagi. Bermulanya 'the great turning point' dalam Perang Dunia Kedua. Selepas ini, kedudukan German berubah dari menyerang ke bertahan.

Menjelang tamat Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, Third Reich telah di asak dari Timur dan Barat. Dari Timur, Red Army diketuai oleh Georgi Zhukov membawa seramai 2.5 juta tentera menyerang German. Dari Barat, tentera Amerika dan British Empire diketuai oleh Dwight Eisenhower mula merangka strategi untuk mendarat di Normandy, berhadapan dengan Atlantic Wall yang setaraf dengan Maginot Line di Perancis.





Buat julung-julung kalinya German diasak sebegitu sejak bermula Perang Dunia Kedua. Kedua-dua tentera Bersekutu berebut untuk sampai dulu ke Berlin. Red Army dan Sekutu Barat berlumba-lumba menakluk Berlin sebagai yang pertama kerana senang dalam perundingan membelah German nanti untuk meminta wilayah-wilayah.


Inner circle Hitler berbelah bahagi cara menangani masalah ini. Hitler melarang sesiapa pun menyebut perkataan 'menyerah'. Kaki-kaki bodek Hitler seperti Goering dan Himmler cuba melepaskan diri masing-masing. Seorang pengikut Hitler, Albert Speer sebagai seorang yang rasional mengakui German akan kalah dalam Perang Dunia Kedua.

Albert Speer merupakan arkitek kegemaran Hitler, juga secara personal rapat dengan Hitler. Dalam Perbicaraan di Nuremberg, Speer menyatakan, jika Hitler mempunyai kawan, beliau merupakan satu-satunya kawan Hitler.

Speer telah dilantik sebagai Minister of Armaments. Tugasnya adalah menyediakan logistik, develop senjata dan menyediakan panzer, luffwaffe dan sebagainya. Ketika itu, Hitler sedang develop roket V2, sebagai missile tanpa pemandu.

Hitler kecewa dalam Battle of Britain apabila Luffwaffenya banyak yang ditembak oleh Royal Air Force ketika mengebom London. Hitler terpaksa memberhentikan serangan ke atas London untuk bersedia berperang dengan Rusia.

Dalam memoirnya: Inside the Third Reich, Speer menceritakan majoriti rakyat German Hitler mempunyai senjata rahsia untuk mengalahkan tentera Bersekutu. Hitler akan menggunakan senjata berkenaan apabila musuh mula memasuki Tanah Air German.

Sebagai Menteri Persenjataan, Albert Speer menafikan khabar angin itu. Namun rakyat German enggan percaya. Akhirnya, German tewas dalam Perang Dunia Kedua, bangsa itu telah dibelah menjadi German Barat, dikawal oleh Nato, dibawah pengaruh kapitalis, dan German Timur, dibawah Pakatan Warsaw, dibawah pengaruh Soviet atau komunis.

Ketika DSN mula-mula menjadi PM, langkah pertama beliau adalah meliberalisasikan 27 sektor dan tidak hanya pegangan bumiputera saja. Kemudian kita dikejutkan dengan pemansuhan Kementerian Koperasi dan Perusahaan yang mana kementerian yang menjaga kepentingan Melayu. Dalam pelan Model Ekonomi Baru, asalnya langsung tidak menyentuh kepentingan Melayu. Kemudian PERKASA dan Majlis Perunding Melayu mendesak PM memasukkan semula agenda Melayu.

PEMANDU yang dipimpin oleh Idris Jala hanya berminat dengan statistik dan result. KPInya hanya bagaimana Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Soal Melayu bukan masalah Idris Jala kerana beliau sendiri Orang Kelabit. Bumiputera tetapi tidak Melayu.

Saya masih ingat janji PM dalam satu pertemuan yang dianjurkan oleh GEMPITA. Kepentingan Melayu tetap akan dipelihara, cuma cara perlu berubah. DEB sudah terbukti gagal, perlu pendekatan lain. Beliau berjanji beliau ada 'secret weapon' atau cara tersendiri yang lebih subtle. Saya faham politik dan saya berpuashati mendengarnya.

Namun melihat begitu banyak perkembangan mutakhir, saya meragui benarkah PEMANDU dan Khazanah membawa agenda Melayu. Benarkah mereka memikirkan untung nasib orang Melayu selepas mereka sendiri sudah menjadi golongan elit?

Pertukaran saham Air Asia-MAS adalah ketuanan Tony Fernades. Mungkin MAB juga akan jatuh ke tangannya. Airport Sungai Besi didalangi oleh Jho Low, pemuda berusia 20an. Datuk A Kadir Jasin pernah menulis dunia sudah terbalik. DAP di Pulau Pinang memberi kontrak kepada pemuda Melayu berukur 19 tahun bernilai jutaan ringgit.

DAP cuba memenangi hati majoriti, UMNO pula cuba memenangi minoriti.

Sebagai Melayu, saya ingin bertanya: bagaimana jika sememangnya Mein Fuhrer tidak ada 'secret weapon?'.




No comments: