Isu Lynas di Pahang akan mengurangkan lagi kredibiliti PKR. PKR makin lama makin jelas parti yang hilang arah dan hala tuju, masih bernafas dan hidup di atas spin dan penipuan. Sejurus BERSIH usai, setelah kedengaran ada peserta yang mati, Tian Chua telah tweet dan mengatakan Allahyarham mati dengan tangan bergari.
Kemudiannya kita ketahui yang pura-pura mati adalah Suhardi, dan yang benar-benar mati adalah Baharudin. Penipuan dan spin yang melampau adalah trademark PKR. Darah daging mereka.
Selama bertahun-tahun, Fuziah Saleh mewujudkan keresahan dan ketakutan dikalangan penduduk Kuantan berkaitan isu Lynas. Tanpa merujuk kepada pakar yang sebenar, Fuziah memainkan sentimen bahaya Lynas seperti rektor loji nuklear.
Apabila seorang Ahli Parlimen PAS iaitu Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat bercakap mengenai Lynas berdasarkan fakta, PAS sendiri tidak boleh terima. Dalam blog Tinta Merah, MSO mengkritik beliau dan berkata sepatutnya Che Rosli hanya mendiamkan diri saja.
Tanpa segan silu, MSO minta Che Rosli bersubahat membohongi rakyat. Sebagai seorang yang terpelajar, Che Rosli sudah tidak tahan melihat bagaimana isu ini dispin dan diputar belit oleh Fuziah dan Harakah - sangat jauh dari fakta. Che Rosli mengambil keputusan untuk bercakap benar. Beliau dikritik hebat oleh rakan-rakan seperjuangannya.
Inilah mereka penggerak BERSIH yang menuntut SPR mengubal pilihanraya mengikut lapan tuntutan. Mereka minta ketelusan sedangkan mereka tidak telus. Sudah jelas, PR tidak minat untuk menjadi tauladan kepada tuntutan mereka sendiri.
Kita sudah boleh bakulsampahkan lapan tuntutan berkenaan.
1 comment:
PAS adalah barang kitar semula yang bakal menjadi barang lusuh yang tidak boleh dikitar semula..
PKR adalah barang lusuh yang sudah tidak boleh dikitar semula
Post a Comment