Itu merupakan ayat pertama Roussoue dalam bukunya yang terkenal: 'Social Contract'. Jika diteliti, ada kebenaran kata-katanya. Walau sebebas manapun manusia, sebagai haiwan sosial manusia terikat dengan berbagai keterbatasan. Agama dan budaya antaranya.
Belum diambil kira undang-undang negara, undang-undang negeri, syariah, kerajaan tempatan dan sebagainya. Bukan satu kebetulan Roussoue menamakan bukunya 'Social Contract'. Hanya orang yang menyendiri tanpa bersosial mungkin boleh berbuat sesuka hatinya kerana tindakkannya tidak menyakitkan insan lain.
Jika kita bercakap tentang kebebasan, kita berkiblatkan Barat. Kita akan cakap di Amerika manusia bebas itu dan bebas ini. Amerika juga tidak menganggap aktiviti seks, malah homoseksual sebagai jenayah. Demokrasi memang aneh. Kita percaya manusia yang memuja demokrasi rasional dan bijak memilih. Lantas mereka menyangka atas nama demokrasi, semua tuntutan adalah valid.
Alam semulajadi sudah menetapkan, menjadi manusia sebagai haiwan sosial, individu perlu menyerah beberapa hak peribadinya kepada pemerintah. Ini termasuk tidak melakukan kerosakan pada hsrta awam dan menyakitkan individu lain. Jika seseorang melanggar peraturan ini, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan berdasarkan peruntukkan yang dibenarkan.
Saya ingin bebas, bebas sebebas bebasnya. Namun saya akui keterbatasan saya. Buat masa ini, bahkan teknologi masih mengongkong saya. Wireless fidelity atau 'wi fi' tidak sebenar-benarnya fidelity dari segi wirelessnya.
Bateri Blackberry saya masih perlu dicharge, begitu juga laptop dan playbook. Benar ianya membenarkan saya wireless dan 'no string attach' buat seketika, but in end I am attach to the string somehow.
Saya masih terantai dek wayar-wayar teknologi yang masih tidak sepenuhnya 'wirelss'. Indeed, everywhere I am in chain.'
No comments:
Post a Comment