Followers

Monday, July 18, 2011

Hapuskan Politik Kotor: BERSIH Engkar Tuntutannya Sendiri.

Mari kita semua bersikap rasional.

1. BERSIH bukan satu gerakan NGO. Ia merupakan 'political tool' kepada parti atau gabungan parti yang mencari alasan memburukkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah melalui proses demokrasi. Pada tahun 2007, BERSIH 1.0 merupakan gerakan NGO yang mana dihadiri seramai 40ribu orang yang akhirnya dihijack oleh Anwar dan sekutunya. Ramai peserta yang 'genuine' rasa tertipu walau diberi jaminan oleh pengajur tidak akan ada campurtangan oleh orang politik.

2. Kesan kepada BERSIH 1.0, BN telah dinafikan majoriti 2/3 dan PR telah menang 5 negeri. Satu fakta yang perlu diingat, sebelum PRU ke 12, beberapa individu yang pro BN juga turut menyokong usaha menumbangkan Pak Lah yang membuat kenyataan kurang bijak "saya pantang dicabar."

3. BERSIH 2.0 meyaksikan hanya satu pihak menggunakan NGO untuk kepentingan politik mereka. Puak ini sudah kehilangan sekutu dari pro BN yang tidak ada masalah dengan pentadbiran PM Najib. Puak ini juga sudah gagal menipu beberapa pihak yang tertipu dengan dakwaan BERSIH 1.0 tidak ada campurtangan politik. Hanya anak-anak muda yang masih tertipu BERSIH merupakan usaha 'murni' membawa Malaysia ke arah 'fair and clean election.'

4. Setelah berjaya menafikan 2/3 kerusi BN dan menang 5 negeri, BERSIH sebenarnya sudah hilang 'legitimacy' mengapa BERSIH 2.0 perlu diadakan. Beberapa dakwaan picisan seperti pengundi hantu dan nama dari alamat yang sama hanya mampu memenangi hati budak-budak muda yang naive - yang belum pernah mengundi atau baru sekali mengundi. Ia tidak meyakinkan majoriti rakyat Malaysia yang rasional yang menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana BN hampir tewas dalam PRU ke 12.

5. Paling mustahak sekali, selepas BERSIH 2.0, PR telah menggandakan asakan kepada PM Najib, bukan BN hingga carried away dan melakukan apa yang BERSIH tuntut: hapuskan politik kotor. Beberapa siri propaganda dari cybertrooper PR terlebih spin hingga membawa padah.

6. Spin yang pertama adalah kematian Allahyarham Badarudin. PR telah melakunkan kematian Suradi yang kononnya mati dalam keadaan bergari. PDRM telah membalas fitnah ini dengan mengeluarkan gambar sebenar Allahyarham. Tidak ada penafian dari pihak PR yang sebelum ini sudah spin dalam blog dan twitter bahawa Allahyarham Badarudin mati bergari.


Gambar di atas merupakan fitnah terbesar yang PR lakukan. Berita ini palsu dan dengan menggunakan template Utusan Malaysia, komonnya Datin Sri Rosmah mengaku membeli cincin dengan duit tabungan dari kecil! Fitnah ini telah disebar melalui Facebook. Ada beberapa kelemahan dalam fitnah ini untuk menyakinkan 'reasonable man'. 

Pertama, ada rencana yang mengiktiraf BERSIH diterima diluar negara. Kedua, berita tentang Datuk Maznah menafi beliau bertanding Parlimen dan berita tentang KJ meragukan. Isi berita itu juga dikaburkan. Mustahak sekali, Utusan tidak mengeluarkan sama sekali berita ini.

Berkaitan dengan isu cincin, beberapa dakwaan PR meragukan. Pertama cincin yang semahal 24 juta itu dicourierkan sedangkan pembeli boleh dengan mudah memakainya. Kedua kononnya seorang pegawai kastam keturunan India yang proses kemasukan cincin yang dibeli oleh isteri seorang VVIP. 

Pendedahan blogger APANAMA telah membongkar segalanya. Baca sini. Blogger berkenaan dengan bukti menyatakan cincin itu milik Jakob &Co  yang mana based mereka di New York dibawa masuk ke Malaysia bagi pertunjukan private.

Akhir sekali, politik kotor yang dimainkan oleh PR adalah pilihanraya Facebook. Ini sangat kekanak-kanakan apabila mereka membuat page minta Datuk Seri Najib meletak jawatan atas alasan lebih dari 100ribu mendesak beliau meletak jawatan.

BERSIH yang menuntut hapuskan pengundi hantu dan undi pos ini meyakini keadilan pilihanraya facebook mereka. Individu yang 'like'.page berkenaan boleh jadi datang dari orang yang sama dengan berbagai akaun facebook, atau budak umur 10 tahun turut mengundi sudah cukup bagi mereka mendesak PM yang dipilih rakyat secara demokratik dan sah.

Dengar cerita PAS akan mengadakan BERSIH 3.0 jika tuntutan mereka tidak dilayani. Bagaimana mereka merasakan mereka layak membuat tuntutan apabila mereka sendiri pengamal politik kotor dengan fitnah dan spin yang melampau? Paling melampau adalah lakunan orang mati yang mana langsung tidak ada rasa hormat dari pihak BERSIH terhadap insan yang mengorbankan nyawa demi perjuangan mereka.

Inikah pihak yang ingin menuntut ketelusan dan keadilan? 

How can you win any revolution with the courage of old men and the wisdom of college boys? 

BERSIH dan PR makin kehilangan credibilitynya. Saya percaya, majoriti pengundi masih boleh berfikir dengan waras untuk memilih mereka dari menjadi kerajaan.


2 comments:

Anonymous said...

aku pun tak paham apa lg yg diorg tak puas hati

Anonymous said...

Betul juga kata mantan PM kita yang "Melayu Mudah Lupa" tapi saya takkan lupa 13 MEI.