Followers

Friday, July 15, 2011

Demokrasi di Malaysia.

Ini teori saya. Saya bukan 'political scientist'. Teori saya ini datang dari campur aduk buku yang saya baca. Tidak berani saya katakan kajian empirical. Sekadar dari pemerhatian saya sahaja.

Sistem politik umat manusia selalu bermula dengan sistem 'kuasa mutlak'. Samada menggunakan institusi seperti chieftain, raja, maharaja, general atau sultan, pemusatan kuasa pada individu selalunya sistem politik yang awal. Mungkin raja yang pertama adil dan saksama, mempunyai penasihat yang bagus. Lama ke lamaan anak-anak raja sudah tidam mendengar masalah rakyat lagi, dan penasihat juga kebanyakkannya kaki ampu.

Apabila rakyat tidak tahan dengan kezaliman raja, mereka akan bangun memberontak. Jika rakyat sudah bangun memberontak tidak ada raja atas dunia ini boleh menahan kuasa rakyat lagi walaupun dengan kuasa tentera.

Kita ambil contoh Revolusi Perancis. Ia tidak digerak oleh mana-mana parti politik walaupun sudah ada puak Jacobin dan Girondin. Apabila rakyat Perancis tidak  tahan dengan keborosan raja mereka sedangkan mereka kelaparan, maka berlaku Revolusi Perancis.

Revolusi Perancis tidak membawa kemakmuran dan keamanan serta merta. Rakyat Perancis melalui berbagai proses pasca revolusi yang meyaksikan begitu banyak kekejaman yang dilakukan oleh orang yang memegang kuasa atas nama 'rakyat.'

Robbiespiere dan 12 orang yang memerintah yang dipanggil 'Reign of Terror' memancung lebih banyak kepala dibandingkan dengan King Louis. Ketika itu, hampir tidak ada 'law and order'. Sesiapa yang dituduh sebagai 'aristocrat' akan dibunuh serta merta oleh mob. Begitu juga dengan loyalist, mereka akan dibunuh tanpa melalui proses pengadilan.

Apabila keadaan huru hara dan kuasa tidak dipusatkan kepada sesiapa, rakyat merindui seorang yang kuat kembali memulihkan 'law and order.' Ini memberi kuasa kepada individu seperti Napoleon Bonaparte. Beliau menjadi First Consul, kemudian Emperor dan memerintah Perancis secara kuku besi. Selama dua puluh tahun Perancis berperang dan mengorbankan banyak nyawa.

Aneh bila kita fikirkan, demokrasi yang kita agung-agungkan akan memundurkan negara apabila tidak ada kuasa yang sebenar boleh mendispilinkan rakyatnya. Singapura bukan sebuah negara demokrasi dalam erti kata yanv sebenar dan mereka berjaya memajukan rakyat, dan mendisiplinkan mereka. Pemimpin muda Singapura baru belajar erti sebenar demokrasi.

Demokrasi sepatutnya elok kerana ianya menggalakkan percambahan fikiran yang kreatif, tidak seperti negara totalitarian. Namun kepada pendukung demokrasi yang tidak matang, ia lebih membawa kehuru haraan. 

Malaysia sebuah negara demokrasi, dengan sistem Raja Berpelembagaan. Demokrasi di Malaysia sudah dituntut agar seperti demokrasi di Eropah atau Amerika. Malaysia negara baru. Tidak seperti Eropah atau Amerika yang mengalami proses revolusi seperti Revolusi Amerika, Revolusi Industri, Revolusi Perancis dan sebagainya.

Satu kelemahan rakyat Malaysia yang ketara adalah mereka mudah disway berdasarkan emosi. Amat jarang mereka mendapat maklumat tepat, menyelidiki sesuatu perkara dan mustahak sekali memahami Perlembagaan dan 'rule of law' sebagai pemain politik yang sebenar.

Dalam perbincangan saya dengan Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut, perkataan yang kurang untuk pengamal demokrasi di Malaysia ini adalah 'educate'. Mungkin yang minat.politik seorang pelajar doktor, atau engineer atau arkitek, tetapi mereka tidak di 'educate'kan dengan kemahiran perlembagaan.

Dan parti-parti dalam Malaysia juga tidak educate ahlinya tentang 'accountability' dan juga 'ethic'. Lahirlah sebegitu ramai joker turn politician.


No comments: