Followers

Wednesday, June 22, 2011

Apa Kata Survey???

STAR telah membuat poll tentang BERSIH. Keputusannya: 99% setuju BERSIH diadakan.

STAR merupakan suratkhabar MCA. Memang aneh apabila akhbar ini 'menyetujui' demonstrasi BERSIH walaupun kononnya itu keputusan 'undian' online. Timing poll itu diadakan juga mencurigakan. Apa motif STAR?

Setelah 'kesilapan' bodoh ini dilakukan, STAR mengeluarkan kenyataan keputusan 'poll' itu telah dieksploit. Kebiasaan poll disertai seramai 50 000 pengundi untuk beberapa hari, tapi kali ini telah disertai seramai 400 000 pengundi. Menurut sumber STAR, siasatan mereka mendapati IP address pengundi datang dari pengundi yang sama. Meragui keputusan poll mereka sendiri STAR telah remove poll berkenaan.

Damage had been done. 

STAR berjaya memberi gambaran BERSIH mendapat sokongan 99% rakyat Malaysia. Tahniah! BN sudah ada trojen horse yang baru. 

Sementara itu, BERNAMA mendapati pemandu teksi menentang BERSIH. Masalahnya kata Rocky's Bru, survey itu dibuat hanya terhadap seorang pemandu teksi. BERNAMA mendapat kenyataan dari timbalan presiden PETEKMA yang mewakili 25000 pemandu teksi dan limo.

Segala bergantung pada niat. Niat BERNAMA dan niat STAR boleh diduga.

Kata Voltaire: "Lord, protect me from my friends, I know how to overcome my enemies".

Awas BN, kita mungkin tidur dengan musuh dalam selimut.

Alangkah indah jika masalah dunia ini boleh diselesaikan dengan hanya nombor, polling, survey dan carta.

Mari kita semua bermimpi......


3 comments:

Mohd said...

Orang Melayu janganlah terpedaya dgn hasutan parti Pembangkang ini. Lihat shj kaum Cina dan India kebanyakannya melihat shj dari jauh dan menunggu utk mengaut Putrajaya dari tangan kaum Melayu.
Kerajaan BN haruslah bertindak menangkap semua penganjur Bersih2 di bawah ISA kerana mengancam keselamatan dlm negara.
Mengikut kajian yg telah dibuat oleh suratkhabar The Star, lebih satu juta rakyat Malaysia mahu Bersih2 diadakan. Ini mungkin kerja Pembangkang yg akan membuat pengundian secara beribu kali seorang di komputer. Tidak masuk akal langsung bahawa terdapat di Malaysia ini lebih sejuta orang yg begitu bodoh yg inginkan huru-hara tercetus di Malaysia dan seterusnya hidup susah dgn nyawa sendiri dan keluarga terancam.
Fikirlah masak2 wahai rakyat Malaysia.
Sesal dahulu kedapatan, sesal kemudian tidak berguna!

Wake UP! said...

Salam. MCA tu senada dengan DAP. Maklum sajalah Cina akan bela sesama Cina.

Bukan macam Melayu suka tikam sesama Melayu.

Dot said...

kalau sejuta setuju, berapa juta yg tidak setuju? malaysia ada 27 juta penduduk. sejuta saja yg setuju. 26juta lgi tak setuju!!!!

nak pakai lojik depa saja! gila ka apa nak ikut sejuta undi? berpuluh2 juta lagi walaupun tak bersuara, boleh senang2 campak ketepi ka? nanti yg berpuluh juta pergi lanyak yg sejuta tu, nak kata apa???

ada akai ka nak suruh majoriti tunduk kpd minoriti?