Salah satu filem yang saya minati adalah Matrix. Matrix membawa banyak perubahan kepada dunia perfileman. Kita boleh lihat pengaruh Matrix dalam iklan, serta filem-filem lain. Revolusi yang paling ketara yang mana sering digunakan semula adalah 'bullet time'. Tapi itu tidak mengujakan saja.
Matrix bukan sahaja bagus dari segi action pack dan special effectnya, malah plot dan kedalaman falsafahnya yang mengujakan saya.
Matrix terhasil dari ketaksuban mesin untuk mencipta kesempurnaan. Dalam ketaksuban itu mesin gagal memahami manusia bukan makhluk yang hanya berdasarkan rasional dan logik. Manusia mempunyai sifat yang berlawanan, dan paling penting manusia juga dikawal oleh emosinya.
Pencipta Matrix dipanggil Architect. Bosan dengan dunia manusia yang tidak sempurna, Artificial Intelligent yang pada mulanya dicipta oleh manusia mencipta mesin yang lebih baik. Akhirnya mesin ini cuba mencipta dunia yang sempurna yang diperintah dan ditadbir oleh mesin.
Dalam usaha Architect nencipta dunia yang sempurna iaitu Matrix, maka lahirlah Neo. Neo merupakan manusia yang lahir bersama mesin, dan boleh mengubah Matrix sesuka hatinya. 'Hukum alam' dalam Matrix tidak mengikat Neo. Mindanya tidak tertakluk kepada hukum logik yang dicipta oleh Architect untuk manusia biasa dalam Matrix.
Ini membingungkan Architect. Walaupun telah menggunakan segala ketepatan pengiraan matematik, masih wujud kecacatan dalam dunia Matrixnya. Architect sendiri memanggil Neo sebagai 'anomaly'.
Kemudian muncul Oracle. Jika Architect merupakan bapa kepada Matrix, Oracle merupakan ibunya. Oracle pada mulanya dianggap sebagai manusia yang mempunyai kebolehan meramal, justeru itu ia dipanggil Oracle. Hanya Neo yang mengetahui Oracle juga hanya program dan bukan manusia.
Oracle dicipta untuk memahami disebalik sana dunia manusia. Dunia yang jauh dari pemikiran rasional dan logik, sesuatu yang dunia A.I dan Architect tidak memahaminya. Manusia merupakan makhluk yang complicated. Sebagai haiwan yang rasional, mereka merupakan spesies paling berjaya diplanet ini. Namun mereka bukan hanya dikawal oleh rasional mereka. Mereka turut dikawal oleh emosi dan psikik mereka.
Oracle merupakan program yang dicipta untuk memahami subconscious manusia. Dalam dunia sebenar, Sigmund Freud merupakan ahli psikologi yang pertama menemui subconscious manusia.
Semakin Oracle memahami misteri subconscious manusia, semakin ia bersimpati dengan manusia. Matrix adalah dunia minda yang dicipta oleh mesin supaya manusia berfikir mereka masih hidup sebelum dunia mesin mengambil alih planet ini.
Mesin memerlukan manusia untuk dijadikan bateri sebagai sumber tenaga mereka kerana perang yang berlaku, cahaya matahari tidak sampai ke bumi lagi. Mesin yang bergantung kepada tenaga solar hilang punca tenaganya. Lalu Matrix diwujudkan bagi menternak manusia.
Oracle merupakan program yang memahami psikologi manusia sudah tidak merasa tindakkan irrational manusia sebagai misteri lagi. Seperti katanya: " you already made a choice, but you just want to understand why you made that choice."
Tidak seperti Architect yang terlalu bergantung kepada logik dan deduction of logic, Oracle memahami menjadi manusia,mereka bukan hanya dikawal oleh pemikiran rasional dan logik, namun juga ditentukan oleh emosi mereka.
Lantas Oracle sebagai program akhirnya bersimpati dengan manusia. Ia membebaskan minda manusia yang pertama dan akhirnya manusia membentuk pemberontakkan terhadap Matrix.
Emosi, kata Architect, adalah kelemahan manusia, namun emosi juga merupakan kekuatan yang tidak ada pada mesin.
Dan Deep Blue telah mengalahkan Gary Kasparov.
2 comments:
in short, human beings are gifted with intuitions and knowledge can be acquired so don't let yourselves be manipulated by other human being so easily...think a little bit more!
think what not people/government can give you but what can you give to the nation!!!!
don't be misled by perceptions, too! there are so many good things in this world. why only 'see' the ugly ones??
IBM may have created a 'perfect' machine but human beings can be more thoughtful!!
fuhhh thanx..... post kali ini membuat kan saya lebih memahami cerita matrix
Post a Comment