Followers

Thursday, June 16, 2011

Hooligan, Bukan Erdogan.

Saya tidak tahu dari mana datangnya julukan Erdogan dalam PAS terhadap kem pro Anwar. Saya pernah terbaca posting Datuk A. Kadir Jasin yang juga tidak bersetuju dengan julukan Erdogan kepada kem pro Anwar dalam PAS.

Erdogan, Perdana Menteri Turki membawa semula benih-benih Islam ke bumi Turki. Puak pro Anwar pula menyokong penzina, peliwat dan Timbalannya sendiri pengkhalwat. Puak pro Anwar mengenepikan kepimpinanan ulama, dan tidak juga menobatkan profesional. Mat Sabu dan Mahfuz Omar bukan golongan ulama ataupun professional. Mereka dalam kelas 'hooligan'.

Demi perpaduan dan persenyawaan dengan DAP, hudud dan negara Islam sudah bukan keutamaan. PAS semakin hari semakin terpesong dari matlamat asal kewujudnnya. Mereka makin bankrap idea, lalu muncul perarakan yang diberi nama BERSIH.

BERSIH menuntut macam-macam yang boleh diselesaikan di Parlimen. Mereka dakwa atas nama demokrasi. Masalahnya, selesaikah apa yang mereka perjuangkan dengan berarak mengusung orang Melayu mengganggu ketenteraman awam demi menuntut perkara yang boleh diselesaikan melalui parlimen dan pilihanraya.

Dalam blog MSO, Tinta Merah dimuatkan kenyataan Pemuda PAS kononnya pilihanraya tidak telus walaupun mereka pernah memenangi lima negeri. Kononnya kalau lebih telus, mereka akan menang lapan negeri!

Kelemahan orang PAS ini sebenarnya mereka terlebih ilmu mistik, kurang ilmu mantik. Jika bukan kerana PKR dan DAP semasa PRU ke 12, PAS bukanlah parti yang significant. Jika kerajaan tidak telus, pembangkang jangan mimpi boleh menang mana-mana negeri pun. Mereka bukan hanya menang lima negeri, menang lapan PRK dan memenangi 16 kerusi di Sarawak. Jika kerajaan mempunyai keupayaan mengatur undi yang tidak telus, mengapa dilakunkan pembangkang boleh menang lima kerusi. Dan selama ini jika menurut logik pembangkang, kemenangan mereka bukan kehendak rakyat tapi telah diatur oleh kerajaan.

How pathetic!

Jika kita perhati, hanya dua kaum yang sanggup membodohkan diri berarak menuntut perkara yang bukan-bukan melalui demo jalanraya. Pertama Melayu PAS dan PKR, kedua India HINDRAF. Cina yang terlibat hanya aktivis politik. Majoriti kaum Cina walaupun pro pembangkang tidak minat memperbodohkan diri mereka diperalatkan walaupun oleh DAP.

Mereka akan lebih mementingkan perniagaan mereka, mengukuhkan empayar ekonomi dan menjadi kuat dari diperalatkan. Sebenarnya,merema memperalatkan dua kaum ini.

Mengapa Melayu PAS dan Melayu PKR dan India? Logik akan berkata sesuatu tetapi bukan dari saya kerana nanti saya akan dituduh rasis. Tapi kaum Cina sering menganggap mereka lebih superior. And they act like one.

Kesimpulan, puak pro Anwar dalam PAS ini tidak sesuai dipanggil Erdogan. Mereka tidak cultured, suka politik jalanan dan dipimpin oleh streetfighters. Terbaru,mereka setuju menggugurkan negara Islam, yang mana PM Turki pula menghidupkan ciri-ciri Islam di Turki.

Perkataan yang tepat terhadap kem pro Anwar ini adalah 'hooligan'.

4 comments:

Anonymous said...

sebab org melayu dan india je yang miskin, org cina byk yg kaya. org kaya duduk umah jaga harta, org miskin tiada apa2 nk disimpan, keluar bertempur demi keadilan..depa ni nk hidup xsusah je, la ni susah sangat nk sara hidup semua naik harga. cuba lah jaga golongan miskin2 ni. sy yakin BN lebih kuat dan terus berjaya. wallahualam

KELISA DURI said...

Mereka tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka dapat..Apabila menang kerana mereka hebat dan pan dai memimpim .. tetapi apabila kalah SPRM berat sebelah,... tak adil...
Macam di Perak bila ada ADUN lompat parti mereka minta pilihanraya semula... biar rakyat yang tentukan keadilan.... Tidak kah mereka sedar tentang ketentuan Tuhan..... Wassalam

Wake UP! said...

Hooligan tu amat tepat sekali. Satu lagi ialah samseng kampung yang bodoh.

sri tribuana said...

Yup bro Wake Up, I kind of like your latest article, not so latest but the one regarding Zahid's comment on BN cybertrooper.