Followers

Sunday, April 5, 2009

One Malaysia

Dato' Sri Najib telah membayangkan tema pemerintahan beliau adalah 'One Malaysia.' Ini sebenarnya bukan tema baru. Ini adalah semangat Barisan Nasional selama lebih 50 tahun menangani dengan baik isu perkauman.

Memang terdapat rengekan di sana sini tetapi secara keseluruhannya, dengan mempunyai dua kaum besar selain bangsa asal Melayu, Barisan Nasional berjaya menjana ekonomi dengan adil dan menjaga kebajikan sosial dengan saksama.

Saya sering menulis tentang ketuanan Melayu bukan untuk menjadi rasis dan membenci kaum lain. Malah saya mempunyai ramai kawan dari kaum Cina yang mana ada macam saudara saya sendiri kecuali berlainan agama dan keturunan.

Tidak menjadi salah dilahirkan Melayu, Cina atau India. Semuanya adalah umat manusia. Kajian terbaru sains juga mendapati, semua bangsa adalah berasal dari hanya satu DNA seorang lelaki dan seorang perempuan.

Fahaman agama dan latar-belakang budaya yang berlainan sering menimbulkan perselisihan kaum. Saya menentang fanatiksme, jumud dan taklid. Saya juga menentang golongan ekstermis tidak kira dari agama apa.

Saya menulis dan mengingatkan orang Melayu sendiri, terutama pemimpin bahawa kepentingan Melayu adalah menggarisbawahi perjuangan politik kita, malah kewujudan kita sendiri.

Saya percaya, ramai masyrakat kaum Cina dan India boleh menerima hakikat ini cuma ahli-ahli politik baik Melayu, Cina dan India akan menggunakan landasan perkauman untuk menjadi hero kaum masing-masing.

Ketuanan Melayu dan perjuangan mengekalkannya adalah natural kepada semua pemimpin Melayu dan bukan batu loncatan untuk naik dalam politik, kemudian bercakap berbelit-belit dengan kaum lain bila memerlukan sokongan mereka.

Ini umpama pepat diluar, rencung di dalam. Ringkasnya, hipokrit.

Mengapa di zaman Tun Dr. Mahathir parti chauvanis seperti DAP tidak mendapat tempat dihati kaum Cina? Jawapannya senang: One Malaysia, walaupun slogan itu tidak dicipta dizaman beliau.

Tun Mahathir yang pernah dipecat dari UMNO selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dilabel sebagai ultra-Malay tetapi apabila beliau menjadi PM, beliau diterima oleh semua pihak. Kaum Cina dan India tidak menganggap beliau chauvanis dan Melayu juga tidak anggap beliau lemah.

Bangsa Melayu, dan dua lagi kaum terbesar ini perlu akui bahawa formula kemajuan dan keamanan adalah co-existance iaitu tiada bangsa dan kaum tidak memerlukan kaum dan bangsa yang satu lagi.

Orang Melayu memang terkenal dengan sifat tolenrasi yang tinggi tetapi jangan cuba mengambil kesempatan. Cuba bandingkan Melayu Malaysia dengan orang-orang Indonesia, siapa lebih tolenrasi?

Oleh kerana sangat memahami denyut dan nadi bangsanya, Tun Mahathir memberi peluang kepada sesiapa yang berkemampuan, membantu golongan yang kurang cekap untuk bersaing dengan yang sudah maju.

Beliau membuka ruang kepada kaum Cina yang diakui lebih cekap berniaga dan membantu orang-orang Melayu untuk mencapai kemajuan yang sama. Begitu juga dengan kaum India.

Jika ada kepentingan Melayu terancam seperti 99 tuntutan oleh Sinqui beliau akan tegas menentang dan menrasionalkan mengapa hak-hak istimewa itu eksklusifnya Melayu. Dalam masa yang sama, beliau tidak menyekat kemajuan kaum lain jika mereka berkemampuan.

Bandingkan dengan zaman Tun Abdullah. Pemimpin kita sangat kerap minta maaf walaupun dalam isu-isu yang remeh(cium keris dll) hingga mereka terhidu kelemahan kita. Peluang ekonomi pula banyak mengalir kepada anak menantu Perdana Menteri dan menyekat peluang berniaga kaum lain.

Sudah tentu dalam keadaan sedemikian, bangsa Melayu juga cemas kerana pemimpin mereka tidak berani(saya tidak kata pengecut), kaum Cina dan India pula rasa terancam apalagi ada yang cuba menjuarai arena politik UMNO dengan hendak menonjolkan imej fighter Melayu dengan mengukit DEB dan sebagainya.

Akibatnya dalam pilihanraya 2008, BN kalah teruk. Ini adalah manisfestasi kaum Cina tidak menyokong MCA, kaum India tidak menyokong MIC dan undi Melayu pecah ke PKR dan PAS malah DAP.

Saya tidak tahu kebenarannya tetapi menurut Malaysia Kini, kata Datuk Loke Yuen Yow MCA menuntut kerusi Timbalan Perdana Menteri.

Jika benar, saya berasa lucu kerana MCA tidak cemerlang langsung dalam pilihanraya 2008. MCA hanya menang 15 kerusi dari 40 kerusi yang diperuntukkan, malah mereka penyandang kepada 30 kerusi. Sepatutnya mereka malu mempunyai ahli kabinet seramai ini dibawah kabinet Tun Abdullah.

Jika mereka gagal menangani isu-isu kaum Cina dan kaum Cina sendiri tidak menganggap mereka saviour mengapa mereka menyalahkan pemimpin UMNO. Adakah kerana cium keris dan tidak jadi Timbalan Perdana Menteri punca mereka kalah teruk? Sudah lebih 50 tahun formula ini berjaya mengapa cium keris adalah punca kekalahan mereka?

Saya rasa MCA perlu muhasabah diri sebelum membuat tuntutan macam-macam.


Update: Akhirnya The Star, 6hb April 2009 melaporkan Datuk Dr. Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA telah menyokong kenyataan Datuk Loke Yuen Yow, penolong Setiausaha MCA tentang tuntutan MCA minta Perdana Menteri menimbangkan Timbalan Perdana Menteri dari kaum Cina. Kononnya mereka boleh bersuara dengan lebih baik jika Timbalan Perdana Menteri dari kaum Cina.

Saya sudah nyatakan, mereka tidak cemerlang dalam pilihanraya 2008. Mereka berguna kepada BN selagi mereka boleh menambahkan syer BN dan dapat meyakinkan orang Cina dan mereka terbukti gagal. Mereka tidak boleh menunding jari menyalahkan parti komponen lain jika mereka gagal memenangi hati orang Cina.

Apa jadi kepada BN jika kaum India menuntut kerusi Timbalan PM. Apa jika kaum-kaum bumiputera seperti di Sabah dan Sarawak yang banyak membantu BN dalam syer pemerintahan juga menuntut perkara yang sama. Saya rasa Sabah dan Sarawak lagi layak menuntut kerana mereka adalah fix deposit BN.

Apa yang menyebabkan MCA sangat yakin mereka sangat bernilai?

5 comments:

SukriAli said...

TPM II:
personally, aku tak rasa MCA yakin yang mereka amat bernilai kepada BN...
motif MCA bukan susah kita nak terjemahkan, ini cuma satu lagi tuntutan yang bermotifkan politik dari MCA untuk dapatkan kembali sokongan pengundi berbangsa Tionghua dorang...

secara peribadi, aku tak menentang idea ni...
tapi kalau berpaksikan alasan, "kami akan menyampaikan suara orang² Cina dengan lebih baik," iasanya agak sukar untuk diterima...
kalau tu alasannya, adakah 60 tahun selama ni MCA gagal 'bersuara dengan baik'?

mereka tersepit antara suara kepentingan orang Cina² dalam isu² pendidikan & ekonomi yang berjaya diperjuangkan (secara vokal) oleh DAP...

ironinya, kelemahan MCA ni dikatakan atas sikap berlembut mereka dengan UMNO...

sekian saja dua posen saya...

sri tribuana said...

sikap berlembut MCA ke atas UMNO???
terbalik tu

SukriAli said...

pada Cina, MCA berlembut dengan UMNO
- isu pendidikan (terutama sekali berita kegagalan pelajar² Cina utk enroll ke IPTA), ekonomi terutama sekali dasar DEB - yang dikatakan memihak kepada Melayu

pada Melayu, UMNO berlembut dengan MCA - isu ketuanan Melayu, desakan² dari MCA/Gerakan/DAP yang ditangani dengan lemah oleh UMNO

p.s
mungkin Aiteh boleh ulas sistem pastisan berasaskan kaum di M'sia - adakah masih relevan?

sri tribuana said...

Jawapannya senang: selagi Melayu rasa dia Melayu, Cina rasa dia Cina dan India rasa dia India jawapannya: relevan.

Jika mereka semua rasa mereka liberal, x relevan lah.

700 tahun orang Islam memerintah Sepanyol tapi tidak menjadikan mereka orang Sepanyol. Bagi orang Sepanyol, Islam dan Arab tetap penjajah.

sukriali20 said...

hehe~ i rest my case~