Semalam pembaca saya minta saya sediakan gadget yang boleh terjemahkan blog saya ini ke bahasa Inggeris. Beliau adalah Mahmood SyedFaheem dan saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana akhirnya saya berjaya mencari dan menyediakan gadget itu, walaupun saya tidak puas hati dengan mutu terjemahannya.
Saya boleh menulis dalam bahasa Inggeris tetapi saya lebih cenderung untuk menulis dalam bahasa ibunda saya. Insyaalah jika ada masa saya akan buat sendiri terjemahan blog ini.
Apa yang saya nak tekankan di sini, saya sedikit meradang bila saya siapkan gadget terjemahan, ianya bertanya apa bahasa saya. Saya cari Bahasa Malaysia kerana saya amat yakin bahasa Melayu memang tidak ada.
Malangnya saya tidak jumpa. Saya hanya jumpa Bahasa Indonesia. Bukan saya menidakkan atau melekehkan bahasa Indonesia tetapi bahasa itu sendiri berakar umbikan bahasa Melayu.
Memang bahasa Indonesia ada campuran bahasa jawa seperti 'minggat'(lari), 'jidat'(dahi), 'bocah'(kanak-kanak), 'ganteng'(tampan) dan berbagai lagi tetapi bahasa Indonesia dari segi etymologinya adalah bahasa melayu.
Sekarang bahasa Melayu sudah pupus. Di Indonesia ia dikenali dengan nama bahasa Indonesia. Di Malaysia juga dia sudah pupus. Di Malaysia ia dikenali bahasa Malaysia.
Bahasa menunjukkan bangsa penuturnya. Lenyapnya bahasa Melayu amat menyedihkan saya seakan-akan lenyap pula bangsa Melayu. Saya tidak faham mengapa bahasa Melayu ini dinamakan bahasa Malaysia.
Malaysia adalah negara dan bukan bangsa. Bahasa yang dijadikan bahasa rasmi adalah bahasa Melayu dan bukan bahasa Malaysia kerana Malaysia tiada bahasa kerana ia bukan bangsa.
Amerika yang bertutur bahasa Inggeris tidak panggil bahasa itu sebagai bahasa Amerika. Mereka tetap memberi penghormatan kepada bangsa penuturnya iaitu bahasa bangsa Inggeris, walaupun penuturnya berketurunan Itali, kulit hitam atau orang Asia yang mempunyai slang tersendiri.
Mungkin seperti cium keris juga agaknya, kita takut menamakan bahasa Melayu ini bahasa Melayu kerana takut ada kaum lain terasa. Mungkin juga kerana kita ghairah sangat hendak mewujudkan perpaduan hingga korbankan bahasa Melayu demi untuk orang Malaysia, sama sekali menghakiskan identiti(jati diri) bangsa Melayu itu sendiri.
Perpaduan yang kita harapkan tidak akan terjadi selagi kaum selain Melayu sendiri masih kekal dengan adat resam, bahasa dan budaya nenek moyang mereka. Mereka tetap mempunyai bahasa Tamil, bahasa Cina dan sebagainya, cuma orang Melayu sudah kehilangan bahasa mereka sendiri.
Renungkanlah.
3 comments:
Salam,
teruskan menulis orang Jerantut. tulislah tentang UMNO dan bagaimana UMNO boleh berubah untuk diterima masyarakat. Pemimpin UMNO Jerantut tak ada blog sebab tak peka kepada masyarakat tetapi PAS dan PKR sering mengutuk pemimpin UMNO.
- bERANIKAN hATI
terima kasih saudara brave heart, bukan mereka para pemimpin umno jerantut tu x peka cuma mereka masih pemimpin zaman revolusi industri sedangkan dunia dh dari revolusi maklumat ke digital dan dh nak ke nano mereka masih gagal berubah...
jika gagal berubah kita mcm dinosour walaupun kuat, pupus akhirnya
Harus disedari bahawa Melayu sentiasa dimusuhi dan sentiasa akan cuba dihapuskan di negara. Walaupun mereka tahu usaha itu mustahil berjaya. Sekurang-kurangnya mereka berusaha. Pertama sekali nama Melayu itu sendiri akan cuba dihapuskan secara tersirat dan tersurat. Sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak disebutkan nama-nama keturunan pendatang (imigran). Bukan Melayu sebeginilah yang dikatakan petualang dan subversif.
Post a Comment