Followers

Monday, April 6, 2009

27 ribu Judul Buku

Dalam Astro Awani, katanya, Malaysia perlu mengeluarkan 27000 judul buku setahun sebagai sebuah negara maju.

Sebenarnya saya sendiri sudah lama bimbang melihatkan sastera kita di Malaysia ini. Jika saya merayau-rayau di Kinokuniya atau MPH, buku berbahasa Melayu sangat kurang. Jika ada pun macam hidup segan mati tak mahu.

Apa guna kita menerbitkan berjuta buku setahun jika khalayak pembacanya kurang, malah hampir tidak ada. Kalau dahulu, buku-buku sastera Melayu seperti karya A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Arena Wati dan ramai lagi diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, sekarang saya tidak tahu lagi kerana ianya tidak dipasarkan di kedai buku seperti MPH atau Times.

Saya tidak pasti kerana memang orang kita kurang minat membaca atau strategi pemasaran mereka yang lemah. Jika kita tidak membeli karya-karya mereka, akhirnya mereka sendiri tidak akan berkarya kerana tidak dapat menampung mata pencarian mereka.

Saya mengesyaki, masalah ini timbul kerana kurangnya minat orang kita, Melayu terutamanya dalam pembacaan. Masa saya di ITM dahulu, kebanyakkan rakan saya hanya menumpu perhatian kepada apa yang akan keluar peperiksaan sahaja. Bagi mereka buku adalah sesuatu yang menakutkan hingga menimbulkan fobia.

Universiti asalnya adalah product dari Revolusi Industri. Para industrialist menyediakan universiti bagi menampung pelajar-pelajar membuat research bagi pihak mereka. Mana bahan yang berguna untuk di'kilang'kan akan dikomersialkan.

Akhirnya universiti menjadi tempat berkumpulnya para intelektual. Justeru masyarakat Barat selepas Renaissance dan Enlightment mementingkan pemikiran rasional dan saintifik, akhirnya institusi ini merupakan tempat cerdik pandai atau cendiakawan menjadi pemikir sepenuh masa.

Tidak kurang juga yang hanya ingin mendapat ijazah untuk mencari kerja.

Selama kita di universiti, ianya tidak mencukupi untuk digelar intelek jika kita hanya membaca mengikut sillibus. Minat kena timbul terhadap berbagai ilmu, tidak kira samada berkaitan dengan jurusan atau tidak.

Dalam erti kata lain, pembacaan adalah proses pembelajaran seumur hidup dan bukan perlu berhenti sebaik kita graduate dari universiti.

Makin kurang khalayak pembaca maka makin kuranglah buku boleh dicetak. Penulis diberi honorarium berdasarkan jumlah buku yang dibeli. Jika kita tidak membaca, penulis dengan sendiri tidak dapat berkarya, atau tidak dapat menumpukan sepenuh masa kepada karya-karya mereka.

Saya rasa bukan target 27 ribu tu kena didahulukan. Target melebarkan khalayak pembaca itu perlu didahulukan.

2 comments:

YANG GAMBI said...

Betui la tu buntat, awak kena juga baca kitab "Babul Jimak" untuk perjalanan kehadapan awak buntat.........

Anonymous said...

masalah rakyat malaysia skrg, kurg berminta dgn bacaan ilmiah dan sastera melayu..