Followers

Tuesday, April 21, 2009

Bangsa Pulau

Great Britain, Jepun dan Singapura mempunyai satu persamaan: mereka adalah bangsa pulau. Sebagai sebuah negara pulau, mereka selalu merasa tidak selamat(insecured). Ini membentuk budaya tidak ingin kalah mereka.

Seperti kita tahu, Great Britain telah menguasai hampir 3/4 dunia ketika zaman kegemilangan mereka. Mereka negara kecil, penduduk tidak ramai tetapi dengan penjarah-penjarah mereka yang handal seperti Captain James Cook dan ramai lagi, menjadikan mereka penakluk dunia.

Ketika Perang Napoleon, Britain mencurahkan berjuta-juta pound sterling dengan menyokong musuh-musuh Perancis seperti Austria, Prussia, Sepanyol dan Belanda. Tentera darat mereka tidak ramai, tetapi berdisiplin. William Pitt, Perdana Menteri British ketika itu yang menjadi 'mastermind' bagaimana dan apa yang perlu dilakukan untuk menjatuhkan Napoleon.

Begitu juga ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Britain merupakan player yang penting dan aktif bagi mencatur negara-negara continent dengan duit, kekuatan laut, genius politik dan diplomasi mereka. Sementara continent menjadi medan perang, Great Britain sendiri hampir tidak dapat disentuh oleh musuh-musuhnya.

Jepun juga tidak kurang hebatnya. Jepun merupakan 'aggressor' ketika Perang Dunia Kedua. Jepun menyerang negara-negara lebih besar darinya seperti China, Siam, Australia dan Tanah Melayu.

Mereka sering berasa tidak selamat dan sentiasa bersiap-siaga dari segi ilmu, ketenteraan dan ekonomi.Kedua-dua bangsa pulau ini sering melakukan apa yang dikatakan 'pre-emptive strike.' Mereka bangsa offensive.

Jiran kita Singapura juga negara pulau. Saya malas nak ulas asalnya bangsa Melayu penguasa Singapura di sini. Singapura terkenal dengan budaya kiasunya iaitu budaya tidak mahu kalah.

Saya hairan mengapa Perdana Menteri ke Lima, Tun Abdullah membatalkan jambatan bengkok. Ini sangat membantu Singapura. Saya juga hairan mengapa ada 'sympathizer' Singapura dalam pentadbiran beliau.

Pembinaan jambatan bengkok ini memberi advantage kepada Malaysia dan sudah tentu Lee Kuan Yew tidak mahukan ini(maklumlah Kiasu).

Cuma saya pelik mengapa scenario tidak menguntungkan jiran kita ini di sokong oleh ahli politik Malaysia seperti Datuk Shahrir Samad dan Datuk Nur Jazlan Mohamed. Kedua-dua tokoh ini orang Johor. Tidak hairanlah Tun Abdullah juga memberi alasan pembatalan ini kerana orang Johor tidak mahu Jambatan Bengkok ini.

Sekarang media Singapura sedang melagakan Tun Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Street Times sudah memulakannya. Kononnya Najib akan membuat keputusan untuk tidak membina jambatan itu kerana tidak mahu dibayangi Tun Mahathir. Tun Mahathir orang yang mengkritik hebat pembatalan Jambatan Bengkok ini.

Seperti kata Datuk Ruhanie Ahmad, Singapura mengamalkan politik 'realist-independence', sementara Malaysia pula mengamal sikap 'realist-interdependence. Lebih memalukan, menurut beliau, polisi Malaysia adalah 'enrich thy neighbour' atau perkayakan jiran anda.

Wahai politkus-politikus Malaysia sekelian, ingatlah Singapura merupakan bangsa pulau.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Ini kawan nak cakap pasal Bahasa Pulau kat awak, adalah kira2 40 tahun dulu, pulau-pulau sekitar Pahang-Johor kat Laut Cina Selatan (kawan tak yah sebut pulau apa ), kawan pelik sikit bahasa percakapan deme, contohnya :-

PELANTAK bermaksud SUAMI
PENYEDAP bermaksuf ISTERI
MAN bermaksud SAYA, AKU, I (dalam BI)

Jadi, deme cakap " Ini lah dia Pelantak Man ", bermaksud " Inilah dia suami saya", begitulah setrusnya........Ini kisah benar kawan dapat dari sebuah pulau di Pahang.