Followers

Friday, April 24, 2009

Dilema Melayu(Pasca Tun Mahathir)

Ketika masih di Tingkatan Enam(1991), seorang cikgu pernah membuat andaian, lagi 30 tahun, katanya, Malaysia akan jadi seperti Hong Kong, Singapura atau Indonesia. Maksud beliau itu adalah dari segi sosial, agama dan liberalisasi. Ketika beliau membuat 'ramalan' itu, apa yang kita fahami sebagai globalisasi dan liberalisasi belum wujud.

Dunia masih lagi 'bersempadan', internet tidak pernah kedengaran sama sekali. Berita hanya didapati dari RTM dan TV3. Astro sendiri pun masih belum wujud. Dengan ringkas, berita dan maklumat masih lagi monopoli pemerintah dan mereka boleh mencorakkan pemikiran rakyat Malaysia.

Saya menulis topik ini atas kesedaran dan kebimbangan, sejauh mana liberalisasi ini akan mengikis jatidiri bangsa Melayu dan Islam. Apa yang jelas, kita sudah tidak boleh mempunyai identiti lagi. Islam sudah hanya menjadi pegangan peribadi dan bukan agama penting di bumi Melayu ini. Malah, Malaysia sendiri sudah tidak diakui milik penduduk asalnya lagi iaitu orang Melayu.

Beberapa hari setelah kabinet di bentuk, reaksi pertama kepada yang peka adalah, ke mana peginya MARA, SMIDEC, TEKUN, PKK setelah Kementerian Usahawan dan Koperasi di mansuhkan. Setelah di terangkan bahawa 'agenda Melayu' tidak diabaikan tetapi agensi berkenaan di agih-agihkan ke beberapa kementerian(MARA Kementerian Luar Bandar, SMIDEC ke MITI, TEKUN ke Kementerian Asas Tani dll) masih ada yang ragu-ragu jika niat sebenar kerana 'ghairah' hendak menambat hati kaum bukan Melayu.

Dalam mesyuarat kabinet yang lepas, Perdana Menteri lagi sekali mengejutkan kita dengan pengumuman 27 servis perniagaan dimansuhkan kuota 30% bumiputeranya. Parti Keadilan Rakyat sudah memainkan isu ini walhal Pakatan Rakyat yang membuat BN terpaksa tunduk dengan tuntutan bukan Melayu kerana kerajaan mereka telah 'beri muka' dinegeri yang diperintah oleh PR.

Saya juga hairan, bagaimana parti seperti PKR yang tidak meletakkan agenda Melayu dalam ideologi partinya berani mempersoalkan perkara ini. Parti mereka sendiri dikuasai oleh ramai bukan Melayu.

Masalah timbul apabila PR menunjukkan mereka lebih liberal dari BN. Mereka membuka 'Pandora's Box' dan seperti yang saya tulis dibawah tajuk Ulasan Pilihanraya, tindakan PR menggula-gulakan kaum bukan Melayu bahawa mereka sebenarnya pejuang liberalisasi membuat UMNO terpaksa bermain game yang sama.

Seperti yang saya katakan juga dibawah tajuk Dilema UMNO, komponen Barisan Nasional seperti MCA dan MIC telah memberi tekanan supaya UMNO menjadi lebih liberal dan ini sudah berjaya.

Di Bukit Gantang, 90% kaum Cina tidak menyokong BN dan sanggup mengundi PAS merupakan benchmark kepada trend masa kini. Dalam 90% itu bermakna, parti komponen BN sendiri mengundi calon PAS. Mereka menghantar message atau isyarat.

Kerana ghairah hendak menumbangkan UMNO dan hendak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbuat apa saja. Beliaulah yang telah 'set the standard' bagaimana 'game should be played.' Mengapa begitu ramai Melayu yang mengikut agenda peribadi Datuk Seri Anwar ini?

YB Zulkifli Nordin dari PKR dan Ahli Parlimen Kulim mungkin sedar hal ini dan oleh itu beliau menegaskan, beliau Melayu dan Islam dahulu, ahli PKR kemudian. Jika Melayu tanpa mengira parti boleh menanam konsep ini, insyaallah kepentingan Melayu boleh terpelihara.

Seperti yang pernah saya tulis ketika komen blog Waris Pahang(beliau mengulas PAS cawangan Pekan membuat kain rentang menyambut DSN kembali ke Pekan), orang baik dimana-mana tanpa mengira parti.

Begitu juga orang jahat.

Wahai anak Melayu, insaflah dan bangkitlah dari tidur!

Bacalah sajak : 'MELAYU' oleh Usman Awang di bawah ini:


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
.
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
.
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
.
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
.
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
.
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
.
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
.
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
.
- Usman Awang..

2 comments:

MusangTembaga said...

SALAM....
Anwar Ibrahim ni, aku nak letak dalam golongan apa yek???..Dendamnya hanyalah pada beberapa je pemimpin Umno zaman dia pakai cermin mata yang besor tu,sebab nak jadi PM cepat sangat. Tapi sekarang sanggup digadaikan seluruh rahsia orang2 melayu kepada bangsa lain semata-mata nakkan simpati dan kuasa sebab nak jadi PM. Sanggup tengok seluruh umat melayu dalam negara berpecah-belah asalkan dapat jadi PM. Sanggup naikkan semangat bencinya bangsa lain terhadap orang melayu..Sanggup tanam rasa nak derhaka kepada Raja-Raja Melayu..APA JENIS HAMBA ALLAH NI????...Orang PAS sekarang panggil Che Anwar Ibrahim...Sheikh Anwar Ibrahim..Dulu masa dalam BN awatnya tak panggil SHEIKH.....Ntahapaapantahhhhhh...

sri tribuana said...

Dia letak dalam golongan Khairy Jamaludin iaitu sanggup buat apa saja asalkan cita-cita peribadinya tercapai.