Followers

Thursday, April 2, 2009

Murid 9 Tahun Mati Di Rotan


Semalam dalam Astro Awani saya terbaca imbasan berita tentang seorang pelajar berumur 9 tahun mati setelah di rotan di sekolahnya. Kejadian berlaku di Seremban


Pelajar berkenaan, Chan Qi Xin pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Tiong di Gemas telah meninggal dunia di rumahnya. Beliau mengadu sakit kepala selepas dirotan di tangannya oleh seorang guru wanita. Pelajar berkenaan dikatakan mengidap penyakit saraf otak.


Ini hanya satu kejadian yang mana guru menggunakan kekerasan dalam cuba mendisiplinkan murid. Kematian itu mungkin boleh dianggap accident tetapi apa yang saya ingin nyatakan di sini, kanak-kanak semuda itu tidak perlu disiplin sekeras itu.

Saya bukan pakar pendidik. Dalam pendidikan, kita sering menganggap emosi kanak-kanak bukan sebahagian yang perlu diambil kira. Bagi kita, kanak-kanak hanya kanak-kanak, mereka bukan dalam dunia orang dewasa dengan segala keruwetannya.

Kita perlu tahu mereka juga mempunyai perasaan, ingin difahami dan didengari. Mereka - walau semuda manapun - tentu mempunyai 'masalah' mereka yang tersendiri.

Rata-rata kita menghantar anak ke nursery seawal usia 2 atau 3 tahun. Bila mereka masuk pra-sekolah, personality mereka kebanyakkan dibentuk oleh guru tadika. Apalagi jika kedua ibubapa mereka bekerja atas desakan ekonomi.
Boleh dikatakan mereka dibentuk oleh persekitaran mereka, guru tadika dan rakan sebaya. Ibubapa - walaupun tidak semua - ada yang tak dapat memahami keinginan dan emosi mereka.
Seawal 7 tahun, mereka sudah dikejutkan dengan pembelajaran akademik. Mereka di'paksa' mengenali dunia nombor dan huruf, bahkan ada seawal dari peringkat tadika lagi. Kita masih gagal cuba membentuk emosi mereka.
Sebenarnya, membentuk karakter manusia bukan hanya akademik, malah membentuk emosi mereka sepenting pembelajaran akademik juga.
Rousseau dalam Emile menegaskan perkara ini.
Kita terlalu awal merampas kebahagian kanak-kanak yang suka bermain dan berkawan dengan memaksa mereka mengenali pembelajaran akademik seawal mungkin.
Kita lupa kita juga pernah menjadi kanak-kanak, pernah juga memberontak( menangis, merajuk membaling barang dll) apabila orang dewasa tak faham 'aspirasi' kita.
Kita juga take for granted bahawa mereka bahagia dengan pembelajaran mereka diperingkat tadika contohnya dan cepat sangat hendak mendisiplinkan mereka tanpa cuba memahami masalah mereka.
Akhir sekali, saya tahu membentuk peribadi kanak-kanak ini bukan senang. Saya percaya mereka boleh berjaya juga akhirnya dalam akademik tapi bagi mereka ruang untuk mempunyai 'dunia' mereka sendiri. Cuba fahami dan dengari masalah mereka.
Jika tidak ditangani dengan betul, ketidakseimbangan emosi ini akan membentuk orang-orang yang berjaya dalam akademik tapi sakit jiwanya.
Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan mereka.
Update: The Star melaporkan polis menolak sebab kematian(COD) kanak-kanak ini kerana dirotan tetapi moralnya tetap sama: fahamilah perasaan dan masalah kanak-kanak.

5 comments:

Mahmood Syedfaheem said...

A nice blog. God is Great. Let us pray for peace for the world. Wish you all the best. you can add a TRANSLATOR gadget for your blog so that users knowing only ENGLISH can also relish reading your blog. you can get the link for the google gadget from my blog.
http://health-care-you.blogspot.com

sri tribuana said...

Thanks bro, but can u read Malay? I went to your blog but couldn't find the gadget.But thanks anyway

Mahmood Syedfaheem said...

I can slightly make out Malay. I'm giving the site address for google.Try whether it is useful.

http://translate.google.com/translate_tools?hl=en

sri tribuana said...

Thanks again bro, I had try it, it's working even the grammar slightly not correct, but like malay say : Tak ada rotan akar pun berguna or in english where there is proper tool, at least improper tool will help.

Nice knowing u

Salam.

Tok Ngah said...

Wah ni bakal bapak mithali nih.