Followers

Monday, April 6, 2009

Demokrasi


Demokrasi adalah sistem politik kepercayaan Barat. Ianya diperkenalkan di Athen sebuah city-state. Sudah tentu demokrasi berasal dari bahasa Greek: demos = rakyat dan cracy dari perkataan kratos ataupun kerajaan.

Kesimpulannya, demokrasi ini adalah kerajaan oleh rakyat bukan theokrasi atau monarki(beraja).

Barat sentiasa percaya bahawa orang-orang Timur ini merupakan barbarian(anehnya, barbar adalah gelaran yang diberikan oleh orang Arab kepada orang Afrika Utara seperti Algeria, Tunisia dan Morrocco) atau gasar.

Mereka juga percaya orang Asia selalu bersifat despotic dan tyrant. Mereka tidak percaya orang Asia boleh menjadi liberal dan demokratik. Pemikiran ini wujud sejak Alexender the Great menyebarkan Tamadun Hellenistic ini ketika menyerang negara-negara Asia.

Greek merupakan ibu kepada peradaban Barat. Akhirnya, Greek sendiri menjadi jajahan kepada sebuah empayar kententeraan Barat lain iaitu Rom. Walaupun Rom merupakan kuasa tentera, tetapi orang Rom sering meminjam tamadun Greek.

Greek merupakan masyarakat yang mempunyai imaginasi yang tinggi, tetapi orang Rom mempunyai kemahiran politik, organisasi, ketenteraan dan praktikaliti lebih dari orang Greek.

Rom dikatakan berasal dari orang Troy yang mana berada di sekitar Istambul(Istambul sendiri dari corruption perkataan Greek 'Istan poli" atau "to the city.").
Mengikut legenda, Rom ditemui oleh dua beradik kembar : Romulus dan Remus yang semasa kecilnya menyusu pada serigala.

Pada mulanya, Rom mengamalkan pemerintahan beraja. Kemudiannya Rom sangat membenci pemerintahan beraja dan mengguling raja mereka yang terakhir: Tarquinius Superbus(534-539B.C). Tarquinius 'Superbus' bermakna Tarquinius 'Si Angkuh'. Raja ini sangat tidak popular dan diguling oleh orang Rom pada tahun 539B.C. Orang yang menggulingkannya adalah Junius Brutus dan keturunannya juga membunuh Julius Caesar.

Maka bermulalah pemerintahan republik Rom(Hishamudin Rais tentu suka cerita ini).

Selepas itu, Rom membenci pemerintahan beraja lebih dari segalanya. Di zaman republik, sesiapa yang menyebut hendak menjadi raja sahaja, akan dibunuh dengan dilempar ke Batu Tarpian(Tarpian Rock).

Untuk memastikan kuasa tidak hanya di tangan seseorang individu, Rom mewujudkan jawatan consul dan jawatan ini dipegang berdua serentak. Consul ini akan dipilih berdasarkan pilihanraya. Kuasanya seperti raja cuma segala tindakan eksekutif mesti mendapat persetujuan kedua-dua consul. Consull juga above the law ketika dia memegang jawatan itu. Jawatan itu hanya dipegang sepenggal sahaja. Dia boleh dipilih semula setelah menjadi warga biasa.

Sementara itu, undang-undang mesti mendapat kelulusan dewan senate dan dibuat oleh senator. Para senator juga dikenali dengan nama patres atau fathers atau bapa. Ini kerana pada mulanya senate hanya penasihat dan dipilih dari 100 ketua keluarga terkemuka di Rom.

Demokrasi ala Rom ini sering bergolak kerana senator lama ke lamaan mempunyai kuasa yang sangat besar. Mereka pembuat undang-undang dan mereka tidak mewakili rakyat yang terbahagi kepada plebian dan patrician.

Patrician merupakan golongan optimate atau bangsawan manakala plebian rakyat biasa. Manakala, plebian pula diwakili oleh tribune iaitu seperti wakil rakyat. Dari segi teori, tribune boleh veto kuasa senator dan council.

Republik ini akhirnya memberi kuasa yang lebih kepada golongan kaya. Meminjam ungkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum beliau menjadi 'Robin Hood': "yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana."

Beberapa perang saudara meletus di Rom, antaranya antara Sulla dengan Marius, Julius Caesar dengan Pompey,Augutus dengan Brutus dan akhirnya Augutus dengan Marc Anthony. Secara rasminya, republik Rom musnah bila Julius Caesar menjadi Diktator Rom. Walaupun beliau tidak menjadi raja, tetapi beliau sudah seperti raja cuma tidak pada nama sahaja

Selepas matinya Julius Caesar di bunuh oleh Brutus(dan 22 orang lagi sekutunya), cucu saudara Julius iaitu Octavius menjadi Maharaja Rom yang pertama dengan bergelar Augutus( The Majestic).

Dante dalam Divine Comedy mengutuk Brutus membunuh Caesar dan meletakkannya dalam 'first circle of hell'. Dante mengutuk bukan kerana dia puja Julius Caesar, tetapi kerana Brutus mengkhianati Julius. Dikatakan, Julius menyayangi Brutus seperti anaknya sendiri.

Apabila Augustus menjadi Maharaja, bermula era yang dipanggil Pax Romana yang mana pengaruh Rom hingga ke Jurusalem, Semenanjung Arab, Mesir dan Afrika.

Apabila Islam muncul dalam abad ke 7, zaman Khalifah Umar, sempat juga orang Islam memerangi kekuasaan Rom ini.

Sistem politik di Barat juga berubah bila Rom hancur. Sudah mula wujudnya feudalisme yang mana tanah-tanah dikuasai oleh Raja dan pembesar-pembesarnya. Ketika ini, demokrasi sama sekali hampir terhapus di Eropah.

Apatah lagi munculnya agama Kristian dengan Papacy, yang mana kebanyakkan Raja Eropah perlu mendapat persetujuan Pope jika tidak akan di excommunicate oleh gereja. Bermulalah Zaman Gelap di Eropah.

Sementara itu, orang Islam serentak dengan kemajuan penaklukannya dan kemajuan ilmu dan teknologi menjadi begitu di geruni di Eropah. Islam, selepas zaman Khalifah Empat itu, juga tidak mengamalkan demokrasi tetapi tetap maju dan gagah.

Barat mula menemui semula 'demokrasi'nya selepas Revolusi Amerika iaitu selepas Amerika berjaya mengalahkan kerajaan British.

Ketika itu, tidak ada model demokrasi juga, kerana kebanyakkan di Eropah masih mengamalkan sistem beraja(kecuali Perancis semasa Revolusi Perancis tetapi balik semula ke beraja bila Napoleon jadi Maharaja dan kembali ke dinasti Bourboun bila Napoleon diguling).

Oleh kerana tiada sistem demokrasi yang hendak Amerika jadikan model, mereka menjadikan Rom sebagai model cuma ada perubahan di sana sini sesuai dengan zaman moden. Mereka juga memakai teori pengasingan kuasa oleh Montesquieu.

Maka terpisahlah kuasa Presiden(di zaman Rom dua consul), legislative(senate) dan judiciary(ini ciptaan Montesquieu).

Selepas Perang Dingin antara Soviet dan Amerika, kuasa demokrasi ini menjadi super power. Ia menjadi teladan semua negara hingga sesiapa yang tidak demokratik akan dihukum oleh Amerika.

Dalam The End of History and the Last Man, Francis Fukoyama mengatakan, liberal demokrasi adalah politik masa depan. Semua bangsa dan negara akhirnya akan menganut fahaman demokrasi.

Paradoksnya, demokrasi yang kononnya liberal ini juga akhirnya menjadi dogma kerana siapa yang kurang liberal dan demokratik, akan di hukum oleh Amerika, Israel dan sekutunya. Macam mana pengamal demokrasi ini juga menjadi macam tyrant, penindas, ala-ala imperialist dan gasar(barbaric)?


Ini mungkin terjadi kerana sumber demokrasi itu di korek dari tamadun purba iaitu tamadun zaman Rom.

No comments: