Followers

Tuesday, April 7, 2009

Guru Berpolitik.

Seorang sahabat minta saya memberi pandangan tentang kemungkinan guru dan pegawai kerajaan kumpulan A dibenar berpolitik.

Dalam General Order, pegawai kerajaan kumpuan A(atau 41) tidak dibenar aktif berpolitik. Ini bukan hanya pada guru tetapi kepada semua pegawai kerajaan kumpulan A(pegawai) ke atas. Suka saya mengulas tentang guru secara khususnya.

Pada tahun 1996, saya mudik ke Ulu Tembeling untuk menghadiri mesyuarat cawangan Kg. Bantal kerana saya ahli cawangan itu. Saya menemui seorang pelancung warga Australia yang hairan saya sanggup mudik sejauh itu untuk bermesyuarat.

Kata beliau, jika di Barat, politik adalah sesuatu yang hampir sinonim dengan kekejian lantaran kotornya politik( Beliau cakap umum, dan tidak mengecam mana-mana parti)

Saya bertanya, pofession apakah pada pandangan beliau mulia. Beliau jawap: menjadi seorang guru.

Guru merupakan profession yang penting dan mulia di mana-mana negara dan peradaban pun. Merekalah yang membentuk generasi akan datang. Kepada merekalah kita menaruh kepercayaan membina masa depan.

Memang peringkat awal penubuhan UMNO dan kemerdekaan guru adalah golongan yang paling penting dalam mencapai kemerdekaan. Mereka adalah pejuang dan pahlawan bangsa. Pada ketika itu, cerdik pandai Melayu adalah guru dan masyrakat memandang tinggi mereka.

Hingga tahun awal 90an, guru merupakan player yang aktif dalam politik dan boleh menentukan arah tuju kepimpinan UMNO pusat. Seperti pernah saya tulis sebelum ini, awal 90an UMNO telah dibanjiri kemasukkan ramai tokoh korporat yang ingin menjadi Majlis Tertinggi UMNO dan guru agak terpinggir.

Bila ada larangan tidak membenarkan kumpulan A berpolitik dengan aktif, guru-guru kumpulan A juga termasuk dalam senarai. Masih ramai guru-guru bukan kumpulan A yang aktif berpolitik sekarang ini dan larangan yang hendak ditarik balik sudah tentu ditujukan kepada kumpulan A.

Undang-undang yang dibuat sebelum ini, iaitu melarang kumpulan A berpolitik tentu ada rasionalnya. Antara rasionalnya adalah bimbang jika ketua jabatan berpolitik, mereka akan menggunakan pengaruh dan jawatan mereka bagi meraih undi.

Begitu juga dengan profession perguruan.

Saya hanya berasa pelik mengapa semua orang hendak menjadi ahli politik? Saya rasa bukan hanya dalam bidang politik kita boleh berjasa. Kita boleh berjasa seperti Mother Theresa yang banyak membantu orang susah di India.

Di Malaysia semacam satu trend semua orang hendak jadi ahli politik. Aktivis-aktivis, NGO-NGO, korporat-korporat, pelajar-pelajar Universiti dan sekarang kumpulan A. Mungkin kerana mereka rasa politik ini medan untuk menjadi hebat, mendapat pengikut dan mana tau boleh jadi Yang Berhormat.

Minat dari segi mengikuti, mengulas dan ambil tahu tidak mengapa tetapi tidak perlulah 26 juta rakyat Malaysia jadi player politik.

Politik lebih dari itu. Lebih dari personal matter atau personal achievement.

Profession perguruan adalah profession yang mulia jika kita ikhlas menjadi guru. Menjadi ahli politik juga mulia jika kita masuk politik bukan sebab rasa rezeki di situ lagi banyak. Persoalannya adalah keikhlasan.

Saya berpendapat biarlah politik di uruskan oleh orang politik.

Jika setakat hendak menyokong dan menjadi ahli, sekarang pun tidak salah. Tidak perlu semua menjadi hero. Apa salah sesekali menjadi wira yang tidak didendang. Jika kita minat sangat dalam politik, eloklah letak jawatan dan jadi ahli politik sepenuh masa.

Saya berpendapat, larangan itu sangat tepat dan tidak perlu menyokong usaha tokoh tertentu yang hendak mencari populariti dengan membuka kembali 'Pandora's Box'.

4 comments:

.@blogger.com said...

Wan Shahril,
awak semakin aktif menulis dan pembaca semakin meningkat, syabas. Cuma sekarang blog ini perlu diindahkan dari segi luaran juga. Gunakan gajet/widjet yang banyak terdapat dimana-mana blog. boleh Copy and paste. Isikan juga counter untuk melihat berapa ramai visitors dalam sehari. Saya akan terus memantau blog ini. nanti ada masa boleh kita minum teh tarik di lot 704, Jerantut sambil pekena roti canai banjir. Apa kata?

.@blogger.com said...

Ah!Lupa nak letak nama - bERANIKAN hATI @ breveheart. sebab dalam propife ZERO - tak dapat trace.

sri tribuana said...

no prob, bro. Boleh saja kita mengeteh

Anonymous said...

nak joinnn~ =]