Followers

Thursday, April 16, 2009

Legio X


Saya adalah pemain sukan paintball. Saya ada terbaca dalam blog JASA dan beliau mengulas tentang paintball.

Sukan paintball ini dikategorikan sebagai sukan extreme. Paintball mendapat sambutan hangat dan sukan ekstrem ke tiga popularnya. Saya cuma mendapat rungutan, walaupun ramai yang berminat, sukan ini mahal kosnya.

Saya akui kosnya memang mahal tetapi dek kerana minat, kami meneruskan juga. Saya berharap satu hari nanti, sukan ini mampu dimain oleh semua golongan dan ramai pesertanya.

Asal sukan ini bermula apabila sekumpulan ranger forest Amerika Utara(Kanada atau USA) menggunakan marker(kami tidak panggil gun, tapi marker kepada senapang paintball) untuk menanda pokok-pokok yang akan ditebang. Jika terlalu tebal hutan berkenaan, mereka menggunakan marker yang berisi cat bagi menanda pokok berkenaan.

Kemudian mereka memakai goggle bagi menutup mata dan bermain dalam hutan bagi mengisi masa lapang mereka. Akhirnya sukan hanya untuk 'iseng-iseng' ini berkembang menjadi sukan paintball.

Legio X adalah nama kumpulan team saya. Di bawah Legio X ini kami ada dua team buat masa ini, Oscar Legio X bermain dalam Division 2 Liga Kebangsaan Malaysia, sementara Legio X Hastati adalah pasukan junior, bermain dalam Divison 3 Liga Kebangsaan Malaysia.

Oscar Legio X sebelum ditukar nama menjadi Oscar Legio X(OLX) ditubuhkan pada tahun 2007. Nama asalnya Rainforest Oscar. Saya sebelum bermain dengan pasukan ini membentuk sebuah team tempatan di Jerantut yang sama namakan Legio X.

Apabila saya bermain dengan Rainforest Oscar, yang mana pemain-pemainnya juga baru pertama kali bermain speedball(sebelum ini mereka bermain scenario iaitu bermain dalam hutan) saya mencadangkan nama ditukar kepada Legio X. Pada tahun 2008, dalam Liga Kebangsaan Malaysia pusingan pertama, buat julung-julung kali kami memakai nama Oscar Legio X, kami menjadi juara division 3.

Apa sebenarnya Legio X itu?

Dalam sukan paintball, terlalu ramai yang menggunakan perkataan 'legion' dalam team mereka seperti Nemesis Legion, Ronin Legion, Raz Legion dan banyak lagi. Ini mungkin pengaruh team Russian Legion iaitu sebuah team kuat dunia.

Sebelum mengenali sukan paintball dan mengenali nama-nama team ini, saya memang ingin menamakan team saya Tenth Legion.

Tenth Legion ini dari segi sejarah adalah legion kegemaran Julius Caesar dan legion elitnya. Julius Caesar secara peribadi mengrekruit anggota Tenth Legion ini. Mereka direkruit di Sepanyol dan hanya yang mempunyai keberanian, fizikal yang terbaik dan kemahiran berperang yang kuat sahaja boleh menjadi Tenth Legion ini.

Setelah direkruit seramai 5000 orang(secara umumnya 1 legion mempunyai 5000 anggota) Julius Caesar menamakan legion ini Legio X. Legio adalah Legion dan X adalah no 10 dalam nombor roman. Bermulalah sejarah Legio X ini.

Julius Caesar setelah dilantik menjadi pro-consul, diberi tugasan menakluk orang-orang Gaul(kawasan Gaul termasuk Perancis dan German moden). Bersama beliau adalah beberapa legion termasuk dua legion yang beliau pinjam dari Pompey yang akhirnya menjadi musuh beliau.

Di Gaul, Legio X telah menunjukkan keberanian yang luar biasa sesuai dengan status elitnya. Mereka berperang dengan berani di Alesia dan beberapa peperangan lain. Ketika perang saudara meletus antara Pompey dan Julius Caesar, Legio X ini sering diletakkan bertentangan dengan Legio I iaitu First Legion, setaraf dengan Legio X bagi Pompey.

Dalam kata lain, First Legion adalah legion elit Pompey.

Beberapa siri perang saudara antara Caesar dan Pompey berlaku dan akhirnya Pompey telah tewas dalam Perang Pharsalus. Dalam perang ini, lagi sekali Legio X menjadi faktor penentu apabila berjaya mengalahkan Legio I.

Oleh kerana dah terlalu banyak sangat nama Legion dalam sukan paintball, saya memilih nama Legio X dan bukan Tenth Legion. Ramai pula yang memanggil 'X' itu huruf X dan bukan 10 seperti yang saya maksudkan.

Ketika Caesar menemukan Legio Xnya beliau berusia 38 tahun. Ketika saya menemui Legio X, saya berumur 36 tahun. Saya sangat berharap Legio X saya ini tidak akan menghampakan saya seperti Legio X Julius Caesar tidak menghampakan Caesarnya. Setakat ini, saya sudah berbangga dengan pencapaian mereka dan harap akan menang banyak medal lagi.

Senarai penuh pemain OLX: Wan Shahrir(Position Mid/Back), Faridzul Atras(Posistion Front), Muhamad Heza(Position Snake), Mohd Zikry(Position (back/front/mid), Aznan(back/front), Shameen Dahalan(right back), Mohd Zul Anaz(back), Fazli Buyong(mid/left/right back)

Senarai penuh Legio X Hastati: Wan Nurhazirah(mid/back/front), Acong(back), Joeharn(back/front), Azahari Bakar(back/front), Nashrina Sunarto(mid/back) Wan Shahidul Azlan(back/front), Sukri Ali(snake), Ahmad Diqa(snake,back, front)


Nota kaki: Oscar Legio X akan menyertai pusingan ketiga MPOC di Bukit Jalil, pada 18 dan 19 April ini. Sesiapa yang berminat boleh datang menonton dan memberi sokongan. Semoga kehadiran tuan-puan dapat menaikkan semangat kami.(Untuk catatan: OLX menjadi naib juara pusingan pertama dan juara pusingan kedua)

4 comments:

joeharn said...

ALL HAIL TO OUR CEASAR!!!!! LONG LIVE LEGIO-X

r'xa.krawler said...

NILS SATIS NISI OPTIMUM! VIVA LA LEGIO X!!!!

Anonymous said...

yehaaa...!!!
tp aiteh jgn la bocor kn position kite ..
kntoi le..
xpon bubuh la sume bley main ..
hehehe..
mcm anz bleh main mid front back
hehe..

sri tribuana said...

ala diaorg tau pun kan leh wat aper...
kau leh main fly, semua2 kecuali aku boleh fly