Dalam rencana Rocky's Bru, 27 December 2006, beliau menyiarkan pendapat Dr. Syed Ali Taufik Al-Attas, pengurus IKIM bahawa Malaysia memerlukan seorang Grand Mufti atau Mufti Besar.
Kita memang ada mufti-mufti di negeri masing-masing. Masalah mufti ini ada yang membuat fatwa tidak seragam. Contohnya ada mufti mengharamkan rokok, dan ada kata tidak haram sedangkan dalam Islam, fatwa halal haram hanya boleh dijatuhkan dengan ijmak ulama. Di sini boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam sendiri fatwa mana yang perlu digunakan.
Saya membaca juga komen pembaca-pembaca blog Rocky's Bru. Ramai juga tidak setuju dengan cadangan ini.
Ada berhujah dalam Islam semua sama dan tidak perlu Mufti Besar buat keputusan(Tempua). Ada berhujah tidak mahu theocrat(ulama) terlalu mencengkam(Norman). Ada yang bimbang jawatan itu dipolitikkan. Seorang pembaca pula komen Islam tidak seperti Kristian dan Yahudi mempunyai institusi seperti gereja dan rabii(beliau tidak tulis namanya) dan beliau juga bercerita salah seorang dari Imam Empat sanggup diseksa dari menjadi mufti kepada seorang sultan.
Dari segi perlembagaan ini agak mustahil. Malaysia hanya agama rasmi Islam dan bukan negara Islam. Perlembagaan hanya mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi, tidak pula meletakkan asas-asas pentadbiran dan perundangan Islam. Kita masih menggunakan English Common Law.
Saya katakan agak kerana perlembagaan boleh dipinda tetapi sukar bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia ini. Apatah lagi jika dilihat pandangan pembaca blog Rocky's Bru di atas tadi, ramai Islam sendiri menentang penguasaan ulama dalam kehidupan mereka.
Pada asalnya, ketika Khalifah Rasyidin memerintah, mereka juga adalah amirul mukminin yang menjatuhkan hukum Islam. Ini kerana mereka sahabat rapat Rasulullah, mahir dalam al-Quran dan mendengar hadis dari Rasulullah sendiri.
Bila Ummayah berkuasa, dan khalifah-khalifah selepasnya jahil ilmu feqah dan hanya menumpukan kepada pemerintahan, bermulalah qadi dan mufti ini digunakan bagi membuat fatwa dan menjatuhkan hukuman. Mereka diambil dari ulama yang mahir Quran, tafsir, hadis, mustalah hadis dan feqah.
Amalan ini diteruskan dalam dunia Islam yang lain. Sultan Turki Usmaniyah sangat menghormati ulama. Selepas sultan dalam empat tiang pemerintahan mereka, sheikh-ul Islam adalah paling kanan sekali. Bahkan sultan sendiri tidak dapat berbuat apa-apa tanpa fatwa dari Mufti.
Saya juga tidak suka theokrasi kerana ini boleh merosakkan. Tapi saya percaya, seperti halnya hakim secular, mufti yang mahir dalam feqah Islam perlu ada. Saya juga berharap adanya mufti besar(grand mufti) yang boleh menyelaraskan fatwa dan bukan seperti sekarang yang mana ijmak ulama tidak digunakan lagi.
3 comments:
gune sistem pope? kt malaysia?
pope kan christian catholic...
suggestion anda ni merbahaya... nnti ramai org islam marah
Sekarang ni kita dah ada 14 Mufti, ada Majlis Fatwa Kebangsaan, ada Majlis Agama Islam Negeri, JAKIM, IKIM dll lagi. Terlalu banyak pendapat dan hukum hakam dikeluarkan. Manakala negeri2 ada Majlis Faktwa mereka sendiri. Jadi yang keliru dan pening umat islam jugak...Cadangan saya...Pinda Perlembagaan dan letakkan AGAMA ISLAM di bawah kuasa PERSEKUTUAN...jadi kita pusatkan pentadbirannya. Mungkin ada juga keburukannya tapi saya rasa dapat kurangkan sedikit masalah yang kita hadapi sekarang. Minta Najib suarakan dalam next Majlis Raja2 meeting. Any komen ?
Penyokong Kuat Liverpool
Post a Comment