Dato'
1. Saya adalah penyokong PAS
2. Saya menjangkakan sekiranya ada pertandingan di DUN Penanti, kali ini PKR akan tewas @ kalau menangpun dengan majoriti tipis
3. Bermula dengan peristiwa 'lompatan' Osman Jailu dan Jamaludin di Perak menunjukkan betapa ahli PKR bukanlah ahli politik yang sejati seperti yang dimiliki oleh PAS
4. Tidak hairanlah, kerana kebanyakkan mereka ini asalnya dari UMNO. Itu sebablah kebanyakkannya jenis yang 'Tidak Tahan Daulat'
5. Dato' percaya tak bahawa yang memberi undi kepada calon-calon PKR adalah majoritinya adalah 'penyokong dan pendukung' tegar PAS?
6. Berapa ramai sebenarnya yang menyokong PKR Dato' agak?
7. Setuju Dato' kalau saya katakan dari aspek pentarbiahan ahli-ahli dan pemimpin parti, PAS mendahului jauh meninggalkan parti-parti politik lain termasuk UMNO
8. Maaf Dato' bukan nak bangga diri, saya dan sahabat-sahabat lain dalam PRU ke 12 lepas tidak mengira wang ringgit, masa dan tenaga memberi seratus-peratus sokongan untuk kemenangan PAS
9. Dan selepas berjaya memerintah di negeri kedah ini, kami tidak pernah pun meminta apa-apa bantuan mahupun pertolongan melainkan mengharapkan mereka mentadbir negeri ini dengan penuh tanggungjawab
10. Orang pernah bertanya (sinis) kepada saya dan sahabat-sahabat saya yang lain 'Apa yang kaorang dapat dengan menyokong PAS? habuk pun tak ada!!
11. hmm.. Dato' ada jawapan?
Tuan Haji
Alor Setar, Kedah
1. Petikan di atas saya ambil dari komen seorang penyokong PAS. Komen beliau diblog Datuk A. Kadir Jasin dalam article terbaru beliau :'Tidak Wajar Boikot Pilihanraya Kecil.'
2. Dalam PAS sekarang ini, ada perpecahan antara yang ingin menerima kepimpinan Datuk Seri Anwar, ada yang menolak dan ada yang masih dengan ideologi lama mereka iaitu gagal memahami strategi politik bekerjasama dengan kaum Cina dan India sebagai 'kemestian.'
3. Jelas PAS menghina Parti Keadilan di sini.
4. Mereka menafikan sama sekali pengaruh PKR dan menganggap PKR hanya melukut ditepi gantang. PKR bagi penulis diatas hanya parasit yang 'meminjam' kekuatan PAS.
5. PAS juga menyalahkan PKR kerana pendirian lalang bekas ADUN PKR iaitu Osman Jailu dan Jamaludin di Perak, sama sekali menumbangkan kerajaan boneka PAS. Walhal DAP yang sebenarnya berkuasa.
6. Sementara DAP pula tidak senang dengan golongan radikal dalam PAS yang kononnya hendak menegakkan undang-undang Islam. Bagi DAP, PAS parti extremist dan militant.
7. Justeru itu, wujudkan pemimpin-pemimpin dalam PAS yang kononnya liberal seperti Husam Musa, Nizar, Salehudin Ayub dan Kamarudin Jaafar yang sanggup mengorbankan ideologi parti(kononnya Islamik) demi mendapat kuasa.
8. Golongan Young Turk dalam PAS ini pula sudah mula akan memulaukan ulama-ulama seperti Nik Aziz. Nik Aziz hanya akan menjadi 'spiritual' leader dan hanya mengeluarkan 'fatwa' lantaran beliau Tok Guru.
9. Anwar di harap dapat menjadi 'mediator' antara golongan radikal PAS dan golongan chauvanis DAP. Karpal Singh dengan terang menyatakan Anwar sepatutnya meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.
10. Dalam PAS juga wujud puak yang tidak puas hati dengan 'akhlak' Anwar dan cara-cara politik beliau.
11. Kebencian dan ketidakpercayaan tiga segi ini semakin membuak-buak sekarang.
12. Pakatan Rakyat dengan rasminya menjadi 'Ketidak Pakatan Rakyat.'
13. Saya cadangkan 'rakyat' itu dibuang kerana mereka tidak terbabit. Bukan semua rakyat menganggap perjuangan PR sebagai perjuangan mereka. Lagipun, PR orang politik dan skandal demi skandal yang muncul dalam PR menunjukkan mereka juga bukan bersih bila mendapat kuasa.
14. Apa yang PKR rasa ini Parti Melayu Semangat 46 sudah rasai.
15. Wal hasil balik asal.
7 comments:
hmm...perjuangan PAS yg saudara kata kononnya islamik pada saya sgt lah tidak masuk akal..mmg ya perjuangan PAS menjadikan agama sbg subjek utama cuma apa yg saya igin imbas kembali..bukan mudah utk menjalankan negara islam di kalangan rakyat msia skrg yg dah kononnya hebat dalam mcm2 perkara..Rasulullah sendiri mengambil masa 23 thn utk membawa perubahan dlm masyarakat baginda..ini kan pula nak dibandingkan dgn nik aziz yg dah sgt uzur itu utk membawa perubahan pada satu negara?
semua mengambil masa..cakap pasal hudud pun org islam sendiri yg tolak dulu..lainlah kalau ada forum tentang hudud disiarkan seluruh negara dan dibincangkan besar-besaran tentangnya..tentu juga mengambil masa..
tentang kononnya ada pemimpin liberal PAS, kalau betul pun mereka liberal kami tak kisah pun saudara..diorg nak keluar parti pun tak apa..ramai lagi anak2 kami di luar sana yg ditarbiah menjadi pemimpin yg baik..kami tak kisah kehilangan pemimpin sbb kami tak pernah hilang kepimpinan..lama mana pemimpin liberal ni buleh bertahan,saya pun nak tunggu tgk..
selepas terbunuhnya Usman bin Affan, mana dia negara Islam macam Rasulullah?
Bagi saya satu contoh
PAS akan terkubur jika sekiranya masih bersekongkol dengan PKR n PAS...tidak akan wujud Negara Islam jika masih tetap bergabung dengan parti campuran sedemikian...sedarlah demi kepentingan bangsa Melayu dan Umat Islam sendiri...ADAKAH DENGAN MASUK PAS BOLEH MENJAMIN MASUK SYURGA???????
PAS bukan agama weh, sebuah parti yang menggunakan Islam untuk nafsu serakah iblis-iblis ysng bertopengkan Ulamak, Tok-Tok GUru. Bukan IBLIS dan SYAITAN telah memohon keizinan Allah SWT untuk mengoda anak cucu Adam ke arah kesesatan. Ini deme, banyak umat Islam tidak sedar Iblis dan syaitan ni menyerupai berbagai-bagai rupa.......... kawan nengok ramai benar yang dah termasuk perangkap deme...... Ulardalamsemak.........
Salam,
Apa pun kesimpulan kita mesti mengkaji mengapa PRU 12 lalu, ramai rakyat terutama bukan islam sudah berani menyokong PAS. bagi saya itu satu kejayaan besar dalah sejrah perjuangan parti itu selama lebih 50 tahun. Dan org Melayu terutama di bandar sudah boleh memangkah DAP. Adakah trend ini akan berterusan ? Adakah perubahan pola pengundian ini tercetus disebabkan Karismatik DSAI atau kekeliruan rakyat ? Atau kegagalan UMNO / BN itu sendiri yang terlalu lemah dan pemimpinnya ynag rakus sehingga rakyat terpaksa menghukum mereka bagi menyedarkan mereka (Tapi tak nampak pun nak sedar2) Atau mungkin juga rakyat marahkan pegawai/kakitangan kerajaan yang lemah, korup dan tak kompeten hingga yang menjadi mangsa adalah orang politik ? Apapun alasan kerugian kepada orang Melayu dan Islam itu ada tetapi kebaikannya kita kini boleh mengetahui seikhlas mana rakan2 yang sepatutnya susah-senang bersama kita cuba lari meninggal kita dan cuba mendekati musuh2 pula.
Kita semua tidak tahu dengan pasti tapi politik sesuatu yg berkembang dan tidak statik.
Pada PRU ke12, ramai kaum bukan Melayu memangkah PAS kerana mereka tidak merasa komponen BN spt MIC dan MCA memperjuangkan nasib kaum mereka. Jgn PAS harap trend ini berkekalan sekiranya PAS tidak berusaha memenangi hati mereka dgn tunduk permintaan demi permintaan mereka.
Melayu di bandar memangkah DAP sbb mereka idealist, kononnya bangsa Melayu tak perlu dibela lagi dan mereka sudah liberal. Kita tunggulah pencaturan yg salah hingga merugikan orang Melayu baru kita faham liberal tu apa. Kebanyakkan golongan ini golongan kelas menengah dan hasil DEB sendiri. Tapi mereka kacang lupakan kulit.
Saya akui juga merosotnya sokongan terhadap BN kerana tingkah laku pemimpin BN sendiri seperti kerenah budak2 tingkat 4, dan kononnya keliberalisasian PM ketika itu hingga bukan Islam boleh mempersoalkan Islam, buat forum 'Memeluk agama Islam', desakan inter-faith religion dll.
Ada kebaikkan kerana kerajaan sekarang terpaksa mendengar kehendak rakyt. Kita tunggu dan lihat.
Wahai sahabat, PR adalah pakatan haram, sama taraf dengan HINDRAF...Penyokong PAS tak sedar, bahawa pemimpin mereka hanya menumpang populariti Che Anwar Ibrahim je..sebab dia lama dalam BN..konon semua rahsia orang dia tahu, rahsia dia, orang tahu gak..Dalam PR yang terajuinya Che Anwar tu lah...PAS dah lama tubuh, PKR baru 10 tahun je beb..maknanya PAS tak kuat mana cuma tumpang PKR je....Piiiiirahhh.
Post a Comment