Followers

Tuesday, April 7, 2009

Pakatan Rakyat

Secara umumnya, Pakatan Rakyat adalah pembangkang kepada Barisan Nasional. Walaupun mereka bukan gabungan politik(political alliance) tetapi mereka ada kesefahaman iaitu mengalahkan musuh bersama mereka: Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat ini terdiri dari Parti Keadilan Rakyat(PKR), PAS dan DAP.

PAS merupakan sebuah parti yang lahir dari perut UMNO juga. Pada asalnya, semasa menentang Malayan Union, semua persatuan-persatuan Melayu yang bertaburan dan mempunyai method dan ideologi yang berlainan disatukan di bawah satu parti Melayu terbesar iaitu UMNO.

Pada mulanya, UMNO ini ingin dinamakan UMO(United Malay Organisation). Pendita Zaaba yang menyarankan agar ia ditambah national iaitu kebangsaan. Tujuannya adalah bagi menyatukan semua orang Melayu dibawah satu pertubuhan dan menghakiskan semangat kenegerian Melayu.

Buat julung-julungnya kalinya Melayu bersatu dibawah satu panji-panji. Kemudiannya Biro Agama UMNO dibawah Ustaz Fuad tidak berpuashati dan berpecah. Mereka keluar UMNO dan tertubuhlah PAS(Parti Islam Semalaysia).

PAS mendakwa mereka parti Islam. PAS juga mendakwa UMNO tidak Islamic kerana membawa semangat kebangsaan yang kononnya assabiyah. Ironinya, ketika semua umat Islam dicengkam penjajah, ulama-ulama Islam di Timur Tengah seperti Muhamad Abduh dan Jamaludin Al Afghani yang menggunakan semangat kebangsaan bagi menentang penjajah.

Bagi PAS semua Islam selain mereka tidak Islamic. Mereka sudah naik status mazhab kalau bukan ajaran Islam baru. Islam versi PAS adalah Republic Islam. PAS juga menuduh UMNO tidak Islamic kerana UMNO bekerjasama dengan kafir dan memberi tempat orang kafir memerintah.

Mereka juga dengan mudah menuduh orang selain PAS, terutamanya UMNO sebagai kafir. Sudah tentu sepatutnya PAS adalah musuh semulajadi DAP.

DAP(Democratic Action Party) pula adalah parti anak didik PAP(People Action Party), sebuah parti dari Singapura yang diketuai Lee Kuan Yew. Ideologi sangat mudah, mereka menentang dominasi orang Melayu di Malaysia ini kerana kononnya Malaysia untuk orang Malaysia(Malaysian Malaysia). Walhal mereka parti yang mempromosikan dominasi orang Cina.

Parti Keadilan Rakyat(PKR) pula diasas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat dari UMNO. Boleh dikatakan parti ini serpihan UMNO. Parti ini tidak berasaskan kaum, dia kononnya liberal. Selain Datuk Seri Anwar, anak dan isteri beliau, parti ini banyak juga dipengaruhi oleh aktivis-aktivis. Sudah tentu parti ini tidak membawa agenda bangsa Melayu sama sekali.

Kononnya seperti sistem dua parti di Amerika, BN dan Pakatan Rakyat adalah seperti Republican dan Democrat. Masalahnya, Amerika memang negara yang tidak mempunyai dominasi bangsa.

Mereka adalah negara lambakan immigren walaupun kaum Puritan yang membawa bahasa dan budaya Aglo-Saxon ke Amerika tetapi mereka tidak dominan. Dominan mereka hanya pada bahasa(Inggeris).

Jika BN gagal membentuk simple majoriti dalam pilihanraya, bagaimana PAS dan DAP boleh duduk semeja? Bagaimana parti yang hendak melaksanakan hudud dan Republic Islam ini boleh diterima oleh DAP.

Cuba baca petikan dibawah ini ketika mengulas kemenangan calon PKR, yang saya ambil dari Malaysia Kini:

Tan Hock Huat said the results today also showed that the Indians and the Chinese supported the Pakatan government in Kedah and urged PAS not to promote any Islamisation policies.

Biar saya terjemahkan:

Tan Hock Huat berkata keputusan hari ini menunjukkan orang India dan Cina menyokong kerajaan Pakatan di Kedah dan mendesak PAS tidak mempromosikan sebarang polisi keIslaman.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kaum Cina dan India menyokong PAS dengan syarat.......

Fikirkanlah.

PAS sendiri yang lantang mengutuk saudara seagamanya UMNO sebagai tidak Islamic, malah kadang-kadang tidak Islam hanya bersetuju mengikut telunjuk mereka. Mereka sudah buktikan atas desakan politik, Nizar hanya menjadi MB boneka sahaja.

Kepada pengundi tegar PAS, memang saya tidak dapat berikan hujah logik lagi tetapi apa perasaan orang Islam yang mengundi PAS kerana berharap akan adanya agenda Islam mereka? Tidakkah agenda Islam hanya penipuan semata-mata? Hanya propaganda politik mereka sahaja.

Sejarah membuktikan, PAS yang membawa perpecahan Melayu Islam. Mereka keluar dari UMNO dan memecahbelahkan orang Melayu. Alasan tidak Islamic tetapi apa yang mereka tuduh UMNO akhirnya mereka sendiri yang buat seperti bekerjasama dengan kafir dan lain-lain.

Setidak-tidaknya, MCA dan MIC ada mengakui semangat perkongsian kuasa dan tidak mempersoalkan sangat agenda ke Islaman yang hendak dilaksanakan oleh UMNO.

Siapa yang lebih tidak Islamik?

Jadi bagaimana parti DAP, PAS dan PKR yang mempunyai ideologi bukan sahaja lain malah antarantya bertentangan ingin membentuk kerajaan yang aman dan stabil. Saya cuma bimbang dalam kita ghairah hendak membetulkan kesilapan UMNO, Melayu akan hilang kuasa buat selamanya.

Tidur atas bantal yang sama, tetapi mimpi lain-lain.



1 comment:

Apache said...

Ini lah akibatnya apabila ada yang tamakkan kuasa sehingga sanggup menjual agama dan bangsa..