Followers

Wednesday, April 8, 2009

Perdana Menteri Bukan Melayu

Apabila Barrack Obama diumumkan menang sebagai Presiden Amerika, dalam komen pembaca The Star, ada pembaca kaum Cina menulis: "I have a dream."

Beliau membandingkan keadaan Amerika yang selama beradab-abad dikuasai oleh orang kulit putih tetapi boleh menerima orang kulit hitam sebagai Presiden mereka.

"I have a dream" adalah ucapan Martin Luther King yang terkenal dan beliau pemimpin aktivis kulit hitam yang memperjuangkan nasib orang kulit hitam Amerika.

Sekadar perbandingan, sejarah bangsa kulit hitam ini tidak sama dengan kaum Cina dan India di Malaysia. Afrikan-Amerika telah diimport sebagai hamba pada zaman kolonial dahulu dan mereka melalui proses yang panjang sebelum dimerdekakan oleh Abraham Lincoln. Selepas merdekapun, status sosial mereka tidak pernah sama dengan orang kulit putih Amerika.

Ketika pentadbiran Kennedy, orang kulit hitam yang pertama hendak masuk kolej di kawal keselamatannya oleh National Guard. Sudah tentu Presiden Kennedy yang mengeluarkan arahan untuk menaikkan taraf mereka.

Amerika sendiri merupakan benua yang tidak mempunyai 'tuan' kecuali Red Indian yang telah ditumpaskan oleh orang putih kolonial. American Dream adalah semua bangsa tanpa mengira asal keturunan mereka mempunyai peluang yang sama untuk berjaya di Amerika.

Lihatlah Singapura. Sebuah pulau yang ditemui dan diberi nama oleh raja Melayu sudah pupus identiti Melayunya. Singa Pura atau 'negara singa' kekal sebagai warisan bila mereka memanggilnya Lion City tetapi mereka mengiktiraf sejarah itu bermula dengan kedatangan Stamford Riffle.

Bila ditanya kepada Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura adakah negara itu boleh mempunyai Perdana Menteri Melayu, jawab beliau : "Not yet." (May be not at all)

Saya tidak kata cita-cita mereka hendak menjadi PM di Malaysia salah. Perlembagaan pun tidak kata illegal atau unconstitutional. Cuma sebagai orang Melayu saya hendak orang Melayu menerajui kerajaan Malaysia.

Dan saya tidak kata ianya mustahil. Bila dah ramai sangat orang Melayu yang kononnya liberal, ditambah parti 'islam' yang kata assabiyah haram, malah mereka sendiri sanggup jadi pak turut kepada mereka, saya rasa tidak sampai satu abad Malaysia telah tidak Melayu lagi.

Marilah kita orang-orang Melayu menjadi liberal, bertolak ansur dan mengalah kerana kita masih belum cukup liberal, bertolak ansur dan mengalah lagi mengikut piawaian mereka. Mereka mahu segalanya dan kita akan beri segalanya.

What a shame!

7 comments:

Rarepeople. said...

bermaksud, org akan berkiblatkan indonesia utk mengenali MELAYU. hahaha... org ckp, kera dihutan disusukan, anak dirumah dibiarkan. bgus gile kot. cm ape org ckp, jual anak sendri sbb nk duit y x sberapa. bgus lg. haha~

~teratai bunga indah~ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau sayg persahabatan ng dorg, jgn tinggalkan tp nasihat...

kalau x syg persahabatan, abaikan je r..hee..kalo dorg mintak tlg, n mampu tolong, apa salah tolong. pahala pon dpt..
tp kalo da bengang, pulangkan paku buah keras (kalo salh tlg betulkan peribahasa ni)

tp mungkin dorg tak bermaksud kot..

pape pun.. sabar~

Anonymous said...

minta maaf..sy tersalah post komen..

~teratai bunga indah~ said...

jika sekali jawatan PM jatuh kepada bukan melayu x mustahil PM berikutnya akan jatuh juga kpd bukan melayu... dan melayu semakin tertindas di bumi sendri bila kita sendiri tidak cuba bangkit...

YANG GAMBI said...

Apa sorang sahabat tu ckp, berkiblatkan Indonesia UTK mengenal MELAYU !!! tak betul kot, byk sgt air kat kepala kot...... kera terpaksa diberi susu, kalau anak tak nak susu gantung lagi, nak relak je tunggu susu sampai ke mulut... mungkin macam yang cakap tu.

Awk tu syik ckp tak kan Melayu hilang di dunia, macam mana keris Hang Tuan ka awk masih tak bersarung !!!!!!

Anonymous said...

setuju sangat

pisang bakar