Followers

Sunday, April 12, 2009

Barcelona

Sebelah kiri: Hannibal Barca.
Tulisan ini saya tujukan khas buat sahabat saya, Hasni Jamil atau lebih dikenali dengan nama Tok Ngah. Beliau merupakan penyokong kelab Barcelona sementara saya penyokong Real Madrid.
Barcelona dikenali juga dengan nama Barca, manakala Real Madrid dikenali dengan nama Real. Real dalam bahasa Sepanyol adalah Royal, dan Raja Sepanyol yang menganugerahkan title 'real' itu kepada kelab dari Madrid ini.

Barcelona dikenali juga dengan nama Catalan. Mereka mempunyai sejarah yang unik jika dibanding dengan bandar-bandar lain di Sepanyol. Sejarah Barcelona ini ada kena mengena dengan seorang jeneral Carthage yang terkenal: Hannibal Barca.

Empayar Carthage adalah di Utara Afrika(sekitar, Tunisia dan Algeria). Mereka asalnya orang Phonecia iaitu berdekatan dengan Greek juga. Mereka adalah pelaut yang cekap dan berhijrah ke Afrika, membuka koloni di sana. Carthage bermakna 'bandar baru', dan ia lebih dikenali negara kaya kerana perdagangan. Mereka bukan kuasa ketenteraan. Mereka menggunakan khidmat tentera upahan bagi mempertahankan Carthage ini.

Ketika Rom masih remaja, Carthage kuasa yang mengawal Mediteranean dan tidak dapat dielakkan akan akhirnya berperang dengan Rom. Kuasa kelautan Rom banyak meminjam teknologi Carthage. Ada beberapa siri perang antara Rom dan Carthage ini yang dikenali dengan nama Punic War. Hannibal muncul dalam Perang Punic yang Kedua.

Bapa Hannibal, Hamilcar Barca seorang jeneral Carthage yang pertama membuka New Carthage di Sepanyol, atau Semenanjung Iberian. New Carthage menjadi kubu kuat keluarga Hamilcar. Dalam Perang Punic Pertama, Rom berjaya mengalahkan Carthage dan memusnahkan kuasa laut Carthage.

Bila Hannibal muncul, beliau bercadang menyerang Rom dari Barcelona moden, menyeberangi Gunung Alps dengan membawa 40ribu tentera dan tentera bergajah. Ini merupakan sesuatu perbuatan yang menakjubkan hingga ke hari ini ia dianggap 'miracle'. Salah satu dari 'testimony' bahawa Hannibal Barca merupakan genius tentera yang tiada tolok bandingnya.

Ketibaan Hannibal di utara Rom menimbulkan panik kepada pihak Rom. Mereka melantik dua consul Varro dan Paulus untuk menghalang Hannibal. Hannibal menewaskan tentera Rom seramai 80 ribu orang dalam Pertempuran di Cannae yang membunuh hampir keseluruhan tentera Rom.

Kemudiannya dari seorang jeneral ke seorang jeneral yang dihantar oleh Rom ditewaskan oleh Hannibal. Kegagalan Hannibal menawan Rom kerana beliau tidak mempunyai siegecraft seperti catapult, balista dan beliau, tidak seperti Alexander, tidak mahir dalam peperangan mengepung(siege).

Dipendekkan cerita, ketika Hannibal masih di Rom, senat Rom menghantar Scipio menakluk Carthage. Hannibal dipanggil balik untuk mempertahankan Carthage. Dalam Pertempuran Zama, beliau kalah kepada Scipio. Beliau kalah kerana tentera yang direkruitnya masih baru dan Scipio juga seorang jeneral yang hebat. Scipio akhirnya mendapat gelaran Scipio Africanus kerana kejayaannya mengalahkan pahlawan hebat ini.

Dikatakan, jika Hannibal menang di Zama, beliau merupakan genius tentera yang paling agung, lebih agung dari Alexander.

Kerana mashyurnya nama Hannibal Barca ini, New Carthage hingga kini di namakan Barcelona atau Barca semperna nama keluarga Hannibal

3 comments:

Tok Ngah said...

Terima Kasih le tuan kerana menyajikan aku dengan sejarah Barcelona. Tapi apapun tahun ni Barca akan menempa sejarah lagi walaupun bukan dengan Jeneral Hannibal pun bukan jugak dengan Hannibal Lecter tapi dengan Josep Guardiola. Barca rules !!

sri tribuana said...

aku masih berharap Real memotong Barcelona dalam La Liga, kau ambik Juara eropah dah lah, baru 'one malaysia'

Anonymous said...

Barca bertambah kuat...aku sedih dengan Liverpool kerana main dan OK tapi kalah jugak dengan Chealsea...Apa boleh buat takdir bola itu bulat...

Penyokong Kuat liverpool