Followers

Saturday, April 11, 2009

Khinzir atau babi?

Satu ketika dahulu perkataan khinzir cukup terkenal. Malah hinggi kini pun masih terkenal. Kadang-kadang kita panggil khinzir. Kadang-kadang kita panggil babi. Tak pelah, nak memperkayakan perbendaharaan kata Melayu(ke Malaysia?)

Mula-mula babi di 'khinzir'kan, saya tidak faham maksudnya. Lama-lama saya fahamlah. Saya pernah bertanya kepada seseorang mengapa babi di panggil khinzir. Katanya, sebab bunyi babi tidak sedap sangat.

Saya tidak tahu betul ke tidak itu sebabnya babi dikhinzirkan. Mungkin pakar bahasa ada sebab yang lebih canggih. Bagi saya, mengapa perlu khinzirkan babi ini. Ia cuma binatang, dan binatang ini tidak bersalah pun.

Kebetulan dalam Islam mengharamkan umatnya memakan babi dan menyentuhnya. Jika tersentuh kena samak. Namun demikian, saya tidak nampak kenapa binatang yang dinamakan babi oleh nenek moyang kita kena tukar nama sebab dia haram dimakan dalam Islam?

Saya rasa dari memuliakan sang 'babi' ini dengan dibunyikan sikit arabnya, pakar bahasa lebih baik terjemahkan istilah-istilah sains yang kompleks. Ini boleh menyumbang kepada tamadun. Dan babi hanya kata nama, saya tidak nampak kepentingan menukar 'status'nya.

Seperti biasa bila di'warta'kan Mr. Pig ini sebagai khinzir, semua pun ikutlah hingga hilang nama babi yang asal. Kebetulan juga ada orang menyeranah dengan sebut: 'Babi kau!." Tetapi ini tidak mengurangkan atau menaikkan kemuliaan babi ini. Ia hanya kata nama.

Monkey see, monkey do.

7 comments:

ATIE said...

memang babi hanyalah kata nama.. tapi bila perkataan babi itu selalu sgt digunakan untuk sumpah seranah atau mengambarkan sesuatu yg teruk oleh ramai anak muda zaman sekarang (org lebih berusia pun ade jugak )...maka lebih elok la babi ditukarkan pd khinzir..nampak mcm babi tu perkataan yg tak elok.
kata melayu tu penuh degn adab sopan... walaupun xde effect pd 'penyeranah' yg sebut babi..(sbb dorg kalo nk seranah mesti sebut babi gak walaupun da tukar perkataan khiinzir..)


p/s: ade gak yg melatah sebut babi..hmmm...

sri tribuana said...

sama jer....
benda yg sama dan bagi saya ni contoh kita suka berfikir benda remah temeh dari berfikir benda besar2...
sbb tu org kita tertinggal

alfian_firhan said...

babi ke khinzir ke bagi aku sama je. tak perlu nak diper'isu'kan hal ni. maksud aku, babi atau khinzir tu bila kita sebut dah tentu merujuk kepada benda yang sama. em ada ke bila sebut babi kita bayangkan sesuatu yang berbeza apabila kita sebut khinzir? kalau nak cakap khinzir tu lagi sopan, tapi sopan ke muka khinzir a.k.a babi tu? haha.. hal ni bukan isu bagi aku. kalau nak dijadikan isu bukan perkataan yang sesuai digunakan: babi atau khinzir, bagi aku nak dijadikan isu tu penternakan babi ke sebagai contoh. hoho.. panjang plak aku tulis..

sri tribuana said...

tht's exactly what i mean, sama sahaja

Tok Ngah said...

Ini penyakit dalam masyarakat untuk mengurangkan rasa jijik terhadap sesuatu. Contoh lain Rasuah nampak jijik lalu org mencipta istilah duit kopi orng UMNO kata politik wang. Mengumpat dan fitnah nampak berdosa tapi dalam dunia hiburan bila sebut bergosip rasa macam biasa je. Riba jelas sangat haramnya tokey cina pun tahu tapi bila tukar jadi interest atau faedah nampak cam best dan up to date.

Mook said...

haha. satu cara teknik untuk mengelirukan orang ramai tuh. bravo!

Francis 'X' Hummel said...

Babi ni rendah mertabatnya... ape nak cite sgt pasal babi??.. nak cite pasal rasa dagingnya- xramai yg rasa, nak cite pasal baunya-sama mcm binatang2 lain... nak cite pasal mukanya-same jer mcm babi2 lain.... nak cerita pasal perangai dia-perangai manusia lagi ramai mcm 'babi' so, nak ungkit yg baik pasal babi xde.. semua yg buruk2 je. Tapi itu utk org mcm kita yg xselalu hidup dgn babi.. (dikecualikan manusia yg mcm' babi'). Bagaimana pula untuk org yg selesa dgn binatang2 ni... yg jadi makanan, yg jadikan perniagaan... yg jadikan mata pencarian... pasti tersinggung sedikit sebanyak... pasti juga ada yg 'simpati' dgn org2 yg tersinggung ni...

so meng'khinzir'kan binatang ini akan meneutralkan isu terselindung... dgn nama yg popular ni, org akan lebih focus tentang isu sebenar...

tup-tup, skrg org yg xpuas-hati babi dpt nama glamer mula menyarankan 'babi' dikekalkan... xsalah gak... babi pun boleh, khinzir pun boleh... tp mana yg lagi 'mudah' dibincangkan?... isu babi atau nama babi?...