Saya akui ini bukan idea saya, tapi pernah terbaca komen seseorang dalam suratkhabar. Agak menarik pendapatnya.
Manusia sering menggambarkan perbuatan yang kejam sebagai inhumane. Maknanya tidak berperikemanusiaan. Bila inhumane, maksudnya kebinatangan.
Malangnya, binatang sendiri tidak sekejam manusia. Memang manusia berakal. Jika mereka memilih untuk melakukan kekejaman, mereka boleh melakukan lebih dari semua spesis di atas muka bumi ini.
Manusia bukan hanya kejam kepada haiwan. Mereka juga kejam dengan sesama manusia. Oleh kerana mereka dianugerahkan akal, dan sangat bijak jika dibanding dengan spesis lain, manusia boleh melakukan kekejaman samada kepada binatang atau sesama manusia dengan cara paling kreatif.
Lihatlah perkakas seksaan yang direka oleh manusia. Bermacam-macam dan ada yang memang direka khas untuk menyakitkan sesama manusia dengan cara paling mengerikan.
Kejutan eletrik, penyaliban, cabut kuku kaki, rendam dengan ais, minum air sabun. pukul dengan kayu sampai mati, potong lidah, kerat jari. Seribu satu macam cara semuanya adalah bermatlamat menyakitkan.
Jadi ayat inhumane itu tidak tepat sama sekali. Sepatutnya ayat yang sesuai adalah too humane.
No comments:
Post a Comment