Followers

Sunday, April 19, 2009

Tengku

Pada masa sekarang, hampir keseluruhan kerabat di Malaysia akan memakai nama Tengku. Ada sesetengahnya, Tunku. Sesiapa yang membaca Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang, dan jika mereka teliti, tidak ada sepatahpun perkataan dalam karya berkenaan menggunakan perkataan 'Tengku' atau 'Tunku'.

Jadi, di mana bermulanya Tengku ini?

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, putera-putera sultan akan dipanggil 'raja'. Contohnya Sultan Muzafar Shah, sebelum menjadi sultan bernama Raja Kasim. Ringkasnya, putera-putera sultan tidak bergelar tengku pada zaman Melaka tetapi 'raja'.

Di Malaysia, hanya Perak yang bergelar 'raja' dan bukan 'tengku'. Ini kerana sultan-sultan Perak adalah waris dari Bukit Seguntang Mahameru yang mana putera Sultan Mansur Shah yang tidak di rajakan di Melaka, telah menjadi raja Perak. Keturunan baginda yang terus memerintah Perak hingga ke hari ini.

Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Sultan Mahmud(Marhum Kampar) telah melarikan diri ke Johor dan membina pengganti Melaka iaitu empayar Johor-riau.

Keturunan baginda, yang kebetulan bernama Mahmud juga iaitu Sultan Mahmud Mangkat Dijulang merupakan sultan waris terakhir dari Bukit Seguntang Mahameru yang memerintah empayar Johor-riau.

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah mangkat sebelum baginda mempunyai waris. Mengikut adat zaman dahulu, bila sultan tidak berwaris, bendahara yang akan menggantikan sultan. Ini kerana bendahara sendiri adalah asalnya putera-putera raja(zaman hindu) yang tidak menjadi raja.

Apabila ini terjadi pada tahun 1699, Bendahara Abdul Jalil telah menjadi sultan dan bergelar Sultan Abdul Jalil. Mana-mana anak baginda sebelum baginda menjadi sultan bergelar Tun.

Contohnya anak baginda, Tun Abdul Majid yang menjadi Bendahara Pahang pertama bergelar Tun. Dari keturunan Tun Abdul Majid bendahara-bendahara Pahang dihasilkan dan seterusnya menjadi Sultan Pahang hingga ke hari ini.

Sementara anak Sultan Abdul Jalil yang lahir selepas baginda menjadi sultan dipanggil Tengku. Pada asalnya mereka dipanggil Tunku atau 'Tun Ku'. Lama kelamaan kekallah putera-putera sultan dari keturunan Tun Habib Abdul Majid(Marhum Padang Saujana, Johor) ini bergelar Tengku.

Sultan Abdul Jalil adalah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid.

Putera Sultan Abdul Jalil yang menjadi Sultan Johor iaitu Sultan Sulaiman Badrul Shah memakai gelaran Tengku.

Begitu juga dengan Terengganu. Ini kerana sultan-sultan Terengganu merupakan keturunan Tun Habib Abdul Majid juga kerana sultan Terengganu yang pertama iaitu Sultan Zainal Abidin merupakan anak Tun Habib.

Akhirnya, hanya sultan-sultan Perak sahaja yang berketurunan Sang Sapurba Taram Sri Tri Buana, iaitu pemerintah dari Bukit Saguntang Mahameru.

Nota kaki: Sultan-sultan Selangor memakai gelaran raja juga bagi putera mereka tetapi mereka bukan keturunan Bukit Seguntang. Mereka adalah keturunan Daeng-daeng Bugis yang berhijrah ke Tanah Melayu.

7 comments:

SukriAli said...

terjawab kemusykilan aku, dari mana datangnya nama Sri Tri Buana. =)

sri tribuana said...

komen la Legio X

Anonymous said...

Kerabat Selangor cari Sri Tri Buana untuk ulas berkenaan dengan keturunan mereka yang berasal dari Daeng2 Bugis yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Pisang Bakar

sri tribuana said...

minta anak raja muda jer ngulasnya

Anonymous said...

Ape2 aje lah....
Hidup PR

Apache said...

UMNO tetap dihatiku...

sri tribuana said...

UMNO: dulu kini dan selamanya