Followers

Wednesday, April 8, 2009

Bagaimana Barat Menang.

Semasa saya masih belajar di ITM, pensyarah saya Professor Salim Shad Faruqi pernah bertanya: "How the west was won?", dan beliau sendiri jawab: "West was won by killing Indian. They came, they saw, they conquered." (Sudah tentu dia petik dari "Veni, Vidi, Veci"- kata-kata Julius Caesar.)

'How The West Was Won'merupakan tema cerita-cerita koboi, atau great western theater, satu genre zaman kegemilangan filem koboi.

Kebetulan ini memang zaman mereka. Sudah sejak zaman Enlightment, Barat sudah menguasai dunia. Mereka pencipta, penakluk dan pemodal yang menguasai segala. Mengapa?

Tentu ada sesuatu yang istimewa hingga mereka jauh lebih bertamadun dari kita. Seperti yang pernah saya tulis dalam tajuk 'Demokrasi', selepas Rom pecah dari Rom Barat(Itali) dan Rom Timur(Byzantine), kemudiannya muncul Islam dan Eropah sendiri sudah pecah kepada raja-raja feudal serta munculnya Papacy yang mendominasikan kepercayaan mereka, bermulalah Zaman Gelap Di Eropah.( America still out of the picture.)

Jatuhnya empayar Rom Barat setelah diserang oleh orang-orang gasar seperti Visigoth dan Attila the Hun telah menghancurkan kuasa ketenteraan Rom. Sementara Rom Timur walaupun kuat tetapi juga sudah mula dicabar oleh agama Islam yang baru muncul. Ketika itu, Turki Usmaniyah yang memberi tekanan kepada kerajaan Byzantine.

Munculnya institusi gereja atau Papacy juga membawa kemunduran kepada Barat. Sebelum ini, Rom mewarisi budaya dan tamadun Greek yang mana mementingkan rasionalisme tetapi Gereja membawa dogma kepada mereka.

Sementara Islam yang muncul sekitar abad ke 7, dengan cepat berkembang dan menguasai ilmu. Zaman Umayyah mereka menakluk hingga ke Sepanyol dan zaman Abbassiyah tamadun Islam merupakan yang paling tinggi.

Bagaimana Barat muncul dari Zaman Gelap mereka dan menguasai ilmu dan akhirnya menjadi dominan di dunia ini?

Di akhir-akhir zaman Gelap, mereka sudah menemui sentuhan lama mereka. Mereka sudah mengenalpasti bahawa rahsia kemajuan terletak pada pemikiran rasional bukan dogma keagamaan. Maka bermulalah sekularisme yang telah membentuk dunia moden ini.

Selama berabad-abad, gereja menjadi pegangan mereka dan gereja telah menyekat pemikiran rasional. Galileo Galilee, Corpenicus dan ramai lagi di excommunicatekan kerana kononnya menentang gereja. Mana-mana bangsa(nation) yang berfahaman protestant agak lebih maju dari mereka kerana protestant menentang penguasaan Vatican.

Newton, Darwin dan ramai lagi muncul di England kerana sejak zaman Henry VIII, Britain sudah memutus hubungan dengan Vatican. Selepas Reinassance, bila munculnya pemikiran rasional di Eropah seperti Voltaire, Rousseau, Montesquieu dan ramai lagi, membuka mata Eropah bahawa untuk menjadi maju, mereka terpaksa meninggalkan ajaran gereja.

Mana yang tidak sanggup, mereka memisahkan pemikiran saintifik di satu pihak dan pegangan keagamaan dipihak lain. Muncullah apa yang dipanggil: sekularisme.

Mengapa Islam menjadi mundur? Kerajaan Islam telah meninggalkan minat kepada ilmu pengetahuan selepas Dinasti Abbasiyah diserang oleh Hulagu Khan. Memang banyak kitab-kitab ilmu dibakar tetapi jika orang Islam terus-menerus meneroka ilmu, mereka akan terus maju.

Selepas itu Islam hanya kuat dari segi ketenteraan. Kerajaan Usmaniyah Turki telah menakluk Konstatinople dan menamakannya Istambul. Sultan yang bertanggungjawab adalah Sultan Muhamad Al- Fatih( Barat memanggilnya Mehmet the Conqueror). Dari segi pemikiran, kita tiada mencipta yang baru.

Sementara ilmuwan Eropah menemui penemuan demi penemuan(ada antaranya hasil saintis Islam), Islam semakin jumud dan taklid. Mereka menjadikan agama hanya pegangan ritual dan menekankan aspek kerohanian semata-mata. Semangat Islam yang mula yang mana ilmuwan Islam meneroka segala macam ilmu pengetahuan ditinggalkan.

Kita tidak ada reformasi Islam dari segi kewangan, ekonomi, sistem politik yang dinamik, dan pendidikan yang pragmatik.

Ulama-ulama pulak hanya bertengkar soal-soal remeh, hukum hakam,mazhab itu kata ini, mazhab ini kata itu, dan segala macam tetek bengek yang hanya menumpu pada ranting-ranting, kita lama kelamaan meninggalkan pemikiran rasional dan saintifik sedangkan ajaran Islam tidak pernah bertentangan dengan sains.

Lama kelamaan, muncul apa yang berlaku kepada orang Islam seperti yang berlaku pada Eropah dahulu: dogma. (Walaupun Islam tiada institusi seperti gereja, tetapi jumud(beku) dan taklid(buta) membuta tuli terhadap pegangan sesetengah ulama menjadikan mereka dogmatik).

Apabila dunia menjadi global dan Barat sudah meletakkan pola-polanya kepada 'how the game shall play.', orang Islam hanya menjadi pengikut dan bukan leader lagi. Contohnya, sistem kewangan Barat ciptaan Yahudi sudah nampak gagalnya, tetapi ilmuwan Islam masih bertekak mazhab Syafie atau Hanafi yang betul.

Jadi, balik ke soal asas: How the west was won? They was won and still winning because they developed empire of their mind instead of ...........

Habiskan sendiri ayat tersebut.

No comments: