Followers

Monday, April 27, 2009

Tiga Budak Hitam

Ada tiga budakk hitam. Main tepi kolam. Mereka ternampak satu botol yang aneh. Mereka membuka tudung botol. Keluar seekor jin. Rupa-rupanya botol berkenaan didiami seekor jin yang telah dihukum penjara dalam botol selama seribu tahun.

Jin sangat gembira dan rasa terhutang budi. Dia bertanya kepada tiga budak hitam.

"Tuan hamba sudah membebaskan hamba, minta satu permintaan seorang, hamba akan tunaikan."

Budak hitam yang pertama berkata: "Jin tolong putihkan kulit hamba."

Lantas jin mengerlipkan mata dan budak hitam yang pertama menjadi putih. Budak hitam yang sudah bertukar putih sangat gembira.

Teruja dengan kejayaan budak hitam pertama, budak hitam kedua pula minta permintaan yang sama. "Wahai jin, hamba minta putihkan juga kulit hamba." Lantas jin mengerlipkan mata dan putihlah budak hitam yang kedua.

Kedua-dua mereka sangat gembira. Mereka menari-nari kegembiraan. Budak hitam yang ketiga memandang dengan jakinya kepada rakannya. Dia tidak puas hati.

Bila jin bertanya kepada budak hitam yang ketiga apa hajatnya, tanpa ragu-ragu dia berkata:

"Jin, saya tak puas hati mengapa kawan saya jadi putih tapi saya masih hitam. Saya minta hitamkan mereka berdua seperti saya juga biar padan muka dia org."

2 comments:

MusangTembaga said...

Salam Big Bro,
Budak hitam no.1 = PAS
Budak hitam no.2 = PKR
Budak hitam no.3 = DAP
Jin = USA

Bila budak hitam no.1 & 2, melompat kegembiraan sebab dah jadi putih, maka budak hitam no. 3 pun minta dpd jin aprit tu supaya semua jadi hitam semula...Sapa yang rugi???
Melayu jugak yang sengsara...

Abble243Bie said...

tak paham sebenarnya...

tapi aku ada intepretasi aku sendiri...

3 budak hitam ni macam umat Melayu. #1 dan #2 mendapat peluang untuk berjaya(kalau putih tu adalah kejayaan), tapi diorang memang pentingkan diri. Nak berjaya seorang. Kalaulah diorang guna peluang tu sehabisnya, (contoh #1 minta 3 orang budak hitam menjadi putih), mereka masih mempunyai 2 lagi peluang untuk digunakan(Kalau mereka masih ada hajat lain). Itulah gunanya bekerjasama. Tu lah kenapa Melayu semua tak berjaya, tak ada kesatuan.

budak hitam #3 adalah sangat normal bagi umat Melayu. CEMBURU dengan kejayaan orang. Sanggup menggunakan peluang yang ada hanya untuk menjatuhkan orang lain, terutama kaum dia sendiri. Ini dapat kita lihat selalu bila kedai A dan B jual produk yang bersaing, bila A rugi, mereka akan menggunakan bomoh laa apa asalkan dapat tengok B pun jatuh juga. TIPIKAL MELAYU