Followers

Wednesday, April 1, 2009

Kembalikan kekebalan Raja-raja.


Ada beberapa saman yang pernah dibawa kepada beberapa Sultan di Malaysia ini. Antaranya saman Faridah Begum terhadap Sultan Pahang, saman Standard Chartered terhadap almarhum Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan dan ura-ura saman Karpal Singh - walaupun belum berlaku - ke atas Sultan Perak.

Almarhum Sir Maharaja Abu Bakar Johor pernah disaman di England oleh rakyat British yang tidak tahu status baginda. Mahkamah England memutuskan saman itu digugurkan kerana baginda sovereign negara yang berdaulat.

Kita ingin melindungi institusi raja-raja, bukan batang tubuh sesiapa yang bergelar raja itu. Institusi Raja-raja merupakan sebahagian dari kerajaan, Yang Di Pertuan Agong merupakan sebahagian dari Parlimen bersama-sama Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bermulanya Raja-raja boleh dibawa ke mahkamah, walaupun Mahkamah Khas adalah selepas Sultan Johor menampar Gomez iaitu seorang warganegara Malaysia, berketurunan Portugis dari Melaka.

Saya setuju, seperti Presiden Amerika, seorang raja yang tidak sesuai dan layak memerintah, dilucutkan jawatannya. Mekanismenya, perlu difikirkan seperti contohnya bagi Presiden Amerika, Grand Jury akan memutuskan. Selepas beliau didapati perlu dilucutkan jawatan(impeachment) baru beliau tidak immune lagi.

Mungkin Majlis Raja-raja boleh memutuskan samada sultan berkenaan layak memerintah atau tidak.

Sekarang ini, undang-undang yang membenarkan sultan iaitu institusi raja itu sendiri boleh didakwa sudah menimbulkan keruwetan perundangan dan kekalutan politik.

Bagaimana sovereign dan simbol perpaduan rakyat Malaysia boleh didakwa? Bagaimana undang-undang ingin mempertahankan institusi ini jika peruntukkan undang-undang sendiri membenarkan mereka didakwa?

Bila berlaku pertelagahan seperti Perak baru ini, apabila Sultan bertindak berdasarkan kuasa yang ada pada baginda menimbulkan rasa tidak puas hati kepada baginda hingga ada yang mengugut untuk mendakwa baginda, sebarang pembelaan dari pihak satu lagi dianggap mainan politik - walaupun dari segi teori raja bebas dari mana-mana parti.

Hanya peruntukkan undang-undang yang jitu saja boleh kembali meletakkan raja-raja pada tempatnya. Mereka perlu 'above the law' supaya mereka boleh menyelesaikan kekalutan yang semacam ini. Kita tidak tahu pada masa depan mungkin demi Melayu, kita perlukan kuasa mereka lebih dari apa yang kita fikirkan.

Nota kaki: Saya juga tidak setuju gabenor berada dalam majlis raja-raja kerana gabenor di lantik oleh PM, raja-raja adalah soveriegn bumi Melayu yang bersultan.

2 comments:

Anonymous said...

dalam Islam, tak ada yang kebal dari undang-undang.

sri tribuana said...

kalau sesiapa baca elok2 apa yg saya tulis, institusi itu yang kebal atau x boleh dibawa ke pengadilan...
mana2 raja yang buat salah, lucutkan jawatan kemudian bawala ke pengadilan,
institusi tidak boleh seperti Presiden Amerika bukan George Bush, Clinton bila di impeach baru boleh di dakwa, presiden amerika per se tak boleh.