Followers

Friday, April 10, 2009

Kecil Itu Cantik

Kabinet Dato' Sri Najib telah dikecilkan. Sebelum ini ada 28 Kementerian dan 32 Menteri. sekarang ini pula cuma ada 25 Kementerian dan 28 Menteri. Seperti dalam buku E. F. Schumacher, seorang ahli ekonomi,: 'Small is beautiful.'

Motif Perdana Menteri mengecilkan kabinet ini mungkin ada kena mengena dengan penjimatan pentadbiran dalam zaman kemelesetan ini. Mungkin juga untuk memastikan kelicinan dan effisiensi setiap kementerian yang diwujudkan. Dalam erti kata lain, kabinet beliau diharapkan kabinet yang boleh deliver.

Beliau juga menegaskan, era 'goverment know best' sudah berakhir. Beliau juga menyatakan, era kerajaan mengawal secara keterlaluan juga telah berakhir.

Akhirnya, pucuk pimpinan kita menyedari dan mengakui, era rasa 'terhutang budi' rakyat kepada UMNO khususnya atau BN amnya sudah berakhir. Telah lebih 50 tahun kita merdeka, rakyat tidak secara automatiknya, merasakan UMNO dan BN sebagai saviour dan sacred lagi.

Era dimana menteri-menteri dijunjung, dipuja dan kebal dari sebarang kritikan juga sudah berakhir. Menteri haruslah benar-benar berkhidmat kerana mereka mempunyai persaing iaitu pembangkang.

Jika dahulu peranan pembangkang merupakan pihak yang melakukan check and balance, sekarang mereka sendiri sudah menaruh cita-cita untuk menjadi 'goverment in waiting.' Rakyat dan pengundi menjadi umpire atau pengadil yang akan menilai segala tingkah laku pemimpin dari kedua-dua pihak ini.

Secara ringkas, Perdana Menteri tidak lagi akan menganggap menteri-menteri bebas melakar polisi mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Di sini suara keramat(atau general will) menjadi bertambah keramat jika formula ini diamalkan sepenuhnya.

Suara rakyat perlu didengari. Tidak boleh ada lagi kroni, anak menantu, Tingkat Empat, dan pengaruh keluarga dalam membuat dasar kerajaan. Segalanya mesti telus. Plato pernah berkata: "Only goverment has a privilege of lying."

Not anymore.

Rakyat sudah makin cerdik, analitikal dan information savvy. Don't insult their intelligent anymore.

Sementara itu pula, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaludin tidak terpilih menyertai kabinet. Bekas lawannya, YB Dato' Mukhriz dan Naibnya, YB Dato Razali dipilih menjadi timbalan menteri.

Ada semacam satu mesej yang kuat disebalik perlantikkan yang pelik ini. Sekali air bah, sekali pasir berubah. When a new emperor emerge, kata perpatah Cina, new loyalty shifted.

We cannot make wave, kata Bismark, we only can ride it.

Oleh kerana Khairy terlalu ghairah hendak mencipta wavenya, maka terimalah hukuman 'force of nature.'

Jangan lawan hukum alam.

4 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya, jikalau Khairy cerdik politik, inilah
masanya di buktikan kepada semua org bahawa Khairy bukan mengejar jawatan.....jangan pedulikan apa org kata....buat kerja dengan bersungguh2 walau pun tanpa jawatan....akhirnya org akan tabek kpd Khairy....Khairy ikhlas.....bolehkah Khairy buat begitu ?

Tok Ngah said...

Org macam tu tak naik pong takpe. Tapi betulke Najib boleh control ? Kes Attantuya dah settleke?

sri tribuana said...

prinsipnya sama: sapa buat salah dia kena bayar...
sapa x buat dia x yah takut....
Tengku Razaleigh kata masa dia kena fitnah pasal skandal BMF, mana2 suratkhabar yg buat cerita dia sama semua sekali dekat negeri diaorg hingga semua kena bersihkan nama dia balik..(lihat blog Tengku Razaleigh: We all shall come clean)

Perjuangan bukan untuk satu satu orang but bangsa Melayu..

sri tribuana said...

pembetulan: tengku razaleigh saman bukan sama...
sorry, human mistake