Sebenarnya saya ingin menjawab persoalan demi persoalan yang dilontarkan oleh YB Ti Lian Ker. Beliau merupakan bekas ADUN Teruntum. Dalam monolouge beliau dibawah dengan Tun Mahathir banyak persoalan yang hendak disingkap.
Saya faham YB merupakan seorang YB MCA. Ini bermakna YB adalah dalam komponen Barisan Nasional. Saya juga faham YB adalah seorang yang educated dan liberal. Mungkin YB sudah lemas dengan isu perkauman yang dimainkan berulang-ulang kali.
Apabila YB menyertai MCA, saya boleh simpulkan Yb tidak percaya dengan perjuangan DAP, termasuklah chauvanis kaum dan juga konsep Malaysian Malaysia.
Saya tidak faham apa yang Yb maksudkan kaum Cina dilayan seperti warganegara kelas kedua? Apa yang pemerintah UMNO dan BN yang YB dukungi sekarang ini yang menindas kaum Cina?
Apa fakta sejarah yang diputarbelitkan dan diubahsuai sesuka hati? Kami orang Melayu banyak mengalah. Kami tidak juga menyalahkan kaum Cina jika orang Melayu tertinggal kerana sesetengah mereka pemalas. Kami juga tidak menghalang kaum Cina menjadi kaya. Malah kenyataannya kaum Cina lebih kaya dari orang Melayu.
Saya tidak tahu apa lagi yang YB inginkan. Jika YB ingin kami mengatakan kaum Cina bukan keturunan pendatang, tetapi itu fakta sejarah. Ini bukan bererti kami rasis. Seperti orang Itali tidak sepatutnya tersentuh jika dikatakan keturunan immegren di Amerika.
Namun demikian, kami tidak pula menganggap kaum Cina bukan sebahagian dari Malaysia. Bukankah Menteri Kewangan Pertama Malaysia adalah Tun H.S. Lee. Bukankah kami sering menyebut nama bapa-bapa kemerdekaan termasuk Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan.
Bukankah atas prinsip kita faham kita tidak boleh tidak ada kaum yang lagi satu kita membentuk Barisan Nasional? Bukankah pengundi Melayu juga mengundi YB atas semangat Barisan Nasional?
Tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 memang mendukacitakan saya. Tercetusnya juga adalah kerana kita gagal memahami semangat sosial kontrak antara Bapa-bapa Kemerdekaan kita. Saya nampak sejarah akan berulang lagi jika kita gagal menangani perkara ini dengan baik. Percayalah bila Melayu terhimpit, tidak ada Melayu yang akan menjadi 'liberal' lagi dan tidak kira dari parti apapun.
Kami sudah banyak berkorban. Kami juga tidak ingin keadaan politik seperti ini. Kami mengimpikan Melayu Raya yang mana Tanah Melayu dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu tetapi kami juga realistik dan sanggup berkongsi kuasa.
Memang ada pemimpin-pemimpin UMNO yang arrogance dan suka menggunakan perkauman sebagai batu loncatan tetapi takkan sebab marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Kami dikafirkan oleh saudara kami orang PAS kerana bekerjasama dengan, kata mereka "kafir". Kami juga mendapat desakan dari radikal dan militan Melayu. Kita kena ingat, tiada siapa akan menang jika soal perkauman ini diteruskan.
Kami masih memerlukan bantuan kerajaan. Kami masih tertinggal. Kami adalah bangsa bertoleransi tetapi ada hadnya.
"Equality of unequal is inequality"
-Rousseau
1 comment:
Satu ulasan yang menarik dan berada diatas fakta dan kenyataan. Kaum cina, para politikus cina harus memandang ini pernyataan dengan ikhlas dan secara rasional. Selama ini, kerana manjaga hati bangsa cina kami pendamkan semangat dan jatidiri kamu ~ tak mahu digelar rasist - tapi semakin kami memberi samakin kami dipaksa memberi lagi. Kami tidak lagi gentar dipanggil rasit ~ kerana perjuangan ini adalah untuk tanahair kami @ TANAH MELAYU ~ bERNIKAN hATI
Post a Comment