Followers

Monday, April 27, 2009

Tiga Budak Hitam

Ada tiga budakk hitam. Main tepi kolam. Mereka ternampak satu botol yang aneh. Mereka membuka tudung botol. Keluar seekor jin. Rupa-rupanya botol berkenaan didiami seekor jin yang telah dihukum penjara dalam botol selama seribu tahun.

Jin sangat gembira dan rasa terhutang budi. Dia bertanya kepada tiga budak hitam.

"Tuan hamba sudah membebaskan hamba, minta satu permintaan seorang, hamba akan tunaikan."

Budak hitam yang pertama berkata: "Jin tolong putihkan kulit hamba."

Lantas jin mengerlipkan mata dan budak hitam yang pertama menjadi putih. Budak hitam yang sudah bertukar putih sangat gembira.

Teruja dengan kejayaan budak hitam pertama, budak hitam kedua pula minta permintaan yang sama. "Wahai jin, hamba minta putihkan juga kulit hamba." Lantas jin mengerlipkan mata dan putihlah budak hitam yang kedua.

Kedua-dua mereka sangat gembira. Mereka menari-nari kegembiraan. Budak hitam yang ketiga memandang dengan jakinya kepada rakannya. Dia tidak puas hati.

Bila jin bertanya kepada budak hitam yang ketiga apa hajatnya, tanpa ragu-ragu dia berkata:

"Jin, saya tak puas hati mengapa kawan saya jadi putih tapi saya masih hitam. Saya minta hitamkan mereka berdua seperti saya juga biar padan muka dia org."

Sunday, April 26, 2009

Orang Baik Di Mana-mana

Ketika saya menulis blog, ada satu kejadian di Coffee Bean Ampang. Saya sedang download movie dan baru check out dari bilik hotel. Saya tidak shut down komputer dan pergi makan di Sushi King. Oleh kerana lama sangat tidak diplug, bateri saya hampir kehabisan. Saya tergesa-gesa ke Coffee Bean dengan tujuan untuk hang out, minum dan charge bateri laptop.

Setiba di sana, saya nampak kerusi yang berhampiran dengan soket kosong, sementara satu lagi diduduki oleh seorang wanita Korea. Bila saya meletakkan laptop saya dimeja kosong itu, entah dari mana muncul seorang wanita Korea lain dan mendakwa meja itu kepunyaannya. Ketika saya sampai saya lihat meja berkenaan tiada penghuninya.

Saya minta beliau cari meja lain kerana saya perlukan soket dan meja lain tiada soket. Dia berkeras mengatakan itu mejanya. Saya minta satu kerusi kerana ada empat kerusi kosong. Dia kata dia bersama kawannya dan pertemuan itu penting.

Saya menjadi meradang kerana dia tidak boleh bertolak ansur. Saya tetap plug in laptop saya tanpa duduk dimeja itu. Saya bercadang untuk minum dan duduk atas lantai sahaja. Tiba-tiba, wanita Korea dimeja sebelah menyampuk dan berkata: "Excuse me, you can use this table."

Beliau mengajak berkongsi meja dengannya.

Saya menerima tawarannya dan saya hairan wanita Korea yang bertekak dengan saya itu hanya minum dengan seorang lagi kawannya. Hanya berdua dan tidak benarkan saya tumpang mejanya sedangkan dia tidak bawa komputer dan tidak menggunakan soket.

Saya rasa terharu dengan sikap bertolak-ansur wanita Korea yang mempelawa saya menumpang mejannya kerana dia juga sedang menunggu seorang kawan.

Orang baik di mana-mana. Begitu juga orang jahat.

Ketika saya tingkatan satu saya bersekolah di Sekolah Menengah Seri Ampang. Saya tinggal di Taman Sri Watan. Tambang masa itu 30 sen jika naik 'bas panjang' dan 50 sen bas mini.

Pada satu hari, saya membelanjakan keseluruhan duit bekal saya dan cuma tinggal 30 sen, dalam bahasa budak-budak ketika itu,: "ngam ngam jer tambang bas." Entah macam mana, saya tertinggal duit itu atau tersalah letak tetapi tidak menyedarinya.

Bila saya sudah didalam bas 186(bas Lembah Jaya, jika bas mini- bas 34), konduktornya seorang Cina tua kami panggil apek. Kami agak nakal dan tak 'ngam' dengan apek ini. Bila sampai giliran saya membayar, saya seluk poket dan baru saya sedari saya tidak tertinggal duit tambang.

Dia menunggu saya membayar dan saya segan nak mengatakan saya tidak ada duit. Lama dia tenung saya. Kemudian dia terus meminta pada penumpang lain. Saya menunggu reaksi seterusnya. Adakah dia akan minta pemandu menurunkan saya dimana-mana?

Apek itu tidak berkata apa-apa dan hingga sampai ke rumah dia terus tidak pedulikan saya. Saya dengan segan-segan turun. Esoknya saya membawa duit lebih dan saya hendak membayar semula duit itu. Dia menggeleng-geleng kepala dan cuma ambil duit tambang pada hari itu sahaja. Mungkin dia faham masalah remaja tingktan satu.

Orang baik dimana-mana.

Ketika saya menulis salah satu dari article dalam blog saya ini, dua kanak-kanak bangsa Cina, berumur 4 dan 5 tahun berlari-lari bermain di coffee house hotel itu. Tiba-tiba mereka berhenti bermain dan menghampiri saya. Mereka memerhatikan laptop saya, sambil tersenyum-senyum dan memanggil saya: "uncle, uncle." Lepas itu mereka sambung berlari-lari dan berhenti lagi dekat saya dan memanggil: "uncle, uncle." Saya cubit pipi mereka dan mengusap rambut mereka. Mereka menyambung permainan kejar mengejar mereka selepas itu.

Saya hairan mengapa ada manusia sanggup menyeksa, mencabul dan membunuh kanak-kanak.

Orang jahat juga dimana-mana.

Dalam sesetahun dua yang lepas, saya ada terbaca dalam suratkhabar, beberapa orang pelajar Yahudi dipenjarakan oleh kerajaannya kerana tidak mahu memerangi orang Palestin. Mereka menolak 'military dratf' kerana menurut mereka, mereka tiada salah dengan orang Arab Palestin dan begitu juga dengan orang Palestin tiada salah dengan mereka. Mereka lebih rela dipenjara oleh Israel sendiri.

Gambar dalam berita berkenaan menunjukkan ibubapa mereka juga menyokong tindakan anak-anaknya dan bergambar ketika menghantar anak mereka dipenjarakan.

Memang benar orang baik dimana-mana tanpa mengira agama, bangsa, ideologi dan parti.


P/S: Saya dedicate anekdot ini buat wanita Korea yang memberi tumpang mejanya kepada saya yang masih berada dihadapan saya tanpa mengetahui saya menulis cerita perihal beliau dalam blog ini.

Friday, April 24, 2009

Dilema Melayu(Pasca Tun Mahathir)

Ketika masih di Tingkatan Enam(1991), seorang cikgu pernah membuat andaian, lagi 30 tahun, katanya, Malaysia akan jadi seperti Hong Kong, Singapura atau Indonesia. Maksud beliau itu adalah dari segi sosial, agama dan liberalisasi. Ketika beliau membuat 'ramalan' itu, apa yang kita fahami sebagai globalisasi dan liberalisasi belum wujud.

Dunia masih lagi 'bersempadan', internet tidak pernah kedengaran sama sekali. Berita hanya didapati dari RTM dan TV3. Astro sendiri pun masih belum wujud. Dengan ringkas, berita dan maklumat masih lagi monopoli pemerintah dan mereka boleh mencorakkan pemikiran rakyat Malaysia.

Saya menulis topik ini atas kesedaran dan kebimbangan, sejauh mana liberalisasi ini akan mengikis jatidiri bangsa Melayu dan Islam. Apa yang jelas, kita sudah tidak boleh mempunyai identiti lagi. Islam sudah hanya menjadi pegangan peribadi dan bukan agama penting di bumi Melayu ini. Malah, Malaysia sendiri sudah tidak diakui milik penduduk asalnya lagi iaitu orang Melayu.

Beberapa hari setelah kabinet di bentuk, reaksi pertama kepada yang peka adalah, ke mana peginya MARA, SMIDEC, TEKUN, PKK setelah Kementerian Usahawan dan Koperasi di mansuhkan. Setelah di terangkan bahawa 'agenda Melayu' tidak diabaikan tetapi agensi berkenaan di agih-agihkan ke beberapa kementerian(MARA Kementerian Luar Bandar, SMIDEC ke MITI, TEKUN ke Kementerian Asas Tani dll) masih ada yang ragu-ragu jika niat sebenar kerana 'ghairah' hendak menambat hati kaum bukan Melayu.

Dalam mesyuarat kabinet yang lepas, Perdana Menteri lagi sekali mengejutkan kita dengan pengumuman 27 servis perniagaan dimansuhkan kuota 30% bumiputeranya. Parti Keadilan Rakyat sudah memainkan isu ini walhal Pakatan Rakyat yang membuat BN terpaksa tunduk dengan tuntutan bukan Melayu kerana kerajaan mereka telah 'beri muka' dinegeri yang diperintah oleh PR.

Saya juga hairan, bagaimana parti seperti PKR yang tidak meletakkan agenda Melayu dalam ideologi partinya berani mempersoalkan perkara ini. Parti mereka sendiri dikuasai oleh ramai bukan Melayu.

Masalah timbul apabila PR menunjukkan mereka lebih liberal dari BN. Mereka membuka 'Pandora's Box' dan seperti yang saya tulis dibawah tajuk Ulasan Pilihanraya, tindakan PR menggula-gulakan kaum bukan Melayu bahawa mereka sebenarnya pejuang liberalisasi membuat UMNO terpaksa bermain game yang sama.

Seperti yang saya katakan juga dibawah tajuk Dilema UMNO, komponen Barisan Nasional seperti MCA dan MIC telah memberi tekanan supaya UMNO menjadi lebih liberal dan ini sudah berjaya.

Di Bukit Gantang, 90% kaum Cina tidak menyokong BN dan sanggup mengundi PAS merupakan benchmark kepada trend masa kini. Dalam 90% itu bermakna, parti komponen BN sendiri mengundi calon PAS. Mereka menghantar message atau isyarat.

Kerana ghairah hendak menumbangkan UMNO dan hendak menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbuat apa saja. Beliaulah yang telah 'set the standard' bagaimana 'game should be played.' Mengapa begitu ramai Melayu yang mengikut agenda peribadi Datuk Seri Anwar ini?

YB Zulkifli Nordin dari PKR dan Ahli Parlimen Kulim mungkin sedar hal ini dan oleh itu beliau menegaskan, beliau Melayu dan Islam dahulu, ahli PKR kemudian. Jika Melayu tanpa mengira parti boleh menanam konsep ini, insyaallah kepentingan Melayu boleh terpelihara.

Seperti yang pernah saya tulis ketika komen blog Waris Pahang(beliau mengulas PAS cawangan Pekan membuat kain rentang menyambut DSN kembali ke Pekan), orang baik dimana-mana tanpa mengira parti.

Begitu juga orang jahat.

Wahai anak Melayu, insaflah dan bangkitlah dari tidur!

Bacalah sajak : 'MELAYU' oleh Usman Awang di bawah ini:


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
.
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
.
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
.
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
.
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
.
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
.
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
.
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!
.
- Usman Awang..

Tuesday, April 21, 2009

Bangsa Pulau

Great Britain, Jepun dan Singapura mempunyai satu persamaan: mereka adalah bangsa pulau. Sebagai sebuah negara pulau, mereka selalu merasa tidak selamat(insecured). Ini membentuk budaya tidak ingin kalah mereka.

Seperti kita tahu, Great Britain telah menguasai hampir 3/4 dunia ketika zaman kegemilangan mereka. Mereka negara kecil, penduduk tidak ramai tetapi dengan penjarah-penjarah mereka yang handal seperti Captain James Cook dan ramai lagi, menjadikan mereka penakluk dunia.

Ketika Perang Napoleon, Britain mencurahkan berjuta-juta pound sterling dengan menyokong musuh-musuh Perancis seperti Austria, Prussia, Sepanyol dan Belanda. Tentera darat mereka tidak ramai, tetapi berdisiplin. William Pitt, Perdana Menteri British ketika itu yang menjadi 'mastermind' bagaimana dan apa yang perlu dilakukan untuk menjatuhkan Napoleon.

Begitu juga ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Britain merupakan player yang penting dan aktif bagi mencatur negara-negara continent dengan duit, kekuatan laut, genius politik dan diplomasi mereka. Sementara continent menjadi medan perang, Great Britain sendiri hampir tidak dapat disentuh oleh musuh-musuhnya.

Jepun juga tidak kurang hebatnya. Jepun merupakan 'aggressor' ketika Perang Dunia Kedua. Jepun menyerang negara-negara lebih besar darinya seperti China, Siam, Australia dan Tanah Melayu.

Mereka sering berasa tidak selamat dan sentiasa bersiap-siaga dari segi ilmu, ketenteraan dan ekonomi.Kedua-dua bangsa pulau ini sering melakukan apa yang dikatakan 'pre-emptive strike.' Mereka bangsa offensive.

Jiran kita Singapura juga negara pulau. Saya malas nak ulas asalnya bangsa Melayu penguasa Singapura di sini. Singapura terkenal dengan budaya kiasunya iaitu budaya tidak mahu kalah.

Saya hairan mengapa Perdana Menteri ke Lima, Tun Abdullah membatalkan jambatan bengkok. Ini sangat membantu Singapura. Saya juga hairan mengapa ada 'sympathizer' Singapura dalam pentadbiran beliau.

Pembinaan jambatan bengkok ini memberi advantage kepada Malaysia dan sudah tentu Lee Kuan Yew tidak mahukan ini(maklumlah Kiasu).

Cuma saya pelik mengapa scenario tidak menguntungkan jiran kita ini di sokong oleh ahli politik Malaysia seperti Datuk Shahrir Samad dan Datuk Nur Jazlan Mohamed. Kedua-dua tokoh ini orang Johor. Tidak hairanlah Tun Abdullah juga memberi alasan pembatalan ini kerana orang Johor tidak mahu Jambatan Bengkok ini.

Sekarang media Singapura sedang melagakan Tun Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Street Times sudah memulakannya. Kononnya Najib akan membuat keputusan untuk tidak membina jambatan itu kerana tidak mahu dibayangi Tun Mahathir. Tun Mahathir orang yang mengkritik hebat pembatalan Jambatan Bengkok ini.

Seperti kata Datuk Ruhanie Ahmad, Singapura mengamalkan politik 'realist-independence', sementara Malaysia pula mengamal sikap 'realist-interdependence. Lebih memalukan, menurut beliau, polisi Malaysia adalah 'enrich thy neighbour' atau perkayakan jiran anda.

Wahai politkus-politikus Malaysia sekelian, ingatlah Singapura merupakan bangsa pulau.

Monday, April 20, 2009

Ketidak Pakatan 'Rakyat'

Dato'

1. Saya adalah penyokong PAS

2. Saya menjangkakan sekiranya ada pertandingan di DUN Penanti, kali ini PKR akan tewas @ kalau menangpun dengan majoriti tipis

3. Bermula dengan peristiwa 'lompatan' Osman Jailu dan Jamaludin di Perak menunjukkan betapa ahli PKR bukanlah ahli politik yang sejati seperti yang dimiliki oleh PAS

4. Tidak hairanlah, kerana kebanyakkan mereka ini asalnya dari UMNO. Itu sebablah kebanyakkannya jenis yang 'Tidak Tahan Daulat'

5. Dato' percaya tak bahawa yang memberi undi kepada calon-calon PKR adalah majoritinya adalah 'penyokong dan pendukung' tegar PAS?

6. Berapa ramai sebenarnya yang menyokong PKR Dato' agak?

7. Setuju Dato' kalau saya katakan dari aspek pentarbiahan ahli-ahli dan pemimpin parti, PAS mendahului jauh meninggalkan parti-parti politik lain termasuk UMNO

8. Maaf Dato' bukan nak bangga diri, saya dan sahabat-sahabat lain dalam PRU ke 12 lepas tidak mengira wang ringgit, masa dan tenaga memberi seratus-peratus sokongan untuk kemenangan PAS

9. Dan selepas berjaya memerintah di negeri kedah ini, kami tidak pernah pun meminta apa-apa bantuan mahupun pertolongan melainkan mengharapkan mereka mentadbir negeri ini dengan penuh tanggungjawab

10. Orang pernah bertanya (sinis) kepada saya dan sahabat-sahabat saya yang lain 'Apa yang kaorang dapat dengan menyokong PAS? habuk pun tak ada!!

11. hmm.. Dato' ada jawapan?

Tuan Haji
Alor Setar, Kedah



1. Petikan di atas saya ambil dari komen seorang penyokong PAS. Komen beliau diblog Datuk A. Kadir Jasin dalam article terbaru beliau :'Tidak Wajar Boikot Pilihanraya Kecil.'

2. Dalam PAS sekarang ini, ada perpecahan antara yang ingin menerima kepimpinan Datuk Seri Anwar, ada yang menolak dan ada yang masih dengan ideologi lama mereka iaitu gagal memahami strategi politik bekerjasama dengan kaum Cina dan India sebagai 'kemestian.'

3. Jelas PAS menghina Parti Keadilan di sini.

4. Mereka menafikan sama sekali pengaruh PKR dan menganggap PKR hanya melukut ditepi gantang. PKR bagi penulis diatas hanya parasit yang 'meminjam' kekuatan PAS.

5. PAS juga menyalahkan PKR kerana pendirian lalang bekas ADUN PKR iaitu Osman Jailu dan Jamaludin di Perak, sama sekali menumbangkan kerajaan boneka PAS. Walhal DAP yang sebenarnya berkuasa.

6. Sementara DAP pula tidak senang dengan golongan radikal dalam PAS yang kononnya hendak menegakkan undang-undang Islam. Bagi DAP, PAS parti extremist dan militant.

7. Justeru itu, wujudkan pemimpin-pemimpin dalam PAS yang kononnya liberal seperti Husam Musa, Nizar, Salehudin Ayub dan Kamarudin Jaafar yang sanggup mengorbankan ideologi parti(kononnya Islamik) demi mendapat kuasa.

8. Golongan Young Turk dalam PAS ini pula sudah mula akan memulaukan ulama-ulama seperti Nik Aziz. Nik Aziz hanya akan menjadi 'spiritual' leader dan hanya mengeluarkan 'fatwa' lantaran beliau Tok Guru.

9. Anwar di harap dapat menjadi 'mediator' antara golongan radikal PAS dan golongan chauvanis DAP. Karpal Singh dengan terang menyatakan Anwar sepatutnya meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

10. Dalam PAS juga wujud puak yang tidak puas hati dengan 'akhlak' Anwar dan cara-cara politik beliau.

11. Kebencian dan ketidakpercayaan tiga segi ini semakin membuak-buak sekarang.

12. Pakatan Rakyat dengan rasminya menjadi 'Ketidak Pakatan Rakyat.'

13. Saya cadangkan 'rakyat' itu dibuang kerana mereka tidak terbabit. Bukan semua rakyat menganggap perjuangan PR sebagai perjuangan mereka. Lagipun, PR orang politik dan skandal demi skandal yang muncul dalam PR menunjukkan mereka juga bukan bersih bila mendapat kuasa.

14. Apa yang PKR rasa ini Parti Melayu Semangat 46 sudah rasai.

15. Wal hasil balik asal.

Sunday, April 19, 2009

Tengku

Pada masa sekarang, hampir keseluruhan kerabat di Malaysia akan memakai nama Tengku. Ada sesetengahnya, Tunku. Sesiapa yang membaca Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang, dan jika mereka teliti, tidak ada sepatahpun perkataan dalam karya berkenaan menggunakan perkataan 'Tengku' atau 'Tunku'.

Jadi, di mana bermulanya Tengku ini?

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, putera-putera sultan akan dipanggil 'raja'. Contohnya Sultan Muzafar Shah, sebelum menjadi sultan bernama Raja Kasim. Ringkasnya, putera-putera sultan tidak bergelar tengku pada zaman Melaka tetapi 'raja'.

Di Malaysia, hanya Perak yang bergelar 'raja' dan bukan 'tengku'. Ini kerana sultan-sultan Perak adalah waris dari Bukit Seguntang Mahameru yang mana putera Sultan Mansur Shah yang tidak di rajakan di Melaka, telah menjadi raja Perak. Keturunan baginda yang terus memerintah Perak hingga ke hari ini.

Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, Sultan Mahmud(Marhum Kampar) telah melarikan diri ke Johor dan membina pengganti Melaka iaitu empayar Johor-riau.

Keturunan baginda, yang kebetulan bernama Mahmud juga iaitu Sultan Mahmud Mangkat Dijulang merupakan sultan waris terakhir dari Bukit Seguntang Mahameru yang memerintah empayar Johor-riau.

Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah mangkat sebelum baginda mempunyai waris. Mengikut adat zaman dahulu, bila sultan tidak berwaris, bendahara yang akan menggantikan sultan. Ini kerana bendahara sendiri adalah asalnya putera-putera raja(zaman hindu) yang tidak menjadi raja.

Apabila ini terjadi pada tahun 1699, Bendahara Abdul Jalil telah menjadi sultan dan bergelar Sultan Abdul Jalil. Mana-mana anak baginda sebelum baginda menjadi sultan bergelar Tun.

Contohnya anak baginda, Tun Abdul Majid yang menjadi Bendahara Pahang pertama bergelar Tun. Dari keturunan Tun Abdul Majid bendahara-bendahara Pahang dihasilkan dan seterusnya menjadi Sultan Pahang hingga ke hari ini.

Sementara anak Sultan Abdul Jalil yang lahir selepas baginda menjadi sultan dipanggil Tengku. Pada asalnya mereka dipanggil Tunku atau 'Tun Ku'. Lama kelamaan kekallah putera-putera sultan dari keturunan Tun Habib Abdul Majid(Marhum Padang Saujana, Johor) ini bergelar Tengku.

Sultan Abdul Jalil adalah anak kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid.

Putera Sultan Abdul Jalil yang menjadi Sultan Johor iaitu Sultan Sulaiman Badrul Shah memakai gelaran Tengku.

Begitu juga dengan Terengganu. Ini kerana sultan-sultan Terengganu merupakan keturunan Tun Habib Abdul Majid juga kerana sultan Terengganu yang pertama iaitu Sultan Zainal Abidin merupakan anak Tun Habib.

Akhirnya, hanya sultan-sultan Perak sahaja yang berketurunan Sang Sapurba Taram Sri Tri Buana, iaitu pemerintah dari Bukit Saguntang Mahameru.

Nota kaki: Sultan-sultan Selangor memakai gelaran raja juga bagi putera mereka tetapi mereka bukan keturunan Bukit Seguntang. Mereka adalah keturunan Daeng-daeng Bugis yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Thursday, April 16, 2009

Dilema UMNO

Sebenarnya saya ingin menjawab persoalan demi persoalan yang dilontarkan oleh YB Ti Lian Ker. Beliau merupakan bekas ADUN Teruntum. Dalam monolouge beliau dibawah dengan Tun Mahathir banyak persoalan yang hendak disingkap.

Saya faham YB merupakan seorang YB MCA. Ini bermakna YB adalah dalam komponen Barisan Nasional. Saya juga faham YB adalah seorang yang educated dan liberal. Mungkin YB sudah lemas dengan isu perkauman yang dimainkan berulang-ulang kali.

Apabila YB menyertai MCA, saya boleh simpulkan Yb tidak percaya dengan perjuangan DAP, termasuklah chauvanis kaum dan juga konsep Malaysian Malaysia.

Saya tidak faham apa yang Yb maksudkan kaum Cina dilayan seperti warganegara kelas kedua? Apa yang pemerintah UMNO dan BN yang YB dukungi sekarang ini yang menindas kaum Cina?

Apa fakta sejarah yang diputarbelitkan dan diubahsuai sesuka hati? Kami orang Melayu banyak mengalah. Kami tidak juga menyalahkan kaum Cina jika orang Melayu tertinggal kerana sesetengah mereka pemalas. Kami juga tidak menghalang kaum Cina menjadi kaya. Malah kenyataannya kaum Cina lebih kaya dari orang Melayu.

Saya tidak tahu apa lagi yang YB inginkan. Jika YB ingin kami mengatakan kaum Cina bukan keturunan pendatang, tetapi itu fakta sejarah. Ini bukan bererti kami rasis. Seperti orang Itali tidak sepatutnya tersentuh jika dikatakan keturunan immegren di Amerika.

Namun demikian, kami tidak pula menganggap kaum Cina bukan sebahagian dari Malaysia. Bukankah Menteri Kewangan Pertama Malaysia adalah Tun H.S. Lee. Bukankah kami sering menyebut nama bapa-bapa kemerdekaan termasuk Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambathan.

Bukankah atas prinsip kita faham kita tidak boleh tidak ada kaum yang lagi satu kita membentuk Barisan Nasional? Bukankah pengundi Melayu juga mengundi YB atas semangat Barisan Nasional?

Tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 memang mendukacitakan saya. Tercetusnya juga adalah kerana kita gagal memahami semangat sosial kontrak antara Bapa-bapa Kemerdekaan kita. Saya nampak sejarah akan berulang lagi jika kita gagal menangani perkara ini dengan baik. Percayalah bila Melayu terhimpit, tidak ada Melayu yang akan menjadi 'liberal' lagi dan tidak kira dari parti apapun.

Kami sudah banyak berkorban. Kami juga tidak ingin keadaan politik seperti ini. Kami mengimpikan Melayu Raya yang mana Tanah Melayu dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu tetapi kami juga realistik dan sanggup berkongsi kuasa.

Memang ada pemimpin-pemimpin UMNO yang arrogance dan suka menggunakan perkauman sebagai batu loncatan tetapi takkan sebab marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Kami dikafirkan oleh saudara kami orang PAS kerana bekerjasama dengan, kata mereka "kafir". Kami juga mendapat desakan dari radikal dan militan Melayu. Kita kena ingat, tiada siapa akan menang jika soal perkauman ini diteruskan.

Kami masih memerlukan bantuan kerajaan. Kami masih tertinggal. Kami adalah bangsa bertoleransi tetapi ada hadnya.

"Equality of unequal is inequality"

-Rousseau

Baca, Renung dan Fikirkan.

Petikan dibawah ini adalah monologue antara Saudara YB. Ti Lian Ker dengan Tun Mahathir. Saudara YB Ti Lian Ker adalah penulis blog Think A Loud. Baca dengan hati yang tenang dan renungkanlah. Tulisan warna hitam adalah article asal Tun Mahathir(Generation Gap) dan warna merah adalah monologue saudara YB Ti Lian Ker.

1. When in 1957 we became independent the population was only five million. Even after 1963 when Sabah and Sarawak joined the Peninsula to form Malaysia the population was only slightly more than six million.

2. Today Malaysia's population is 27 million. Obviously most Malaysians were born after 1957-1963. Meaning to say they had not known anything but being free, being independent, being ruled by their fellow countrymen.

tilianker: More than 20 million Malaysians were born after 1963. Many are still made to feel like Second Class citizens with deep rooted resentment. The Racial Card which culminated into the May 13th racial riots was played and is still being played repetitiously. Who is to be blamed?

You Mahathir, are the master in this racial game...Many countrymen do not feel free and are living in fear of other countrymen till today as a result of your repeated reminders of our origins but you have forgotten your origin or have you?

3. History is not a compulsory subject in our schools. If at all history is taught it is sketchy, not really giving a clear picture of what it was like to be ruled by foreigners, by the British, the Japanese and in some cases the Thais.

tilianker: History was reshaped and edited to suit the national sentiment of the Malays. Facts were adjusted and tailored according to the feelings of the author or the political masters. Villains and murderers in history, in the likeness of Rosli Dhobi were transformed as local heroes by the stroke of a pen.

All these happened during your rule Sir! If history is taught in this manner, Malaysians will be divided further as history was manipulated to remind the Indians and the Chinese that they were immigrants and ada hutang sejarah pada orang Melayu. All these were piloted and captained by you, Sir!

4. I am not trying to say that those who lived under colonial rule are more appreciative of independence, although that is basically true. But what we should all be concerned with is that we appreciate our independence and our freedom more, whatever may be our political leanings.

tilianker: Tun spoke as if we are going to be under colonial rule. Possibly by proxy in the name of...soon?

The problem is that many did not enjoy the fruits of independence and the joys of freedom. Instead, many felt that there was no freedom under your authoritative rule. Their political leanings changed when they couldn't stomach the attack on the judiciary, perceived abuse of authority , nepotism, cronyism , corruption etc

Realizing that they should acknowledge the true meaning of freedom and independence, they had decided to put aside their political leanings in pursuit of the fruits of independence and true freedom. Thus, Chinese are now unafraid to vote PAS and Malays are also voting for DAP.

5. Is it wrong for us to look back on the past? Some think it is irrelevant. That was before, this is now. Don't tell us all those stories about the struggles of people gone by. We have always been independent. All our life we have been independent.

tilianker: What about denying the struggles and contributions of fellow Malaysians? Why are you not speaking up and telling us the truth?

6. But I think we should know where we came from. Otherwise we would not know which way we should go. We may think we are going forward when in fact we are going backward, back to where we started. We would not be making progress.

tilianker: We have not moved forward as a nation since Tun M wrote the Malay Dilemma and incited the Malays against Tunku Abdul Rahman and the Chinese. There have been continued abuse and Chinese have been referred to as Pendatang for the umpteenth years and they were afraid to speak up until lately when the younger educated generation could not stomach it anymore as they would rather move forward than backwards.

Did you referred to us as Pendatang back in the 70s or 80s?

7. I am pleading for the teaching of history. George Santayana, an American philosopher once said; "Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again", or words to that effect.

tilianker: The only historical lesson I have learned is that a nation or dynasty will fall when the rulers or the powerful elites continued to use their power to gain wealth at the expense of the country. This mistake had been repeated by UMNO under your authoritarian rule. How many millionaires have been created via political connection under your authoritarian rule? The elitist became richer and the poor relatively poorer.

Today we are witnessing a middle class uprising against all that was wrong during your time.

8. How do we know we are not repeating our mistakes now if we do not know of our mistakes in the past. We need to know.

tilianker: Have you admitted the mistakes of your past or are you that perfect? We need to know your mistakes to avoid repeating the same but you never will admit to your mistakes except when you are using it on the offensive.

9. We need to know how we came to be colonized. We need to know how we barely managed to escape from being a Communist state.

tilianker: Are we under seige ? By whom? Americans or Chinese? Are we going to be colonized again? I don't understand why Tun must continue to instill fear into the political psyche of ordinary Malays.

Is it your intention to trap their minds and be dependent on Malay heroes like yourself? Isn't it time to free their minds and allow them to assert their individual independence? Or must the Malays continue to be berjiwa hamba in order for Masters like you to survive?

10. We need to know how our Rulers were forced to surrender their states to the British. We need to know how the British were forced to rescind the MacMichael treaties. And so on, and so forth.

tilianker: Do we need to know how businesses, banks and corporations were forced to succumb and surrender to powerful personalities and authorities? Was there any such manipulations during your era? Is there any handover of equities, Multi-Purpose? UMBC Bank? etc etc

How about the Constitutional Crisis in the 80's where you have forced the Malay Rulers to surrender their constitutional powers?

11. Somewhere along we would recognize the mistakes we had made. And knowing them we would be better able to avoid making them again. Our country would continue to grow and prosper.

tilianker: How can our country continue to grow and prosper when you continue to drive a wedge between the people along racial lines? Maybe you should let the present Prime Minister do his job without undermining him or being perceived to be dictating to him the way you have dictated to previous and past Prime Ministers irrespective of whether you are senior or junior.

Maybe you should allow YAB Dato Seri Najib A. Razak to evolve his concept of One Malaysia without public distractions or public growls or rants from a retired senior. Of course you are still powerful and influential but let's accept that today is not your call anymore.

12. The independent generations have enjoyed the independent country they inherited.

tilianker: Yes and rightly said! We need to change in accordance to the changing times. So let the independent generation move on independently without the trappings or dictates of past leaders or the old school of thoughts. Maybe you should advise and talk through the proper channel as advocated by you during your time.

13. Surely they would want their children and grandchildren to inherit the same.

tilianker: Yes Sir! So please don't create further political instability by questioning the Cabinet or Prime Minister unfairly...providing ammunitions to the opposition to strengthen your political relevance?

14. And this they can ensure by knowing the history of this beloved country and the mistakes of the past.

tilianker: Yes indeed! But it must be history based on truths and facts. Not the history in the textbooks written during your time . There have been too many manipulations and distortions.

Maybe we should start by rectifying the mistakes of your past?By the way is Hang Tuah and

Hang Jebat of Chinese origin ? And is Mahathir of Indian origin? Why must we be made to pay for our historical debt? How long must we pay our historical debt? By the way must the Africans continue to be slaves? By reason of history? Were they born or bought as slaves...

Moral Dalam Politik

Saya dikejutkan dengan keputusan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak menerima perletakkan jawatan Exco dan ADUN Lenjan, Elizabeth Wong. Lebih mengejutkan lagi, Elizabeth Wong yang menawar diri untuk meletakkan jawatan, menerima keputusan MB dan mula bertugas semula.

Jadi keputusan beliau untuk meletakkan jawatan selama ini hanya melepaskan batuk ditangga? Siapa yang tidak sayang kerusi empuk Exco, kan.

Moral dalam politik memang berbeza-beza. Di Jepun atau negara Barat, skandal yang kecil-kecil pun boleh membuatkan pemimpinnya meletak jawatan. Di Malaysia, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tambi Chik meletakkan jawatan apabila dikaitkan dengan skandal seks budak bawah umur. Tan Sri Muhamad Taib meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor apabila skandal membawa wang cash 1.2juta di Australia.

Memang ada yang berhujah, gambar-gambar berkenaan adalah pencerobohan hak privasi beliau tetapi bukan isu gambar di sini. Di sini, isunya adalah moral seorang wakil rakyat, beragama Kristian boleh bersekedudukan dengan lelaki Melayu yang menjadi teman lelakinya.

Saya sangat berharap Tan Sri Khalid Ibrahim menerima perletakkan jawatan itu. Saya lebih berharap Elizabeth Wong sendiri lebih tegas hendak meletakkan jawatannya.

Kedua-duanya hanyalah lakunan nampaknya. Politic is politic

Legio X


Saya adalah pemain sukan paintball. Saya ada terbaca dalam blog JASA dan beliau mengulas tentang paintball.

Sukan paintball ini dikategorikan sebagai sukan extreme. Paintball mendapat sambutan hangat dan sukan ekstrem ke tiga popularnya. Saya cuma mendapat rungutan, walaupun ramai yang berminat, sukan ini mahal kosnya.

Saya akui kosnya memang mahal tetapi dek kerana minat, kami meneruskan juga. Saya berharap satu hari nanti, sukan ini mampu dimain oleh semua golongan dan ramai pesertanya.

Asal sukan ini bermula apabila sekumpulan ranger forest Amerika Utara(Kanada atau USA) menggunakan marker(kami tidak panggil gun, tapi marker kepada senapang paintball) untuk menanda pokok-pokok yang akan ditebang. Jika terlalu tebal hutan berkenaan, mereka menggunakan marker yang berisi cat bagi menanda pokok berkenaan.

Kemudian mereka memakai goggle bagi menutup mata dan bermain dalam hutan bagi mengisi masa lapang mereka. Akhirnya sukan hanya untuk 'iseng-iseng' ini berkembang menjadi sukan paintball.

Legio X adalah nama kumpulan team saya. Di bawah Legio X ini kami ada dua team buat masa ini, Oscar Legio X bermain dalam Division 2 Liga Kebangsaan Malaysia, sementara Legio X Hastati adalah pasukan junior, bermain dalam Divison 3 Liga Kebangsaan Malaysia.

Oscar Legio X sebelum ditukar nama menjadi Oscar Legio X(OLX) ditubuhkan pada tahun 2007. Nama asalnya Rainforest Oscar. Saya sebelum bermain dengan pasukan ini membentuk sebuah team tempatan di Jerantut yang sama namakan Legio X.

Apabila saya bermain dengan Rainforest Oscar, yang mana pemain-pemainnya juga baru pertama kali bermain speedball(sebelum ini mereka bermain scenario iaitu bermain dalam hutan) saya mencadangkan nama ditukar kepada Legio X. Pada tahun 2008, dalam Liga Kebangsaan Malaysia pusingan pertama, buat julung-julung kali kami memakai nama Oscar Legio X, kami menjadi juara division 3.

Apa sebenarnya Legio X itu?

Dalam sukan paintball, terlalu ramai yang menggunakan perkataan 'legion' dalam team mereka seperti Nemesis Legion, Ronin Legion, Raz Legion dan banyak lagi. Ini mungkin pengaruh team Russian Legion iaitu sebuah team kuat dunia.

Sebelum mengenali sukan paintball dan mengenali nama-nama team ini, saya memang ingin menamakan team saya Tenth Legion.

Tenth Legion ini dari segi sejarah adalah legion kegemaran Julius Caesar dan legion elitnya. Julius Caesar secara peribadi mengrekruit anggota Tenth Legion ini. Mereka direkruit di Sepanyol dan hanya yang mempunyai keberanian, fizikal yang terbaik dan kemahiran berperang yang kuat sahaja boleh menjadi Tenth Legion ini.

Setelah direkruit seramai 5000 orang(secara umumnya 1 legion mempunyai 5000 anggota) Julius Caesar menamakan legion ini Legio X. Legio adalah Legion dan X adalah no 10 dalam nombor roman. Bermulalah sejarah Legio X ini.

Julius Caesar setelah dilantik menjadi pro-consul, diberi tugasan menakluk orang-orang Gaul(kawasan Gaul termasuk Perancis dan German moden). Bersama beliau adalah beberapa legion termasuk dua legion yang beliau pinjam dari Pompey yang akhirnya menjadi musuh beliau.

Di Gaul, Legio X telah menunjukkan keberanian yang luar biasa sesuai dengan status elitnya. Mereka berperang dengan berani di Alesia dan beberapa peperangan lain. Ketika perang saudara meletus antara Pompey dan Julius Caesar, Legio X ini sering diletakkan bertentangan dengan Legio I iaitu First Legion, setaraf dengan Legio X bagi Pompey.

Dalam kata lain, First Legion adalah legion elit Pompey.

Beberapa siri perang saudara antara Caesar dan Pompey berlaku dan akhirnya Pompey telah tewas dalam Perang Pharsalus. Dalam perang ini, lagi sekali Legio X menjadi faktor penentu apabila berjaya mengalahkan Legio I.

Oleh kerana dah terlalu banyak sangat nama Legion dalam sukan paintball, saya memilih nama Legio X dan bukan Tenth Legion. Ramai pula yang memanggil 'X' itu huruf X dan bukan 10 seperti yang saya maksudkan.

Ketika Caesar menemukan Legio Xnya beliau berusia 38 tahun. Ketika saya menemui Legio X, saya berumur 36 tahun. Saya sangat berharap Legio X saya ini tidak akan menghampakan saya seperti Legio X Julius Caesar tidak menghampakan Caesarnya. Setakat ini, saya sudah berbangga dengan pencapaian mereka dan harap akan menang banyak medal lagi.

Senarai penuh pemain OLX: Wan Shahrir(Position Mid/Back), Faridzul Atras(Posistion Front), Muhamad Heza(Position Snake), Mohd Zikry(Position (back/front/mid), Aznan(back/front), Shameen Dahalan(right back), Mohd Zul Anaz(back), Fazli Buyong(mid/left/right back)

Senarai penuh Legio X Hastati: Wan Nurhazirah(mid/back/front), Acong(back), Joeharn(back/front), Azahari Bakar(back/front), Nashrina Sunarto(mid/back) Wan Shahidul Azlan(back/front), Sukri Ali(snake), Ahmad Diqa(snake,back, front)


Nota kaki: Oscar Legio X akan menyertai pusingan ketiga MPOC di Bukit Jalil, pada 18 dan 19 April ini. Sesiapa yang berminat boleh datang menonton dan memberi sokongan. Semoga kehadiran tuan-puan dapat menaikkan semangat kami.(Untuk catatan: OLX menjadi naib juara pusingan pertama dan juara pusingan kedua)

Wednesday, April 15, 2009

Keangkuhan Orang British

Najib's Disappointing Start.

By Bridget Welsh, The Guardian UK

Malaysia’s sixth prime minister, Najib Tun Abdul Razak took office earlier this month, replacing Abdullah Ahmad Badawi. In Najib’s first week, he failed key tests that show he can be his own man. He lost important by-elections, failed to address persistent scandals and selected a cabinet of lacklustre appointees that has not evoked confidence. He ran away from the press, declining to address basic questions about his government.

This poor beginning raises serious questions about his leadership and calls into question his ability to deliver on the reforms that are critical for Malaysia’s future.

Before Najib took office he managed to win a strong mandate from within his own party’s polls last month, as loyalists in his cohort rose to party leadership positions. Najib represents a third generation of leaders from the UMNO party that governs Malaysia. The first generation assumed office in independence, the second after the racial riots of 1969.

Najib’s generation came into politics after 1969, and has matured under the shadow of Mahathir Mohamad, known for promoting economic progress while simultaneously closing political space and weakening political institutions. Najib’s strong party showing was expected to set the stage for the new premier to introduce reforms and step out of the shadow of his predecessors. Early signs were good, as Najib’s speeches highlighted reforms and the day after he took office he released 13 political prisoners held under the draconian Internal Security Act. Malaysians were pleasantly surprised with his first moves.

Skepticism reigned, however. After the five years of promise without delivery under Abdullah Badawi, Malaysians want results, not rhetoric.(come on give him some time) Many are not willing to give Najib the benefit the doubt. Part of this is his association with Abdullah’s government, as deputy prime minister.

Another reason has to do with the heavy baggage of scandal that cloud Najib’s leadership; his alleged connections with corruption in defence contract deals and links to a Mongolian model who was murdered by staff assigned to his security detail have damaged his reputation.

Last week, the two officers charged with blowing up the model were convicted. The government’s response has been to ban the use of the model’s name – Altantuya Shariibuu – further raising speculation about the crime and suspicions about Najib’s involvement. There is no evidence(so what? u yourself conlcude so) that Najib was involved in the murder, but the lack of credibility(this only your prejudice) that Najib faces – which is only enhanced when he refuses to answer questions – has hurt him.

An even darker shadow is Mahathir Mohamad. The former prime minister who governed Malaysia for 22 years systematically undermined Abdullah while he was in office. He has played a major role in mentoring the new generation of leaders, including Najib himself, and his values that have promoted Malay rights over those of other communities,(do you know what u talking about? U only know suppress weaker nation like Irish) undermined political institutions,(allied with Amercia and attacked Iraq) deepened corruption(your politician free from tht? R u sure?) and created a climate of insecurity among the elite that runs deep.

Najib is seen to be under the thumb of Mahathir. While this gives the former premier too much credit, the reality is that Mahathirism remains a force that must be addressed and Mahathir himself remains a political player in his agenda setting role.

These factors played out in three recent by-elections when more than 100,000 voters went to the polls. Najib’s coalition lost two of the three contests. The contest it did win – Batang Ai in rural Sarawak – was the result of massive allocations of patronage (RM70 million in promises for 8,006 voters)(stop tht nonsense, Sarawak is BN's stronghold) and included allegations of ballot box tampering(if we can staged tht, why don't we staged all including Bukit Gantang n Bukit Selambau- stupid Brit). Voters in West Malaysia in two traditionally strong seats for Najib’s government, gave the Pakatan opposition coalition led by Anwar Ibrahim larger majorities.

These results were the product of greater opposition cooperation and the inability of the governing coalition to reach across races. Non-Malays voted in large majorities for the opposition. They were joined by large numbers of Malays(who told u?Anwar? He's pungkar u know 'pungkar': liar) who rejected the use of Mahathir for Najib’s campaign and were tired of the endemic corruption in the system. Najib stayed away from the campaigns, showing that he is not ready to face the public directly. He received a sharp rebuke.

Najib had the opportunity to stem the tide of negative perceptions through his cabinet selections. Here too, he disappointed. The majority appointees are recycled old faces and Najib loyalists. While many of them are among the cleaner alternatives and his choices in finance and trade show promise, the inclusion of Mahathir’s son, and reliance on his close allies who are seen to not make the grade do not build confidence.

This cabinet follows in the Mahathir mould, one that appears to focus on the economy and exclude the need for political reform. It does not include individuals who appear willing to address the albatross on Malaysia’s economic competitiveness, the pro-Malay affirmative action policy(do you treat Irish fairly? come on), the New Economic Policy, that has become a vehicle for corruption. After announcing his list, Najib refused to answer questions.

Najib is running away from addressing the factors that will hamper his government. He lacks public support(Tht's your assumpation). He is trapped by the system he inherited, the shadows of Abdullah’s unmet reform promises and Mahathir’s hardline approach. He faces a stronger and more cohesive opposition. Najib’s style is more measured, but in these challenging times and in the light of his public credibility issues, the tepid responses have disappointed.

With each passing day that the new prime minister fails key tests, his tenure is shortened. Najib cannot continue to avoid the fact that his political survival is based on winning over the Malaysian public and bolder measures that deliver reform are essential.

Komen Sri Tri Buana:

-Article ini diambil dari Blog Anwar Ibrahim
-beliau menggunakan media luar untuk menguatkan hujahnya
-orang luar tidak faham politik tempatan
-British tidak ada masalah dua kaum besar yang menggugat orang Inggeris sendiri
-Bridget Welsh, penulis article ini mengutuk pendatbiran DS Najib, Tun Mahathir dan UMNO dulu. Dia menyelar dasar DEB, NEP dan menurutnya affirmative action(mcm diskriminasi ekonomi)
-dia tak faham budaya dan sejarah Malaysia
-dia lupa Britihslah yg menghuru-harakan Tanah Melayu dengan dasar Imperialnya, 'gunboat diplomacy', mengimport orang Cina bagi mengorek kekayaan Tanah Melayu, import India dan sekarang Malaysia tanggung akibatnya.
- Saya komen tapi menunggu tapisan Datuk Seri Anwar dahulu. Ntah lulus ntah kena delete.
-Ini komen saya:

"To Brit who think their right to impose opinion ON ‘half-intellect Asian’,

I only want to say one, and one thing only:

RIGHT OR WRONG MY PEOPLE, GOOD OR BAD MY COUNTRY, GO TO HELL WITH WHAT THE WORLD GOING TO SAY.

Your era to rule us was over…

Take care of your dying so called empire. It was u who brought Chinese and Indian and yet critised affirmative action….

GO TO HELL"

Mamak.

Masa saya masih belajar di ITM, ada seorang kawan bertanyakan saya, mengapa sultan Melaka memanggil bendaharanya 'Mamak' Bendahara. Adakah bendahara mamak?

Saya hampir tergelak mendengar soalan itu. Ketika zaman sultan Melaka, istilah mamak tidak seperti pada hari ini. Sebelum saya menjawab, suka saya terangkan mengapa sultan-sultan Melaka menggelar bendaharanya 'Mamak.'

Apabila Raja Kecil Besar menjadi sultan, baginda memakai nama Sultan Muhamad Shah(1424-1444).Baginda mempunyai dua orang putera yang boleh menjadi sultan iaitu Raja Kassim dan Raja Ibrahim.

Raja Kassim lebih tua tetapi ibunya adalah keturunan Tamil-muslim. Ibu Raja Kassim adalah adik kepada Seri Nara Di Raja Tun Ali. Ini bererti Sultan Muhamad Syah telah berkahwin dengan adik Seri Nara Di Raja.

Sementara Raja Ibrahim merupakan putera Sultan Muhamad Syah dengan puteri Rokan. Baginda di kira anak gahara(ibubapa keturunan Raja) dan lebih layak menjadi Sultan walaupun baginda lebih muda. Apabila Sultan Muhamad Syah mangkat pada 1444, Raja Ibrahim naik takhta dan bergelar Sultan Abu Shayid.

Sebelum itu sudah ada perpecahan dalaman antara pembesar keturunan Melayu-tamil dan keturunan Melayu totok. Faction Melayu-tamil dikepalai oleh Tun Ali. Sementara Melayu totok dikepalai datuk Sultan Abu Shayid iaitu Raja Rokan. Beliau dibantu oleh Bendahara Tun Perpatih Putih iaitu bapa Tun Perak.

Di pendekkan cerita, dalam pencaturan politik kedua-dua puak ini, akhirnya puak Melayu-tamil telah menang. Raja Kassim telah ditabalkan menjadi Sultan Muzafar Shah. Bagi menyatukan semula dua puak yang berpecah ini, Sultan Muzafar melantik anak bendahara lama iaitu Tun Perak yang bergelar Paduka Raja.

Tun Perak adalah dari puak Melayu totok. Untuk memadam rasa tidak puas hati golongan Melayu-tamil yang dikepalai oleh bapa saudaranya, Sultan Muzaffar menceraikan Tun Kudu iaitu adik Tun Perak bagi berkahwin dengan Tun Ali.

Ketika itu perpecahan berjaya dipadamkan tetapi hanya sementara. Apabila Tun Perak meninggal dunia, perpecahan berlaku semula. Apabila Sultan Alaudin mangkat, putera baginda dengan isterinya Tun Senaja menjadi sultan bergelar Sultan Mahmud Shah.

Tun Senaja pula adalah anak Tun Ali iaitu ketua kumpulan Melayu-tamil yang menaikkan Sultan Muzaffar(Raja Kassim). Selain Tun Senaja, Tun Ali ada dua anak lelaki iaitu Tun Mutahir dan Tun Tahir.

Apabila Sultan Mahmud menjadi sultan pada tahun 1488, Tun Mutahir telah menjadi Bendahara menggantikan Tun Perak Paduka Raja. Sayugia haruslah diingat, Tun Mutahir merupakan anak Tun Ali, tokoh Melayu-tamil yang menaikkan Sultan Muzafar. Beliau juga abang kepada bonda Sultan iaitu Tun Senaja.

Inilah punca istilah 'Mamak Bendahara' atau 'Memanda' apabila sultan memanggil bendaharanya. Mungkin maknanya 'paman' atau bapa saudara.

Wallahualam bissawab

Tuesday, April 14, 2009

Mufti Besar

Dalam rencana Rocky's Bru, 27 December 2006, beliau menyiarkan pendapat Dr. Syed Ali Taufik Al-Attas, pengurus IKIM bahawa Malaysia memerlukan seorang Grand Mufti atau Mufti Besar.

Kita memang ada mufti-mufti di negeri masing-masing. Masalah mufti ini ada yang membuat fatwa tidak seragam. Contohnya ada mufti mengharamkan rokok, dan ada kata tidak haram sedangkan dalam Islam, fatwa halal haram hanya boleh dijatuhkan dengan ijmak ulama. Di sini boleh menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam sendiri fatwa mana yang perlu digunakan.

Saya membaca juga komen pembaca-pembaca blog Rocky's Bru. Ramai juga tidak setuju dengan cadangan ini.

Ada berhujah dalam Islam semua sama dan tidak perlu Mufti Besar buat keputusan(Tempua). Ada berhujah tidak mahu theocrat(ulama) terlalu mencengkam(Norman). Ada yang bimbang jawatan itu dipolitikkan. Seorang pembaca pula komen Islam tidak seperti Kristian dan Yahudi mempunyai institusi seperti gereja dan rabii(beliau tidak tulis namanya) dan beliau juga bercerita salah seorang dari Imam Empat sanggup diseksa dari menjadi mufti kepada seorang sultan.

Dari segi perlembagaan ini agak mustahil. Malaysia hanya agama rasmi Islam dan bukan negara Islam. Perlembagaan hanya mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi, tidak pula meletakkan asas-asas pentadbiran dan perundangan Islam. Kita masih menggunakan English Common Law.

Saya katakan agak kerana perlembagaan boleh dipinda tetapi sukar bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia ini. Apatah lagi jika dilihat pandangan pembaca blog Rocky's Bru di atas tadi, ramai Islam sendiri menentang penguasaan ulama dalam kehidupan mereka.

Pada asalnya, ketika Khalifah Rasyidin memerintah, mereka juga adalah amirul mukminin yang menjatuhkan hukum Islam. Ini kerana mereka sahabat rapat Rasulullah, mahir dalam al-Quran dan mendengar hadis dari Rasulullah sendiri.

Bila Ummayah berkuasa, dan khalifah-khalifah selepasnya jahil ilmu feqah dan hanya menumpukan kepada pemerintahan, bermulalah qadi dan mufti ini digunakan bagi membuat fatwa dan menjatuhkan hukuman. Mereka diambil dari ulama yang mahir Quran, tafsir, hadis, mustalah hadis dan feqah.

Amalan ini diteruskan dalam dunia Islam yang lain. Sultan Turki Usmaniyah sangat menghormati ulama. Selepas sultan dalam empat tiang pemerintahan mereka, sheikh-ul Islam adalah paling kanan sekali. Bahkan sultan sendiri tidak dapat berbuat apa-apa tanpa fatwa dari Mufti.

Saya juga tidak suka theokrasi kerana ini boleh merosakkan. Tapi saya percaya, seperti halnya hakim secular, mufti yang mahir dalam feqah Islam perlu ada. Saya juga berharap adanya mufti besar(grand mufti) yang boleh menyelaraskan fatwa dan bukan seperti sekarang yang mana ijmak ulama tidak digunakan lagi.

MIC, HINDRAF dan Slumdog Millionaires

Saya cuba untuk tidak menulis soal politik dalam seseminggu ini. Banyak perkembangan belaku membuatkan saya terpaksa menulis soal politik juga.

MIC minta tambah kerusi. Sebelum ini mereka mengugut untuk menolak jawatan kabinet. Saya tidak tahu ke mana kesudahan flip flop ini.

Seperti MCA mereka tidak cemerlang dalam pilihanraya 2008. Jika cerakinkan, mereka gagal mendapat sokongan kaum India, atau menyelesaikan masalah kaum India.

Ada laporan saya dengar, punca tidak puas hati ini timbul bila 'Godfather' mereka iaitu Samy Vellu tidak menganggotai kabinet.

Samy Vellu sebenarnya adalah punca MIC tidak diterima kaum India. Banyak rasa tidak puashati timbul bila beliau terlalu lama menjadi Presiden Parti. Mana-mana usaha menentang beliau didalam parti timbul, beliau akan musnahkan individu berkenaan.

Oleh kerana beliau mentadbir MIC secara autokratik, mana-mana yang tidak puas hati akan menyertai HINDRAF atau mendiamkan diri tetapi memangkah pembangkang.

Untuk apa minta ditambah jawatan kabinet? Adakah untuk mengembalikan kepercayaan kaum India? Saya rasa sikap pemimpin MIC itu dulu perlu berubah.

Sekarang jelas, motif Samy Vellu mempertahankan jawatan dengan harapan akan dilantik menjadi Menteri Kabinet di bawah PM baru. Retorik beliau mempertahankan jawatan untuk mengukuhkan MIC dan menarik kembali sokongan kaum India adalah omong kosong.

Gambit beliau gagal dan sekarang beliau mempertaruhkan kepentingan MIC yang sinonim dengan kepentingan beliau.

Buat kaum India keseluruhannya, hentikanlah diperbodohkan oleh HINDRAF kerana ia alat golongan tertentu untuk mewujudkan ketidakstabilan politik di Malaysia ini. Malaysia tidak mengamalkan budaya 'street fighter' seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Anda semua bertuah dilahirkan di Malaysia, kerana Melayu bukan bangsa oppressor. Jika tidak percaya bandingkan dengan negara India sendiri, bagaimana mereka layan bangsa mereka sendiri.

Tak percaya lagi pergi tengok 'Slumdog Millionaire' lah.

Monday, April 13, 2009

Pertempuran Dua 'Tahafut'.

Imam Ghazali (meninggal dunia pada 1111 Masehi) sangat bimbang melihatkan pada zamannya, begitu banyak pengaruh-pengaruh ajaran luar yang masuk dan bercampur aduk dengan ajaran Islam. Ketika itu, Islam merupakan pusat tamadun ilmu, dan berbagai ajaran-ajaran seperti pengaruh Zoroaster(Majusi), Kristian, mistik dan falsafah-falsafah Greek yang ada bertentangan dengan tauhid Islam.

Ada sesetengah ajaran ahli-ahli falsafah ini bertentangan dengan Islam, seperti ajaran bahawa dunia ini qadim, pantheism(wahdatul wujud), semesta terjadi sendiri dan tiada hari Pembalasan. Ilmu-ilmu seperti matematik dan logik tidak salah sama sekali.

Oleh kerana Imam Al-Ghazali sangat bimbang dengan keadaan orang-orang Islam yang seperti hilang punca, terpengaruh dengan sesetengah ajaran yang boleh menyesatkan mereka walaupun masih Islam, Imam Al-Ghazali menulis sebuah buku yang diberi nama: 'Tahafut Al Falasifah' atau 'Kesesatan Ahli Falsafah.

Dalam buku ini, Al-Ghazali menerangkan mengapa sesetengah ajaran falsafah dari Yunani ini boleh bertentangan dengan akidah orang Islam. Terlalu luas skopnya untuk saya bincangkan di sini, tetapi banyak ajaran sesat sekarang ini hampir menyerupai mereka seperti fahaman 'pantheism'. Wahdatul wujud atau pantheism adalah ajaran yang percaya Allah berada dimana-mana dan boleh wujud dalam makhluk.

Di Nusantara, fahaman ini di anut oleh Sheikh Siti Jenar dan Hamzah Fansuri. Ada cerita-cerita kewalian seperti Al-Mansur Hallaj yang pernah berkata: Ana haq atau Akulah Tuhan.

Ajaran-ajaran seperti ini menerobos dalam aqidah orang Muslim dan ini membimbangkan Al-Ghazali. Peranan buku Tahafut Al-Falasifah ini sangat penting kerana beliau mengembalikan akidah Islam dengan penaakulan mantik yang baik dalam karyanya itu.

Kemudiannya, pada tahun 1126 lahir pula seorang ilmuwan Islam bernama Ibnu Rushd. Beliau cendiakawan Islam yang menuntut di Sepanyol ketika Islam menguasai Sepanyol. Beliau juga lahir di Cordoba.

Ibnu Rushd apabila dewasa sangat terpengaruh dengan pemikiran Yunani seperti Aristotle, Plato dan Socrates. Banyak karya-karya mereka diterjemah ke dalam bahasa Arab oleh ilmuwan Islam dan Barat sendiripun terhutang budi kepada ilmuwan Islam. Jika tidak, pemikiran Greek ini mungkin berkubur.

Oleh kerana terlalu taksub dengan pemikiran Greek ini, Ibnu Rushd setelah membaca karya Al-Ghazali iaitu Tahafut Al-Falasifah tidak setuju dengan Al-Ghazali. Beliau berpendapat ilmuwan seperti Al-Ghazali sangat kolot dan ketinggalan zaman. Beliau berpendapat antara Islam dan ajaran falsafah Greek ini tiada bertentangan.

Beliau menulis karyanya bagi mempertahankan falsafah Greek ini iaitu 'Tahafut Al Tahafut' atau Kesesatan yang sesat. Ketika itu, Imam Ghazali sudah wafat. Pengaruh Ibnu Rushd ini tersebar luas di Eropah dari di Timur. Beliau sendiri mendapat tentangan kebanyakkan ulama Islam.

Di Eropah, Ibnu Rushd mendapat sambutan menggalakkan dan buku-bukunya diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Latin, German dan Hebrew. Menurut Phillip Hitti, Ibnu Rushd telah mempengaruhi pemikiran Barat dari abad ke 12 hingga abad ke 16. Dalam universiti-universiti Eropah, karya Ibnu Rushd telah dijadikan sylibus wajib ketika itu.

Hingga kini pertempuran antara dua ilmuwan Islam ini dalam buku 'Tahafut Al-Falasifah' dan 'Tahafut Al-Tahafut' mencetuskan polemik dan kedua-duanya mempunyai pengikut.

Siapa yang betul, wallahualam.

Sunday, April 12, 2009

Barcelona

Sebelah kiri: Hannibal Barca.
Tulisan ini saya tujukan khas buat sahabat saya, Hasni Jamil atau lebih dikenali dengan nama Tok Ngah. Beliau merupakan penyokong kelab Barcelona sementara saya penyokong Real Madrid.
Barcelona dikenali juga dengan nama Barca, manakala Real Madrid dikenali dengan nama Real. Real dalam bahasa Sepanyol adalah Royal, dan Raja Sepanyol yang menganugerahkan title 'real' itu kepada kelab dari Madrid ini.

Barcelona dikenali juga dengan nama Catalan. Mereka mempunyai sejarah yang unik jika dibanding dengan bandar-bandar lain di Sepanyol. Sejarah Barcelona ini ada kena mengena dengan seorang jeneral Carthage yang terkenal: Hannibal Barca.

Empayar Carthage adalah di Utara Afrika(sekitar, Tunisia dan Algeria). Mereka asalnya orang Phonecia iaitu berdekatan dengan Greek juga. Mereka adalah pelaut yang cekap dan berhijrah ke Afrika, membuka koloni di sana. Carthage bermakna 'bandar baru', dan ia lebih dikenali negara kaya kerana perdagangan. Mereka bukan kuasa ketenteraan. Mereka menggunakan khidmat tentera upahan bagi mempertahankan Carthage ini.

Ketika Rom masih remaja, Carthage kuasa yang mengawal Mediteranean dan tidak dapat dielakkan akan akhirnya berperang dengan Rom. Kuasa kelautan Rom banyak meminjam teknologi Carthage. Ada beberapa siri perang antara Rom dan Carthage ini yang dikenali dengan nama Punic War. Hannibal muncul dalam Perang Punic yang Kedua.

Bapa Hannibal, Hamilcar Barca seorang jeneral Carthage yang pertama membuka New Carthage di Sepanyol, atau Semenanjung Iberian. New Carthage menjadi kubu kuat keluarga Hamilcar. Dalam Perang Punic Pertama, Rom berjaya mengalahkan Carthage dan memusnahkan kuasa laut Carthage.

Bila Hannibal muncul, beliau bercadang menyerang Rom dari Barcelona moden, menyeberangi Gunung Alps dengan membawa 40ribu tentera dan tentera bergajah. Ini merupakan sesuatu perbuatan yang menakjubkan hingga ke hari ini ia dianggap 'miracle'. Salah satu dari 'testimony' bahawa Hannibal Barca merupakan genius tentera yang tiada tolok bandingnya.

Ketibaan Hannibal di utara Rom menimbulkan panik kepada pihak Rom. Mereka melantik dua consul Varro dan Paulus untuk menghalang Hannibal. Hannibal menewaskan tentera Rom seramai 80 ribu orang dalam Pertempuran di Cannae yang membunuh hampir keseluruhan tentera Rom.

Kemudiannya dari seorang jeneral ke seorang jeneral yang dihantar oleh Rom ditewaskan oleh Hannibal. Kegagalan Hannibal menawan Rom kerana beliau tidak mempunyai siegecraft seperti catapult, balista dan beliau, tidak seperti Alexander, tidak mahir dalam peperangan mengepung(siege).

Dipendekkan cerita, ketika Hannibal masih di Rom, senat Rom menghantar Scipio menakluk Carthage. Hannibal dipanggil balik untuk mempertahankan Carthage. Dalam Pertempuran Zama, beliau kalah kepada Scipio. Beliau kalah kerana tentera yang direkruitnya masih baru dan Scipio juga seorang jeneral yang hebat. Scipio akhirnya mendapat gelaran Scipio Africanus kerana kejayaannya mengalahkan pahlawan hebat ini.

Dikatakan, jika Hannibal menang di Zama, beliau merupakan genius tentera yang paling agung, lebih agung dari Alexander.

Kerana mashyurnya nama Hannibal Barca ini, New Carthage hingga kini di namakan Barcelona atau Barca semperna nama keluarga Hannibal

Saturday, April 11, 2009

Perikemanusiaan.

Saya akui ini bukan idea saya, tapi pernah terbaca komen seseorang dalam suratkhabar. Agak menarik pendapatnya.

Manusia sering menggambarkan perbuatan yang kejam sebagai inhumane. Maknanya tidak berperikemanusiaan. Bila inhumane, maksudnya kebinatangan.

Malangnya, binatang sendiri tidak sekejam manusia. Memang manusia berakal. Jika mereka memilih untuk melakukan kekejaman, mereka boleh melakukan lebih dari semua spesis di atas muka bumi ini.

Manusia bukan hanya kejam kepada haiwan. Mereka juga kejam dengan sesama manusia. Oleh kerana mereka dianugerahkan akal, dan sangat bijak jika dibanding dengan spesis lain, manusia boleh melakukan kekejaman samada kepada binatang atau sesama manusia dengan cara paling kreatif.

Lihatlah perkakas seksaan yang direka oleh manusia. Bermacam-macam dan ada yang memang direka khas untuk menyakitkan sesama manusia dengan cara paling mengerikan.

Kejutan eletrik, penyaliban, cabut kuku kaki, rendam dengan ais, minum air sabun. pukul dengan kayu sampai mati, potong lidah, kerat jari. Seribu satu macam cara semuanya adalah bermatlamat menyakitkan.

Jadi ayat inhumane itu tidak tepat sama sekali. Sepatutnya ayat yang sesuai adalah too humane.

Khinzir atau babi?

Satu ketika dahulu perkataan khinzir cukup terkenal. Malah hinggi kini pun masih terkenal. Kadang-kadang kita panggil khinzir. Kadang-kadang kita panggil babi. Tak pelah, nak memperkayakan perbendaharaan kata Melayu(ke Malaysia?)

Mula-mula babi di 'khinzir'kan, saya tidak faham maksudnya. Lama-lama saya fahamlah. Saya pernah bertanya kepada seseorang mengapa babi di panggil khinzir. Katanya, sebab bunyi babi tidak sedap sangat.

Saya tidak tahu betul ke tidak itu sebabnya babi dikhinzirkan. Mungkin pakar bahasa ada sebab yang lebih canggih. Bagi saya, mengapa perlu khinzirkan babi ini. Ia cuma binatang, dan binatang ini tidak bersalah pun.

Kebetulan dalam Islam mengharamkan umatnya memakan babi dan menyentuhnya. Jika tersentuh kena samak. Namun demikian, saya tidak nampak kenapa binatang yang dinamakan babi oleh nenek moyang kita kena tukar nama sebab dia haram dimakan dalam Islam?

Saya rasa dari memuliakan sang 'babi' ini dengan dibunyikan sikit arabnya, pakar bahasa lebih baik terjemahkan istilah-istilah sains yang kompleks. Ini boleh menyumbang kepada tamadun. Dan babi hanya kata nama, saya tidak nampak kepentingan menukar 'status'nya.

Seperti biasa bila di'warta'kan Mr. Pig ini sebagai khinzir, semua pun ikutlah hingga hilang nama babi yang asal. Kebetulan juga ada orang menyeranah dengan sebut: 'Babi kau!." Tetapi ini tidak mengurangkan atau menaikkan kemuliaan babi ini. Ia hanya kata nama.

Monkey see, monkey do.

Friday, April 10, 2009

Kecil Itu Cantik

Kabinet Dato' Sri Najib telah dikecilkan. Sebelum ini ada 28 Kementerian dan 32 Menteri. sekarang ini pula cuma ada 25 Kementerian dan 28 Menteri. Seperti dalam buku E. F. Schumacher, seorang ahli ekonomi,: 'Small is beautiful.'

Motif Perdana Menteri mengecilkan kabinet ini mungkin ada kena mengena dengan penjimatan pentadbiran dalam zaman kemelesetan ini. Mungkin juga untuk memastikan kelicinan dan effisiensi setiap kementerian yang diwujudkan. Dalam erti kata lain, kabinet beliau diharapkan kabinet yang boleh deliver.

Beliau juga menegaskan, era 'goverment know best' sudah berakhir. Beliau juga menyatakan, era kerajaan mengawal secara keterlaluan juga telah berakhir.

Akhirnya, pucuk pimpinan kita menyedari dan mengakui, era rasa 'terhutang budi' rakyat kepada UMNO khususnya atau BN amnya sudah berakhir. Telah lebih 50 tahun kita merdeka, rakyat tidak secara automatiknya, merasakan UMNO dan BN sebagai saviour dan sacred lagi.

Era dimana menteri-menteri dijunjung, dipuja dan kebal dari sebarang kritikan juga sudah berakhir. Menteri haruslah benar-benar berkhidmat kerana mereka mempunyai persaing iaitu pembangkang.

Jika dahulu peranan pembangkang merupakan pihak yang melakukan check and balance, sekarang mereka sendiri sudah menaruh cita-cita untuk menjadi 'goverment in waiting.' Rakyat dan pengundi menjadi umpire atau pengadil yang akan menilai segala tingkah laku pemimpin dari kedua-dua pihak ini.

Secara ringkas, Perdana Menteri tidak lagi akan menganggap menteri-menteri bebas melakar polisi mereka tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Di sini suara keramat(atau general will) menjadi bertambah keramat jika formula ini diamalkan sepenuhnya.

Suara rakyat perlu didengari. Tidak boleh ada lagi kroni, anak menantu, Tingkat Empat, dan pengaruh keluarga dalam membuat dasar kerajaan. Segalanya mesti telus. Plato pernah berkata: "Only goverment has a privilege of lying."

Not anymore.

Rakyat sudah makin cerdik, analitikal dan information savvy. Don't insult their intelligent anymore.

Sementara itu pula, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaludin tidak terpilih menyertai kabinet. Bekas lawannya, YB Dato' Mukhriz dan Naibnya, YB Dato Razali dipilih menjadi timbalan menteri.

Ada semacam satu mesej yang kuat disebalik perlantikkan yang pelik ini. Sekali air bah, sekali pasir berubah. When a new emperor emerge, kata perpatah Cina, new loyalty shifted.

We cannot make wave, kata Bismark, we only can ride it.

Oleh kerana Khairy terlalu ghairah hendak mencipta wavenya, maka terimalah hukuman 'force of nature.'

Jangan lawan hukum alam.

Thursday, April 9, 2009

Mentaliti China

Tiba-tiba saya teringat buku 'Bordeless World' oleh Kenichi Ohmae. Dalam buku itu, dia ada menulis tentang China Mentality. Katanya, orang China selalu menganggap mereka adalah 'centre of the universe.' Jika ada apa-apa yang mengubah dunia ini, dalam mentaliti orang China, ianya adalah orang China.

Kemudian saya teringat pula, Mao Tse Tong pernah berkata, China mempunyai banyak penakluknya dari luar. Orang Manchu, orang Monggol dan berbagai lagi. Yang peliknya di China, bukan penakluk mengasimilasikan orang China mengikut kebudayaan mereka, sebaliknya sang penakluk diasimilasikan menjadi orang China.

Dinasti Ming, dinasti Chin dan dinasti Yuan; semuanya diasimilasikan menjadi pengikut budaya China. Begitu kuatnya mereka dengan adat resam dan budaya mereka, akhirnya sang penakluk yang 'terlarut' dan bukan mereka.

Kemudiannya saya teringat lagi. Orang Melayu sendiri sudah hilang bahasa Melayu(Indonesia/Malaysia). Saya terfikir lagi, bukan hanya bahasa tetapi macam-macam.

Akhirnya saya terilham:

PATUTLAH!

Wednesday, April 8, 2009

Bagaimana Barat Menang.

Semasa saya masih belajar di ITM, pensyarah saya Professor Salim Shad Faruqi pernah bertanya: "How the west was won?", dan beliau sendiri jawab: "West was won by killing Indian. They came, they saw, they conquered." (Sudah tentu dia petik dari "Veni, Vidi, Veci"- kata-kata Julius Caesar.)

'How The West Was Won'merupakan tema cerita-cerita koboi, atau great western theater, satu genre zaman kegemilangan filem koboi.

Kebetulan ini memang zaman mereka. Sudah sejak zaman Enlightment, Barat sudah menguasai dunia. Mereka pencipta, penakluk dan pemodal yang menguasai segala. Mengapa?

Tentu ada sesuatu yang istimewa hingga mereka jauh lebih bertamadun dari kita. Seperti yang pernah saya tulis dalam tajuk 'Demokrasi', selepas Rom pecah dari Rom Barat(Itali) dan Rom Timur(Byzantine), kemudiannya muncul Islam dan Eropah sendiri sudah pecah kepada raja-raja feudal serta munculnya Papacy yang mendominasikan kepercayaan mereka, bermulalah Zaman Gelap Di Eropah.( America still out of the picture.)

Jatuhnya empayar Rom Barat setelah diserang oleh orang-orang gasar seperti Visigoth dan Attila the Hun telah menghancurkan kuasa ketenteraan Rom. Sementara Rom Timur walaupun kuat tetapi juga sudah mula dicabar oleh agama Islam yang baru muncul. Ketika itu, Turki Usmaniyah yang memberi tekanan kepada kerajaan Byzantine.

Munculnya institusi gereja atau Papacy juga membawa kemunduran kepada Barat. Sebelum ini, Rom mewarisi budaya dan tamadun Greek yang mana mementingkan rasionalisme tetapi Gereja membawa dogma kepada mereka.

Sementara Islam yang muncul sekitar abad ke 7, dengan cepat berkembang dan menguasai ilmu. Zaman Umayyah mereka menakluk hingga ke Sepanyol dan zaman Abbassiyah tamadun Islam merupakan yang paling tinggi.

Bagaimana Barat muncul dari Zaman Gelap mereka dan menguasai ilmu dan akhirnya menjadi dominan di dunia ini?

Di akhir-akhir zaman Gelap, mereka sudah menemui sentuhan lama mereka. Mereka sudah mengenalpasti bahawa rahsia kemajuan terletak pada pemikiran rasional bukan dogma keagamaan. Maka bermulalah sekularisme yang telah membentuk dunia moden ini.

Selama berabad-abad, gereja menjadi pegangan mereka dan gereja telah menyekat pemikiran rasional. Galileo Galilee, Corpenicus dan ramai lagi di excommunicatekan kerana kononnya menentang gereja. Mana-mana bangsa(nation) yang berfahaman protestant agak lebih maju dari mereka kerana protestant menentang penguasaan Vatican.

Newton, Darwin dan ramai lagi muncul di England kerana sejak zaman Henry VIII, Britain sudah memutus hubungan dengan Vatican. Selepas Reinassance, bila munculnya pemikiran rasional di Eropah seperti Voltaire, Rousseau, Montesquieu dan ramai lagi, membuka mata Eropah bahawa untuk menjadi maju, mereka terpaksa meninggalkan ajaran gereja.

Mana yang tidak sanggup, mereka memisahkan pemikiran saintifik di satu pihak dan pegangan keagamaan dipihak lain. Muncullah apa yang dipanggil: sekularisme.

Mengapa Islam menjadi mundur? Kerajaan Islam telah meninggalkan minat kepada ilmu pengetahuan selepas Dinasti Abbasiyah diserang oleh Hulagu Khan. Memang banyak kitab-kitab ilmu dibakar tetapi jika orang Islam terus-menerus meneroka ilmu, mereka akan terus maju.

Selepas itu Islam hanya kuat dari segi ketenteraan. Kerajaan Usmaniyah Turki telah menakluk Konstatinople dan menamakannya Istambul. Sultan yang bertanggungjawab adalah Sultan Muhamad Al- Fatih( Barat memanggilnya Mehmet the Conqueror). Dari segi pemikiran, kita tiada mencipta yang baru.

Sementara ilmuwan Eropah menemui penemuan demi penemuan(ada antaranya hasil saintis Islam), Islam semakin jumud dan taklid. Mereka menjadikan agama hanya pegangan ritual dan menekankan aspek kerohanian semata-mata. Semangat Islam yang mula yang mana ilmuwan Islam meneroka segala macam ilmu pengetahuan ditinggalkan.

Kita tidak ada reformasi Islam dari segi kewangan, ekonomi, sistem politik yang dinamik, dan pendidikan yang pragmatik.

Ulama-ulama pulak hanya bertengkar soal-soal remeh, hukum hakam,mazhab itu kata ini, mazhab ini kata itu, dan segala macam tetek bengek yang hanya menumpu pada ranting-ranting, kita lama kelamaan meninggalkan pemikiran rasional dan saintifik sedangkan ajaran Islam tidak pernah bertentangan dengan sains.

Lama kelamaan, muncul apa yang berlaku kepada orang Islam seperti yang berlaku pada Eropah dahulu: dogma. (Walaupun Islam tiada institusi seperti gereja, tetapi jumud(beku) dan taklid(buta) membuta tuli terhadap pegangan sesetengah ulama menjadikan mereka dogmatik).

Apabila dunia menjadi global dan Barat sudah meletakkan pola-polanya kepada 'how the game shall play.', orang Islam hanya menjadi pengikut dan bukan leader lagi. Contohnya, sistem kewangan Barat ciptaan Yahudi sudah nampak gagalnya, tetapi ilmuwan Islam masih bertekak mazhab Syafie atau Hanafi yang betul.

Jadi, balik ke soal asas: How the west was won? They was won and still winning because they developed empire of their mind instead of ...........

Habiskan sendiri ayat tersebut.

Perdana Menteri Bukan Melayu

Apabila Barrack Obama diumumkan menang sebagai Presiden Amerika, dalam komen pembaca The Star, ada pembaca kaum Cina menulis: "I have a dream."

Beliau membandingkan keadaan Amerika yang selama beradab-abad dikuasai oleh orang kulit putih tetapi boleh menerima orang kulit hitam sebagai Presiden mereka.

"I have a dream" adalah ucapan Martin Luther King yang terkenal dan beliau pemimpin aktivis kulit hitam yang memperjuangkan nasib orang kulit hitam Amerika.

Sekadar perbandingan, sejarah bangsa kulit hitam ini tidak sama dengan kaum Cina dan India di Malaysia. Afrikan-Amerika telah diimport sebagai hamba pada zaman kolonial dahulu dan mereka melalui proses yang panjang sebelum dimerdekakan oleh Abraham Lincoln. Selepas merdekapun, status sosial mereka tidak pernah sama dengan orang kulit putih Amerika.

Ketika pentadbiran Kennedy, orang kulit hitam yang pertama hendak masuk kolej di kawal keselamatannya oleh National Guard. Sudah tentu Presiden Kennedy yang mengeluarkan arahan untuk menaikkan taraf mereka.

Amerika sendiri merupakan benua yang tidak mempunyai 'tuan' kecuali Red Indian yang telah ditumpaskan oleh orang putih kolonial. American Dream adalah semua bangsa tanpa mengira asal keturunan mereka mempunyai peluang yang sama untuk berjaya di Amerika.

Lihatlah Singapura. Sebuah pulau yang ditemui dan diberi nama oleh raja Melayu sudah pupus identiti Melayunya. Singa Pura atau 'negara singa' kekal sebagai warisan bila mereka memanggilnya Lion City tetapi mereka mengiktiraf sejarah itu bermula dengan kedatangan Stamford Riffle.

Bila ditanya kepada Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura adakah negara itu boleh mempunyai Perdana Menteri Melayu, jawab beliau : "Not yet." (May be not at all)

Saya tidak kata cita-cita mereka hendak menjadi PM di Malaysia salah. Perlembagaan pun tidak kata illegal atau unconstitutional. Cuma sebagai orang Melayu saya hendak orang Melayu menerajui kerajaan Malaysia.

Dan saya tidak kata ianya mustahil. Bila dah ramai sangat orang Melayu yang kononnya liberal, ditambah parti 'islam' yang kata assabiyah haram, malah mereka sendiri sanggup jadi pak turut kepada mereka, saya rasa tidak sampai satu abad Malaysia telah tidak Melayu lagi.

Marilah kita orang-orang Melayu menjadi liberal, bertolak ansur dan mengalah kerana kita masih belum cukup liberal, bertolak ansur dan mengalah lagi mengikut piawaian mereka. Mereka mahu segalanya dan kita akan beri segalanya.

What a shame!

Ulasan Pilihanraya

BN telah memenangi kerusi DUN Batang Ai, tetapi tewas di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau. Pembangkang sudah mengwara-warakan kononnya PM baru tidak diterima rakyat.

Kemenangan DUN Batang Ai memang sudah diramalkan. BN kuat di Sarawak dan agak sukar PKR hendak menggugatnya.

Saya ada terhidu mesej yang tertentu di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

Menurut laporan Rocky's Bru, seeorang blogger terkenal 90% pengundi Cina di Bukit Gantang masih tidak berpaling mengundi BN. Hanya 10% sahaja yang mengundi calon BN. Dalam masa yang sama, undi pengundi Melayu bertambah kepada BN.

Jelaslah peralihan kuasa dan sokongan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir memberi kesan positif kepada orang Melayu namun undi kaum Cina masih kekal bersama Pakatan Rakyat yang calonnya adalah PAS.

Pola yang hampir sama di Bukit Selambau. Kaum India juga menolak wakil India dari BN.

Mesejnya senang. Kaum Cina dan India sudah nampak Pakatan Rakyat adalah masa depan mereka. Mereka tahu parti ini akan tunduk dengan permintaan mereka.

Contohnya ketika Perak di perintah oleh PAS(sebenarnya boneka DAP) bekas Menteri Besar itu telah meluluskan tanah kepada kaum Cina selama 999 tahun. Tidak salah meluluskan tanah kepada kaum Cina, kerajaan BN juga berbuat demikian jika wajar tapi 999 tahun....

Saya tidak tahulah nak kata apa lagi. Jika 99 tahun biasa kita dengar tapi 999 tahun, ini benar-benar sudah menjual negara dan bangsa hanya kerana hendak berkuasa. Mana perginya perjuangan Islam: Takbir! Takbir! Takbir!

Hanya slogan.

Tindakan PAS yang bersekongkol dengan PKR hingga sanggup berbuat apa sahaja ini mengecewakan pejuang bangsa seperti saya ini. Tindakan mereka ini juga mungkin menyebabkan UMNO juga terpaksa berlembut dengan tuntutan kaum Cina jika mahu kekal berkuasa..

If you cannot beat them, you joint them...

PAS gadaikan maruah bangsa dan jual negara, tinggalkan perjuangan Islam.

Hipokrit!

Tuesday, April 7, 2009

Pakatan Rakyat

Secara umumnya, Pakatan Rakyat adalah pembangkang kepada Barisan Nasional. Walaupun mereka bukan gabungan politik(political alliance) tetapi mereka ada kesefahaman iaitu mengalahkan musuh bersama mereka: Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat ini terdiri dari Parti Keadilan Rakyat(PKR), PAS dan DAP.

PAS merupakan sebuah parti yang lahir dari perut UMNO juga. Pada asalnya, semasa menentang Malayan Union, semua persatuan-persatuan Melayu yang bertaburan dan mempunyai method dan ideologi yang berlainan disatukan di bawah satu parti Melayu terbesar iaitu UMNO.

Pada mulanya, UMNO ini ingin dinamakan UMO(United Malay Organisation). Pendita Zaaba yang menyarankan agar ia ditambah national iaitu kebangsaan. Tujuannya adalah bagi menyatukan semua orang Melayu dibawah satu pertubuhan dan menghakiskan semangat kenegerian Melayu.

Buat julung-julungnya kalinya Melayu bersatu dibawah satu panji-panji. Kemudiannya Biro Agama UMNO dibawah Ustaz Fuad tidak berpuashati dan berpecah. Mereka keluar UMNO dan tertubuhlah PAS(Parti Islam Semalaysia).

PAS mendakwa mereka parti Islam. PAS juga mendakwa UMNO tidak Islamic kerana membawa semangat kebangsaan yang kononnya assabiyah. Ironinya, ketika semua umat Islam dicengkam penjajah, ulama-ulama Islam di Timur Tengah seperti Muhamad Abduh dan Jamaludin Al Afghani yang menggunakan semangat kebangsaan bagi menentang penjajah.

Bagi PAS semua Islam selain mereka tidak Islamic. Mereka sudah naik status mazhab kalau bukan ajaran Islam baru. Islam versi PAS adalah Republic Islam. PAS juga menuduh UMNO tidak Islamic kerana UMNO bekerjasama dengan kafir dan memberi tempat orang kafir memerintah.

Mereka juga dengan mudah menuduh orang selain PAS, terutamanya UMNO sebagai kafir. Sudah tentu sepatutnya PAS adalah musuh semulajadi DAP.

DAP(Democratic Action Party) pula adalah parti anak didik PAP(People Action Party), sebuah parti dari Singapura yang diketuai Lee Kuan Yew. Ideologi sangat mudah, mereka menentang dominasi orang Melayu di Malaysia ini kerana kononnya Malaysia untuk orang Malaysia(Malaysian Malaysia). Walhal mereka parti yang mempromosikan dominasi orang Cina.

Parti Keadilan Rakyat(PKR) pula diasas oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat dari UMNO. Boleh dikatakan parti ini serpihan UMNO. Parti ini tidak berasaskan kaum, dia kononnya liberal. Selain Datuk Seri Anwar, anak dan isteri beliau, parti ini banyak juga dipengaruhi oleh aktivis-aktivis. Sudah tentu parti ini tidak membawa agenda bangsa Melayu sama sekali.

Kononnya seperti sistem dua parti di Amerika, BN dan Pakatan Rakyat adalah seperti Republican dan Democrat. Masalahnya, Amerika memang negara yang tidak mempunyai dominasi bangsa.

Mereka adalah negara lambakan immigren walaupun kaum Puritan yang membawa bahasa dan budaya Aglo-Saxon ke Amerika tetapi mereka tidak dominan. Dominan mereka hanya pada bahasa(Inggeris).

Jika BN gagal membentuk simple majoriti dalam pilihanraya, bagaimana PAS dan DAP boleh duduk semeja? Bagaimana parti yang hendak melaksanakan hudud dan Republic Islam ini boleh diterima oleh DAP.

Cuba baca petikan dibawah ini ketika mengulas kemenangan calon PKR, yang saya ambil dari Malaysia Kini:

Tan Hock Huat said the results today also showed that the Indians and the Chinese supported the Pakatan government in Kedah and urged PAS not to promote any Islamisation policies.

Biar saya terjemahkan:

Tan Hock Huat berkata keputusan hari ini menunjukkan orang India dan Cina menyokong kerajaan Pakatan di Kedah dan mendesak PAS tidak mempromosikan sebarang polisi keIslaman.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kaum Cina dan India menyokong PAS dengan syarat.......

Fikirkanlah.

PAS sendiri yang lantang mengutuk saudara seagamanya UMNO sebagai tidak Islamic, malah kadang-kadang tidak Islam hanya bersetuju mengikut telunjuk mereka. Mereka sudah buktikan atas desakan politik, Nizar hanya menjadi MB boneka sahaja.

Kepada pengundi tegar PAS, memang saya tidak dapat berikan hujah logik lagi tetapi apa perasaan orang Islam yang mengundi PAS kerana berharap akan adanya agenda Islam mereka? Tidakkah agenda Islam hanya penipuan semata-mata? Hanya propaganda politik mereka sahaja.

Sejarah membuktikan, PAS yang membawa perpecahan Melayu Islam. Mereka keluar dari UMNO dan memecahbelahkan orang Melayu. Alasan tidak Islamic tetapi apa yang mereka tuduh UMNO akhirnya mereka sendiri yang buat seperti bekerjasama dengan kafir dan lain-lain.

Setidak-tidaknya, MCA dan MIC ada mengakui semangat perkongsian kuasa dan tidak mempersoalkan sangat agenda ke Islaman yang hendak dilaksanakan oleh UMNO.

Siapa yang lebih tidak Islamik?

Jadi bagaimana parti DAP, PAS dan PKR yang mempunyai ideologi bukan sahaja lain malah antarantya bertentangan ingin membentuk kerajaan yang aman dan stabil. Saya cuma bimbang dalam kita ghairah hendak membetulkan kesilapan UMNO, Melayu akan hilang kuasa buat selamanya.

Tidur atas bantal yang sama, tetapi mimpi lain-lain.



Guru Berpolitik.

Seorang sahabat minta saya memberi pandangan tentang kemungkinan guru dan pegawai kerajaan kumpulan A dibenar berpolitik.

Dalam General Order, pegawai kerajaan kumpuan A(atau 41) tidak dibenar aktif berpolitik. Ini bukan hanya pada guru tetapi kepada semua pegawai kerajaan kumpulan A(pegawai) ke atas. Suka saya mengulas tentang guru secara khususnya.

Pada tahun 1996, saya mudik ke Ulu Tembeling untuk menghadiri mesyuarat cawangan Kg. Bantal kerana saya ahli cawangan itu. Saya menemui seorang pelancung warga Australia yang hairan saya sanggup mudik sejauh itu untuk bermesyuarat.

Kata beliau, jika di Barat, politik adalah sesuatu yang hampir sinonim dengan kekejian lantaran kotornya politik( Beliau cakap umum, dan tidak mengecam mana-mana parti)

Saya bertanya, pofession apakah pada pandangan beliau mulia. Beliau jawap: menjadi seorang guru.

Guru merupakan profession yang penting dan mulia di mana-mana negara dan peradaban pun. Merekalah yang membentuk generasi akan datang. Kepada merekalah kita menaruh kepercayaan membina masa depan.

Memang peringkat awal penubuhan UMNO dan kemerdekaan guru adalah golongan yang paling penting dalam mencapai kemerdekaan. Mereka adalah pejuang dan pahlawan bangsa. Pada ketika itu, cerdik pandai Melayu adalah guru dan masyrakat memandang tinggi mereka.

Hingga tahun awal 90an, guru merupakan player yang aktif dalam politik dan boleh menentukan arah tuju kepimpinan UMNO pusat. Seperti pernah saya tulis sebelum ini, awal 90an UMNO telah dibanjiri kemasukkan ramai tokoh korporat yang ingin menjadi Majlis Tertinggi UMNO dan guru agak terpinggir.

Bila ada larangan tidak membenarkan kumpulan A berpolitik dengan aktif, guru-guru kumpulan A juga termasuk dalam senarai. Masih ramai guru-guru bukan kumpulan A yang aktif berpolitik sekarang ini dan larangan yang hendak ditarik balik sudah tentu ditujukan kepada kumpulan A.

Undang-undang yang dibuat sebelum ini, iaitu melarang kumpulan A berpolitik tentu ada rasionalnya. Antara rasionalnya adalah bimbang jika ketua jabatan berpolitik, mereka akan menggunakan pengaruh dan jawatan mereka bagi meraih undi.

Begitu juga dengan profession perguruan.

Saya hanya berasa pelik mengapa semua orang hendak menjadi ahli politik? Saya rasa bukan hanya dalam bidang politik kita boleh berjasa. Kita boleh berjasa seperti Mother Theresa yang banyak membantu orang susah di India.

Di Malaysia semacam satu trend semua orang hendak jadi ahli politik. Aktivis-aktivis, NGO-NGO, korporat-korporat, pelajar-pelajar Universiti dan sekarang kumpulan A. Mungkin kerana mereka rasa politik ini medan untuk menjadi hebat, mendapat pengikut dan mana tau boleh jadi Yang Berhormat.

Minat dari segi mengikuti, mengulas dan ambil tahu tidak mengapa tetapi tidak perlulah 26 juta rakyat Malaysia jadi player politik.

Politik lebih dari itu. Lebih dari personal matter atau personal achievement.

Profession perguruan adalah profession yang mulia jika kita ikhlas menjadi guru. Menjadi ahli politik juga mulia jika kita masuk politik bukan sebab rasa rezeki di situ lagi banyak. Persoalannya adalah keikhlasan.

Saya berpendapat biarlah politik di uruskan oleh orang politik.

Jika setakat hendak menyokong dan menjadi ahli, sekarang pun tidak salah. Tidak perlu semua menjadi hero. Apa salah sesekali menjadi wira yang tidak didendang. Jika kita minat sangat dalam politik, eloklah letak jawatan dan jadi ahli politik sepenuh masa.

Saya berpendapat, larangan itu sangat tepat dan tidak perlu menyokong usaha tokoh tertentu yang hendak mencari populariti dengan membuka kembali 'Pandora's Box'.

Bucket List

Lebih kurang sebulan yang lepas, saya ada terbaca dalam The Star ulasan berkenaan filem In Curious Case of Benjamin Button. Saya minta maaf sebab saya tidak ingat pengulasnya.

Pengulas menceritakan beliau pernah menonton filem Ikiru arahan Akira Kurosawa. Saya ada dvd Ikiru tetapi belum berkesempatan menontonnya(maklumlah saya banyak menumpukan filem jedeiki Kurosawa seperti Ran, Yojimbo, Sanjuro iaitu filem samurai).

Menurut pengulas itu, ketika beliau awal 20an, Ikiru tidak sangat memberi kesan kepadanya. Beliau menonton kembali Ikiru ketika beliau dalam usia 30an dan memberi perspektif baru kerana Ikiru mengisahkan seorang usahawan yang berjaya tetapi mendapati dirinya tidak akan lama hidup kerana kanser.

Sementara filem In Curious Case of Benjamin Button, ia merupakan adaptasi dari cerita F. Scott Fitzgerald.

Tema kedua filem ini hampir sama: tentang kehidupan, kehilangan, penemuan dan perpisahan sebelum kita menemui ajal.

Saya baru sahaja menonton filem Bucket List. Mula-mula saya tidak tahu langsung cerita ini berkaitan apa tetapi saya terus menonton kerana ada dua pelakon yang saya minat dalam filem itu: Jack Nicholson dan Morgan Freeman.

Kedua watak ini menghadapi penyakit yang mana doktor memberi mereka jangka hayat dalam masa 6 bulan, paling lama setahun. Persoalannya, bagaimana kita menyambut kematian kita.

Ketika mendengar doktor menyampaikan berita buruk itu kepada Jack Nicholson, Morgan Freeman sedang menulis 'bucket list'nya. Bila sampai giliran Morgan mengetahui kes penyakitnya, yang juga dijangka boleh bertahan dalam 6 bulan ke setahun, Morgan yang kecewa mengoyakkan listnya.

Secara tidak sengaja, Jack Nicholson terbaca dan bertanya. Kata Morgan Freeman: dia menyediakan 'bucket list' iaitu senarai apa yang ingin dia lakukan sebelum dia mati.( Bucket List dari perkataan: " kick the bucket,' maknanya mati.)

Ini memberi idea kepada Jack Nicholson, daripada beliau meratapi kematiannya dalam masa setahun itu, elok dia melengkapkan apa yang ingin dia buat sebelum mati. Dia menambah elemen-elemen kegilaan dan keceriaan dalam 'Bucket List' Morgan Freeman seperti sky diving, membuat tatto dan lain-lain. Dia juga mengajak Freeman melakukannya.

Freeman mendapat tentangan daripada isterinya. Untuk orang yang akan mati, bersama yang tersayang adalah yang paling waras perlu dia lakukan. Jack Nicholson pula bujang dan tiada masalah dalam hal itu.

Freeman menerangkan, selama 45 tahun dia tiada kehidupan sendiri kerana menjadi ayah, mekanik dan suami. Di saat-saat akhir kehidupannya, dia ingin membuat sesuatu untuk dirinya sendiri.

Memang seronok cerita ini. Mungkin saya sudah bosan dengan letupan-letupan dalam filem barat yang sudah klise.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, dalam kita menjalani kehidupan kita lupa hidup ini singkat. Kita sering menunda membuat sesuatu kerana kita rasa kita sentiasa ada 'masa', sedangkan kita tidak tahu bila maut menjemput kita.

Kita juga sering berbuat sesuatu bukan untuk diri kita dan memendam apa yang kita inginkan demi menjaga hati dan kepentingan orang lain.

Dalam cerita ini, Jack Nicholson mempunyai seorang anak perempuan dan bergaduh dengannya hingga mereka tidak bertegur sapa. Berbeza dengan Freeman yang akhirnya boleh kembali ke keluarganya, dia tidak mempunyai sesiapa.

Freeman menasihati dia agar berbaik-baik semula dengan anaknya sebelum dia mati. Sebagai seorang yang berjaya dan ego, beliau menolak dan hampir bergaduh dengan Freeman. Sebelum Freeman mati, beliau menulis surat kepada Jack Nicholson bukan menasihat, tetapi sebagai kawan minta Nicholson kembali berbaik-baik dengan anaknya.

Itu yang akhirnya Jack Nicholson lakukan selepas mati rakan baiknya itu. Di akhir kehidupan, bukan kekayaan dan wang ringgit menjadi penting buat kita, tetapi kedamaian di hati.

"All happy family resemble one another, but each unhappy family, unhappy its own way." - Leo Tolstoys dalam Anna Kareninna