Followers

Friday, April 30, 2010

Dua Alam

Tersebutlah kisah perang zaman dulu antara binatang darat dan binatang udara. Binatang darat seperti gajah, harimau, unta, singa dan lain-lain yang melata. Binatang udara terdiri dari helang, phoenix, falcon dan segala yang berkepak.  Dalam satu masa, perang itu dimenangi oleh binatang darat. Dalam masa yang lain pula, dimenangi oleh binatang udara.

Ada pula seekor species ini yang terperangkap antara dua alam. Dia ada kepak dan boleh terbang tetapi dia mamalia. Dia tak bertelur. Dia juga berdarah panas. Binatang ini adalah kelawar.

Ketika era binatang darat menang, kelawar menemui singa iaitu ketua binatang darat. Dia mengaku dia adalah binatang darat kerana dia beranak dan darah panas. Dia bukan binatang udara. Singa menerima hujah kelawar maka dia diterima menjadi 'orang besar' binatang darat. Dia dapat banyak keistimewaan hingga hampir menjadi Perdana Menteri binatang darat. 

Setelah binatang darat tewas kepada parti binatang udara, kelawar yang merasakan dia ini 'survival', pergi menemui Helang, ketua binatang udara. Sebenarnya semasa dia dengan binatang darat pun, kelawar yang sudah nampak binatang darat akan kalah sudah mula memberi maklumat kepada binatang udara.

Kelawar kata dia spy kerana jauh disudut hati, dia sentiasa menyokong binatang udara kerana dia berkepak dan boleh terbang. Helang termakan kata-kata itu. Apabila binatang udara menang, kelawar mendapat tempat dalam orginiasasi binatang udara.

Kita merancang, Allah menentu. Sampai putaran roda takdir, binatang darat menang semula dalam perang berikutnya. Kelawar sudah menggelabah. Dia sudah tidak boleh diterima lagi oleh binatang darat dan dihukum penjara seumur hidup kerana 'high treason'. Sebab tu dalam cerita P.Ramlee tidak bagi temberang lebih dari 3 kali.

 Either/Or(Befriends Jews or Enemy?)


Sila baca cerita di atas dalam bahasa dunia nyata: America dan Yahudi, yang mana sangat intim dengan ANwar merasa tidak senang apabila Anwar terlalu mengutuk APCO. Mereka sudah mula melabelkan Anwar sebagai 'anti-semitic'. Jika benar kata Rock's Bru, kita sokong seperti pendirian Tun Mahahtir yang dari awal di cop 'budak jahat' oleh mereka. Baca sini.

Dan sinidan sini .

No comments: