Followers

Monday, April 26, 2010

El Amien, Stalingrad dan Hulu Selangor: The Great Turning Point?

Sudah comform BN kembali menawan Hulu Selangor. Saya harap BN jangan terlalu ghairah dan menjadi angkuh dengan kemenangan ini. Semua janji pilihanraya hendaklah dilaksanakan.

Pilihanraya Kecil kali ini berbeza dengan sebelum ini. Seperti yang pernah saya ulas,  walaupun bidak kecil sahaja Hulu Selangor ini tapi ianya penuh dengan simbolik dan permaknaan.

Ia bukan sekadar pilihanraya, tetapi semacam penerimaan rakyat terhadap pimpinan Dato' Sri Najib Tun Razak. Dulunya  Hulu Selangor merupakan kubu kuat BN, selepas pilihanraya 2008 ia jatuh ke tangan PKR, yang mana calonnya bekas orang kuat UMNO juga. Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad bekas Timbalan Menteri Besar Selangor. Ketika itu protes terhadap Pak Lah juga menyeluruh di seluruh negara.

kekalahan ini juga merupakan pukulan hebat kepada PKR. Jika mereka menang, de facto leader mereka, Brother Anwar boleh menguar-uarkan cerita bahawa PKR tidak menerima bahana dengan keluar berbondong-bondongnya pengikut mereka. Seperti El Amein dan Stalingrad dalam Perang Dunia Kedua, ianya merupakan 'great turning point' kepada kekalahan Hitler.

PKR dan PR sudah hilang momentum. Masalah dalaman mereka yang sebenarnya faktor besar membawa kepada kekalahan mereka. Renegade dari UMNO atau Barisan seperti Zaid Ibrahim dan Chua Jung Meng merupakan liablity kepada PKR dan bukan asset. Dan liabiltity pula yang dipertandingkan.

Sementara 'exodus' dari PKR walaupun tidak ke UMNO atau BN menjadi asset kepada BN. Dalam ucapan terakhirnya semalam, Anwar gagal membakar semangat pengundi dengan cuba membangkitkan isu Teoh Beng Hock, Kugan dan sebagainya.

Pengundi mahu lebih dari sekadar retorik dan politik kebencian seperti Hitler tidak mendapat tempat dizaman moden ini. Dan rakyat tidak fikir 'your dignity is their dignity.' Pokok pangkalnya, ekonomi baik atau tidak.

Mari kita dengar ceramah beliau untuk dijadikan renungan.






BN mengembeling tenaga PM, TPM dan ex PM. Tun Mahathir seperti Gandalf the White: "And I come back to you now - at the turn of the tide."
 
 Saya makin percaya this is the beginning of the end.

No comments: