Followers

Sunday, April 25, 2010

Hulu Selangor

Hari ini hari membuang undi. Tak seronok juga kalau tak memblog tentang apa yang berlaku. Subuh tadi dalam Harakah Daily sudah ada cerita pengundi hantu. Biasanya ini tanda-tanda PKR hilang keyakinan. Hantu akan muncul bila mereka rasa tergugat. Horror movie ni tidak kedengaran masa PRK yang mereka yakin menang.

Sayuti Omar dalam posting Kemenangan Boleh Bertukar Tangan membuat final analysis jika pengundi keluar lebih dari 80%, kemenangan boleh bertukar tangan ke BN. Klik sini

Ada ketidakyakinan dalam nada beliau, tajuknya sudah membayangkan.

Sehingga pukul 3 tadi, seramai 67% pengundi dilaporkan keluar. Keganasan juga ada dilaporkan.


"Di peti undi Ulu Bernam berlaku perbalahan dan tumbuk menumbuk antara penyokong PKR dan BN sampai berdarah mulut dan bengkak dahi. Kedua-dua Melayu. Penyokong BN dari Gombak."

Lagi laporan Sayuti Omar. Klik sini

Lim Kit Siang tak habis-habis minta SPRM tangkap Dato' Sri Najib kerana 'rasuah' pengundi sebanyak 3juta.


Banyak peristiwa yang mewarnai PRK Hulu Selangor. 30minit lagi undian akan ditutup. Saya masih merasakan BN akan menang. Keputusan rasmi akan diketahui malam ini. InsyaAllah saya akan update keputusannya.

No comments: