Followers

Wednesday, April 28, 2010

Mengapa Berlaku Lagi?

 Allahyarham Aminulrasyid Amzah

Pertama saya minta maaf terlebih dahulu kepada semua anggota PDRM yang tidak terlibat. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

PDRM sepatutnya menjadi perlindung, bukan 'gangster yang berlesen'. Maaf saya penyokong kerajaan, tetapi tidak kepada yang tidak betul. Ketika saya masih disekolah Ampang Boys, seorang pelajar senior saya juga telah ditembak oleh anggota polis. Kejadian berlaku pada tahun 1986, saya masih di tingkatan dua.

Sudah 24 tahun kejadian berlaku perkara itu mungkin sudah dilupakan. Saya tidak melupakannya. Tidak akan sama sekali. Kami yang masih kanak-kanak ketika itu memprotes dan berdemonstrasi tapi apa yang boleh kami lakukan. Kami kehilangan rakan. Ibubapanya kehilangan anak. Bayangkanlah.

Apabila berlaku kejadian hampir serupa kepada Allahyarham Aminulrasyid Hamzah ia membuat saya terkenang semula peristiwa itu. Baca disini

Kali ini PDRM tidak boleh mempunyai 'group feeling'. Siapa yang bersalah perlu dibawa ke muka pengadilan. Dan saya cukup tidak minat jiwa muda yang terkorban ini dipolitikkan. Lim Kit Siang dalam twitternya tidak habis-habis berpolitik. Jika kanak-kanak ini bangsa Cina, isu perkauman akan dimainkan.

Kata Syed Akbar Ali, Kugan di 'bawah jagaan' pegawai polis kaum India. Baca sini. Perempuan 'Cina' yang kena ketuk ketampi itu sebenarnya perempuan Melayu. Dan kes-kes seperti ini dimainkan isu perkauman. DAP tak habis-habis spin kekejaman kerajaan. Susahlah. PDRM tolong jangan menyusahkan kerajaan dalam polis  menjalankan tugas.

Al fatihah untuk Allahyarham Adik Aminulrasyid Azah, demi menghormati beliau, mana-mana parti jangan politikkan kematian kanak-kanak ini. Hukum saja mereka yang berkenaan.

5 comments:

Anonymous said...

tuan, jgn terus buat rumusan kes kwn u yg mati dgn budak ni yg mati.
perlaku sama polis kesudahan sama -iaitu-mati, mungkin ada perbedaan u tak bagitau kes kwn u mati-sbb ditembak /ada juga polis yg mati dibunuh tampa disengajakan
saya bukan peguam bela tapi budak yg mati ni bwa kerete tampa lesen , 2pagi, kita taktau cara mana pemanduannya bila dilihat ada polis ronda dibelakang,,ialah dah buat salah jadi munkin polis bila dilihat cara pemanduan budak ni munkin meragukan ,,,,,,,,,hingga terjadi tembakan (DIANTARA MERAGUKAN SEBELUM TEMBAKN DILEPASKAN ,,SUDUT INI KENE SIASAT)cerita dari pihak polis kita lasung belum dengar,,,resionalnya ada ke polis suka2nak tembak jika mangsa yg hendak ditembak sudah dikenal pasti. jgn kaitkn kes kwn u dgn budak ini,,,ini tidak sama

Anonymous said...

semua dok crita pasai polis yg salah...tapi ...budak 15 thn bawak kreta jam 2 pagi....

sri tribuana said...

Maaf jika saya menyinggung perasaan golongan tertentu. Mungkinlah budak2 ni nakal tetapi berbaloi ke kematian mereka? Kita minta siasat hal sebenarnya saja, jika yg terlibat menjalankan tugas dgn baik, dia akan terlepaslah. Benar, kita tidak ada ditempat kejadian dan tidak berhak mengadili.
Lagi sekali maaf dengan bahasa saya yg mungkin agak keras

Anonymous said...

Sri tribuana,

Apakah sudara tidak mengambilkira "causal relationship" - sebab akibat, sudah ketentuan. Biar pihak berkuasa selesai siasatan dulu,jangan cepat membuat rumusan dan mengaitkan kesah lalu. Tentu beza. Kesalah fahaman dan menyalahkan dielak dulu, tunggu hasil disiasat dulu!.

TQ

Unknown said...

saudaraku sri buana..,

Al-fatihah...
Memang wajar kes ini disiasat dgn terperinci. Banyak pihak yg mempolitikan isu ini. Sama2lah kita berdoa agar diberikan petunjuk olehNya tentang siapa benar atau salah...kredibiliti PDRM penting kpg negara ini.