Malaysia merupakan 'bangsa' baru. Kita muncul dalam peta dunia baru lebih kurang 50 tahun. Bagi sebuah bangsa, atau negara, 50 tahun sangat baru. Mungkin bagi manusia 50 tahun sudah berpengalaman, tetapi tidak bagi sebuah negara. Kita baru belajar bertatih. Rom juga tidak dibina dalam masa satu hari.
Tun Mahathir pernah berkata "Melayu mudah lupa." Sepanyol ditakluk oleh orang Islam selama 700 tahun, orang Sepanyol tidak pernah lupa. 700 tahun orang Islam menguasai Sepanyol tetapi bagi orang Sepanyol, mereka tetap bukan orang Sepanyol dan penjajah.
Bandingkan dengan orang Melayu. Generasi muda yang lahir selepas merdeka sudah lupa perjanjian tidak bertulis yang di buat oleh nenek moyang mereka. Bumi ini bumi Melayu. Tidak ada ragu-ragu lagi. Kita tidak menafikan hak kaum lain. Kita tidak rasis jika mengatakan kita tuan bumi ini.
Bumi Tanah Melayu sebelum kita bermurah hati berkongsi dengan orang luar(dalam bahasa Jepun - Gaijin). Dan gaijin lebih berterima kasih kepada British, bukan kepada kita yang berkorban ini. Kemudian kita namakannya Malaysia, buang imej Melayu untuk mewujudkan rasa selesa gaijin.
Selepas 50 tahun kita mengorbankan 'living space' jika menurut istilah Hitler kepada gaijin, maka kita sudah dipersoalkan ke'tuanan'nya. Tapi itulah peribadi bangsa Melayu. Pengalah.
Untuk mewujudkan lagi keselesaan gaijin, atau sekarang ini keturunannya, kita namakan bahasa rasmi kita Bahasa Malaysia. Mungkin gaijin dan keturunannya tidak rela bertutur bahasa Melayu, kita korbankan bahasa ibunda kita, bahasa peribumi.
Pada tahun 1969, berlaku peristiwa 13 Mei, pertumpahan darah antara kaum. Melayu dihina dan dinista di tanahair mereka. Tanah air bukan negara. Sebagai patriot saya tidak pedulikan negara. Saya anak kelahiran dari bangsa asal tanah air ini.
Kata-kata kesat seperti 'Melayu Sakai Balik Kampung', 'Melayu pergi mati' dan pekerja UMNO yang terbunuh dikebumikan secara senyap-senyap takut berlaku lebih lagi pertumpahan darah. Melayu mengalah dan mengalah hingga tidak boleh mengalah lalu mengamuk. Mengamuk bukan tindakkan berstrategi. Ia merugikan. Tapi itulah Melayu.
Maka wujudlah DEB. Tujuannya untuk menyusun semula masyarakat. Sasarannya memberi 30% agihan bumiputera dalam ekuiti yang tidak pernah tercapai pun. DEB, seperti mana-mana teori atau gagasan, adalah indah tetapi pelaksanaannya menjadikan sasaran tidak tepat. Di mana-mana berlaku penyelewangan. Dan pengambil kesempatan. Maka wujudlah 'patronage' dan 'rental'.
Hanya 50 tahun berlalu kita sebagai 'new nation', tapi Melayu sudah makin tidak berani menegakkan status quo mereka. Generasi muda Melayu sudah merasakan ketuanan Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kata-kata Almarhum Tunku seperti tertera di atas blog ini sebagai 'benda lama'. Kononnya sekarang ini zaman moden. Kononnya benda sudah berubah.
Bagaimana moden pun dunia ini, orang masih berperang tentang siapa pemilik 'pokok zaitun' ini berdasarkan tanah siapa seperti di Palestin, walaupun Jepun berfikir tentang strategic alliance dengan Amerika untuk menghasilkan kereta high end seperti Lexus( Baca 'Lexus and Olive Tree').
Cuba persoalkan 'olive tree' Jepun dibumi Jepun, sekelip mata sahaja businessman Jepun yang liberal akan menjadi patriotik yang fanatik.
Kaum muda gaijin, dan kaum muda kita sudah lupa adanya sosial kontrak antara nenek moyang kita. Baru 50 tahun identiti Melayu sudah terhakis oleh poli-tikus kita juga yang ghairah sangat hendak menyenangkan hati orang luar atau gaijin. Ini pun sifat orang Melayu juga yang selalu dipuji oleh bangsa lain. "Melayu bangsa paling toleran'. Dan kita bangga.
Perpatah Melayu berkata: "Orang bodoh mangsa orang cerdik, orang lemah makanan orang kuat." Bagi semua. Biasiswa. Kekayaan. Harga diri. Lesen kelas F pun kita buka kepada bukan bumiputera. Semua perlindungan kita hapuskan.
Bagi mereka puashati walaupun 'anak kecil bermain api, terbakar hatinya yang sepi' menggaruk-garuk di dada orang Melayu.
Hanya 50 tahun sahaja jasa kita dikenang kerana bermurah hati memberi kerakyatan kepada gaijin. 50 tahun sangat singkat dalam sejarah umat manusia.
50 tahun. Melayu mudah lupa.
9 comments:
Salam Shahrir,
Apa kena ni melalak dan mengungkit kesah lama ,dah jadi sejarah, jangan kenang dan ingat sentiasa nanti duka lara.Fikir aje kedepan.Contoh nya Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka sudah berlalu. Raja pun hilang, sekarang ada Governor, itu pun import dari negeri Shahrir.
2. Usah lah menimbulkan isu berbau rasis, tak ada guna nya. Semua nya rakyat dan warganegara Malaysia. Hidup lah seperti aur dengan tebing jangan jadi pokok dengan dedalu. Lihat saja zaman empayar Mallacca, siapa jadi Bendahara, siapa seri maharaja kan ianya keturunan Kalingga (India), siapa Khoja Hassan - kan orang Arab. Siapa Tun Fatimah kan anak mami keturunan mamak, makna asal dari india. Paremeswara itu sendiri Jawa keturunan india?. Siapa Hang Tuah, rasa nya keturunan China?- cerdik segala macam.
3. Zaman modern sama juga. Siapa pembekal. Siapa berwang, Siapa minta bantuan siapa. Itu Hakikatnya. Sebab itu DSNTR wujudkan 1Malaysia, asaskan perpaduan. Jangan kira bangsa lah Shahrir, yang pentin berkerjasama dan bermuafakat. Kalau selalu ungkit, kaum lain pun ungkit juga.
Sharir Sendiri cakap UMNO jadi UNO, sendiri mahu tau lah.
Maaf dari Bentayan.
Sudah saya katakan Melayu mudah lupa dan lemah.
Sri Tribuana,
Fikirkan: Dalam kontek Malaysia;
1. Ekonomi - kuasa nya wang, siapa berwang dan kaya raya? - rakyat Malaysia juga.
2. Politik - kuasa nya Parti yang menang dan menguasai persekutuan. Siapa parti nya - BN/UMNO
3. Teknologi - kuasa nya Pengilang, siapa dia nya?
4. Pelobi - kuasa nya mempenggarohi dan ugutan, siapa dia nya.
5. Pengidap sakit sosial - siapa dia nya johan?.
6, Pendidikan - Siapa dia nya menguasai? - perempuan.
7. Bahasa Antarabangsa (English) - Siapa yang menguasai nya? Bandar kah?, Kg Kah atau ulu kah.
Kalau nak senarai banyak lagi dan lagi. Sri tribuana fikir lah sendiri.
Kesimpulan nya : kita saling perlu memerlukan, Kita tidak sempurna dan tidak kuat bersendirian. Apa itu lupa dan apa itu lemah. itu semua dalam minda.Dunia tanpa sempadan dan globalisasi. Kan kita diajar bertawakkal dan berserah kepada Allah.
Fikir......fikir untuk keamanan dan kepaduan. 1Malaysia.
shaharir,
Orang-orang yang bercakap dalam bahasa melayu, beragama islam dan mengamalkan cara hidup melayu itu dikatakan bangsa melayu. Mekayulah... Sama juga jika seseorang mengucap kalimah syahadah dan mengamalkan rukun Islam, maka Islamlah dia. Tapi dia tidak membawa makna perjuangan.Perjuangan adalah idea, satu bentuk pemikiran, satu kepercayaan, yang tidak boleh dikomporomikan kerana ia adalah suatu kebenaran. Seseorang yang memegang prinsip kebenaran dgn penuh yakin dan percaya ia sanggup mati mempertahankannya. Sebarang bentuk perubahan yg diacuakan oleh persekitaran tidak dpt mengubah keyakinan itu.
Orang orang yg boleh berubah kerana persekitaran dan peredaran masa ini adalah org yg tewas dan lemah. Saudara shahrir, terus kan lah idealisme perjuangan saudara dan jangan mudah tergusur bersama kelemahan yg lain.
Terima kasih saudara Anon dan Bentayan. terima kasih juga Dato' Azizan.
Benar kita saling memerlu. Tidak dpt dinafikan. Sebagai Melayu, saya tidak minat nk memikiran kebajikan kaum lain kerana bangsa saya masih melarat, masih memerlukan biasiswa, masih memerlukan affirmative action. Kaum lain menguasai ekonomi boleh berniaga arak dan judi dan hiburan seperti karaoke, Melayu kebanyakkannya kelas F jer. Jika ini hendak di liberalisasikan, jika ekonomi melayu merempat, kuasa politik tiada ertinya.
biar saya jadi seperti Wiranggaling, tokoh perjuang dari Tuban dalam novel Arus Balik karya Pramoedya Ananta Toer. Katanya: "akan ku berikan segalanya untuk Tuban, walau tidak apa senjata sekalipun untuk mempertahankannya, walau hanya dengan secauk pasir sekalipun, akan kupertahankan Tuban."
"If no one respond to your call, walk alone, walk alone."
-Rabindranath Tagore
Sri tribuana,
Nak tanya ?, Sri tribuana ini saudara Demang Lebar Daun Ke ?, atau tuan punya kilang Sri Buana itu ke?.
Dimana dikata kan Melayu Ketinggalan. Fakta:
i. Penuntut MELAYU dan Bumiputra IPTA yang dapat CGPA 3.5 keatas (berasaskan lulusan Matrikulasi) dan dalam bidang terutama nya perakaunan, kejuruteraan, perubatan, farmasi , pergigian dan bidang sains dan teknologi semua nya dapat Biasiswa kerajaan Persekutuan. Tak percaya semak. Ini Kejayaan Konsep 1Malaysia -DSNTR. Makna Melayu tidak dinafikan hak nya seperti dalam pelembagaaan.
ii. Di kutip dari posting SAKMONGKOL AK 47 - Ramai penyukong semasa TPM mengumunkan nama calon BN/MIC di PRK HS datang dengan kereta mewah MERCs, BMW, Ferarrri, Lexus-Harrier - ini bermakna Melayu telah mampu dan berwang. Tenggok Wakil Rakyat mana ada pakai kancil?. Ini makna Melayu telah kuat darisegi ekonomi.
iii. Senarai Kontraktor Melayu kelas B keatas dapat projek kerajaan persekutuan banyak. semak website. Yang kelas F tak mahu naik kelas , nak buat macam mana?, mungkin ada sebab sendiri. Mkna kepentingan melayu dalam bidang ekonomo tidak dipinggirkan.
iv. Cuba Fikirkan pemimpin Besar Negara (BN/UMNO)seperti PM,TPM adalah mewakili rakyat. Jadi kepentingan ,keadilan dan keperluan tanpa mengira kaum difikir dan diber perhatian mereka. Adakah ini tak diterjemahkan oleh pemimpin BN/UMNO diperingkat bawahan. Nama Sri tri buana ini macam pemimpin UMNO cawangan atau bahagian saja.
vii. Yang buat taik, melayu juga seperti melaluk,buang anak, cerai berai, PHD. Ini boleh dikatakan saban hari keluar dalam akhbar. INi patut di fikirkan oleh pemikir seperti tuan. Apa jalan penyelesaian? atau Affirmative Action nya?. Adakah meritokrasi dan penghapusan subsidi jalan nya?.
Entah lah Sri tribuana- itu kemajuan,dan dunia rentas sempadan dan Era ICT.
TK
PM akui, seramai 80% rakyat Malaysia dalam human kapital adalah hanya berkelulusan SPM. Sebahagian besarnya pula adalah orang Melayu. Memang bukan salah kaum lain pun dan Melayu yg perlu disalahkan. Jika saudara datang dari luar bandar, tidak ramai yang mampu memiliki kereta, jangan kereta mewah. Sebab itu Tun Musa Hitam pernah berkata, politik UMNO adalah politik kampung, hanya org kampung yg banyak menyokong UMNO dan kebanyakkan mereka org Melayu. melayu yg daif, yg masih memerlukan bantuan.
makin bandar sesuatu constituency itu, semakin liberallah melayunya dan semakin kurang mereka menyokong UMNO. Jika DEB gagal mencapai 30%, jelas walaupun dikampus2 ramai pakai ferarri dan sebagainya, jurang to have n have not antara Melayu kaya dan miskin juga sangat jauh. Betul mereka Melayu kaya ada tapi yang susah lagi ramai. Siapa yang perlu bela yg susah? Saya tak rasa Melayu pakai Ferrari ada masa nk fikir psl org Hulu Tembeling, dan banyak lagi daerah pendalaman.
Tidak mengapa. Untuk adil kita bagilah mereka semuanya. Kata Roussoe, equality of unequal is inequality.
Kaum yg tuan perjuangkan itu kebanyakkannya sudah kaya raya. Jika ada yg susah dibawah DEB dibela juga dgn membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Tak apalah demi kaum lain, kita bagi kan semuanya jika ramai melayu berfikir itu wajar, saya hanya minoriti agaknya
Sri Tribuana,
Saya bersetuju dengan posting dan ulasan saudara itu. Tapi secara jujur dari sudut jantung saya ( setelah saya layari blog Ustaz Dr.MAZA- Heart=jantung=Qalbu) saya seronok berinteraksi dalam blog saudara, kerana ada kebijakan dalam mengupas isu, fikiran saudara itu saya gali dan terobosi untuk mencari kejituan dan kebenaran. Itu amat saya hargai, saya sentiasa ternanti tajuk baru posting saudara untuk saya mempelajari dan menambah ilmu. Dari cara kupasan dan ambilan dari penulis terkenal dan dari filsauf terkemuka membuka minda.
Posting tuan amat berbeza dari pemblog sewaktu mungkin setempat denga saudara.
Untuk berfikir diluar kotak, minda perlu diterobosi.
TK
Terima kasih saudara. Saya alu-alukan pandangan dari berbagai pihak. Seperti pernah saya tulis, saya menulis untuk belajar dan bukan mengajar.
Post a Comment