Followers

Wednesday, April 21, 2010

Bermulanya Pengakhiran atau Berakhirnya Permulaan?

Sir Winston Spencer Churchill, Singa Terakhir British, negarawan dan ahli politik, war leader ketika Perang Dunia kedua pernah berucap: "Now this is not the end. It is not even the beginning of the end. But it is, perhaps, the end  of the beginning."

Sementara nasib Hulu Selangor akan ditentukan pada 25 April 2010, Hulu Selangor hanya satu medan tempur sahaja(battle). Menang battle tidak bermakna menang perang(war). Kempen menyerang peribadi sudah bermula seawal kempen. Selalunya, menyerang peribadi merupakan strategi pembangkang.

Kali ini di Hulu Selangor, Zahid sebagai calon PKR berada dalam keadaan defensif. Mungkin ini kerana dia datang dari UMNO dan sebagai 'devil we know' amat mudah mengetahui kelemahannya. Namun serangan peribadi itu tidak datang dari pemimpin UMNO, kebanyakkannya dari blogger pro kerajaan dan 'budak jahat' BN.

PAS sangat marah dan menyerang balas. Kononnya PAS sangat marah menyerang peribadi calon walhal selama ini, PAS merupakan juara menyerang peribadi musuh-musuhnya. Maka pembesar PAS, Mustafa Ali mengeluarkan cerita semua PM kecuali Pak Lah minum arak. Baguslah para 'ulama', rendahkanlah martabat kamu turun bersama-sama budak 'jahat' main taik mengaibkan saudara kamu, termasuk yang sudah meninggal dunia. Ulama atau tidak, politik is politik.

Ketua Pembangkang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Ini merupakan cita-cita sejak kecilnya. Bagi Brother Anwar bin Ibrahim, menjadi PM merupakan haknya. Semua pertubuhan dan individu, termasuk Tun Mahathir merupakan alatnya sahaja. Alat untuk menjadi PM.

Sepanjang kariernya, beliau menggunakan ABIM, UMNO, HINDRAF, PKR, USA, IMF dan individu-individu yang berkuasa tidak kira Melayu, Cina, India ataupun Yahudi untuk mencapai cita-citanya.  Beliau akan gunakan apa sahaja; isu 'Allah', isu yahudi, isu Melayu ketika dalam UMNO ketuanan, ketika dalam PKR, liberal untuk mencapai kuasa. Beliau benar-benar 'a man has many faces.'

PKR yang menang besar dalam Pakatan Rakyat hampir merealisasikan cita-citanya. Dengan PAS beliau perjuang Islam dan dengan DAP beliau bapa liberal Malaysia. Hampir sahaja beliau berjaya mengugat kerajaan BN dalam Pilihanraya Umum 2008, pada 2010 maka berbondong-bondonglah pengikutnya pula keluar parti.

Baca di sini:  http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2010/04/demons-who-have-left-anwar-ibrahim.html. Jebat Must Die senaraikan 'who's who' yang sudah meninggalkan Anwar. Baca :http://jebatmustdie.wordpress.com/2010/04/21/mereka-yang-telah-meninggalkan-anwar-ibrahim/

Apabila keluar seorang pengikut, Tian Chua kata keluar seorang hipokrit. Keluar lagi seorang, Tian Chua akan kata keluar lagi seorang opportunist. Keluar lagi, Tian Chua akan kata dah keluar seorang pengecut. Akhirnya pejuang tulen PKR hanya tinggal Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Tian Chua.

Jadi saya tidak tahu dengan ramainya orang meninggalkan Anwar ini merupakan 'beginning of the end' atau 'end of the beginning'; tapi yang pasti lakonan Anwar yang mempunyai banyak persona sudah diketahui oleh orang-orang yang rapat dengannya.

"You can cheat someone everytime, you can cheat everyone sometime, but you cannot cheat everyone, everytime." Kata Lincon.

Mari kita tengok ulasan Tun Mahathir, antara tokoh yang pernah groom Anwar dulu yang akhirnya dapat tahu juga tembelang Anwar.



'Sooner or later, a man who wear many faces, forget which one is real'.

No comments: