Dalam filem Judge Dredd, Stallone akan mengungkap kata-kata famousnya : "I am the law!".
Apabila Matthias Chang, bekas Setiausaha Politik kepada Tun Mahathir gagal - atau enggan - membayar denda sebanyak RM 20,000 beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 30 hari kerana menghina mahkamah. Dalam dunia blogosphere yang pro Tun Mahathir seperti Big Dot Com dan Tun sendiri mengulas isu ini.
Contempt of court memberi peruntukkan kepada hakim menjatuhkan hukuman yang difikirkan perlu olehnya untuk menegakkan undang-undang dan 'restore order.' Persoalan klasik akan timbul, siapa sebenarnya pembuat undang-undang?
Montesque memisahkan tiga cabang kerajaan supaya kuasa tidak dipusatkan ke mana-mana cabang. Cabang berkenaan adalah kuasa eksekutif yang diterajui oleh Perdana Menteri(atau Presiden), kehakiman(judiciary) dan legislatif(Parlimen). Secara teori ketiga-tiga ini tidak boleh menguasai satu sama lain dan mempunyai kekuatan sendiri.
Legislatif merupakan badan yang menggubal undang-undang. Kehakiman akan 'interprete' undang-undang berkenaan dan menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukkan. Hakim sebenarnya diberi kuasa dan budibicara untuk menjatuhkan hukuman berdasarkan banyak hal - bukan hanya statue - seperti keputusan common law, equity, deciding cases dan perlembagaan.
Saya selalunya menentang mana-mana undang-undang yang tidak praktikal dan abusive. Dalam soal comtempt of court, memang kadang-kadang reasonable keputusan hakim tetapi adakalanya hakim akan menjadi abusive dengan kuasa yang diberikan kepadanya.
Dalam blog Big Dot Com, penulis minta campurtangan Ketua Hakim sendiri untuk menyiasat kedudukan perkara berkenaan. Mungkin ada berlaku 'ketidakadilan' dalam hal ini. Mungkin juga tidak. Jika Mathias Chang bukan Setpol kepada Tun Mahathir, adakah tekanan seperti ini akan berlaku? Jika Matthias Chang hanya persona nan grata.
Jika Ketua Hakim Negara terpaksa layan semua tekanan dari orang politik, penulis blog, bahkan dari negarawan, di mana kesucian kehakiman negara ini? Saya berpendapat, biarkan kehakiman menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa campurtangan orang luar.
Saya bersimpati dengan Mathias Chang jika benar dalam kes beliau berlaku hal 'personal' tetapi saya tetap berpendapat, kehakiman mempunyai 'realm'nya sendiri.
Hakim, dengan caranya sendiri, merupakan pembuat undang-undang juga.
No comments:
Post a Comment