Followers

Saturday, April 3, 2010

Draconian Law

Maaf saya tidak dapat menterjemahkan term di atas ke dalam bahasa Melayu, saya kekalkan ia dalam bahasa Inggeris.

Ramai yang bercakap tentang ISA jika kita merujuk kepada undang-undang yang dituduh mencabuli hak asasi dan kebebasan bersuara. ISA bertujuan untuk memerangi unsur-unsur subversif. Tanpa melalui proses mahkamah yang panjang, ia memberi kuasa kepada menteri untuk bertindak secara pre-emptive untuk menghalang merebak unsur subversif demi kepentingan masyarakat awam.

Barat yang menuduh kita sebagai tidak demokratik, liberal dan despot akhirnya juga mewujudkan ISA versi masing-masing apabila serangan pengganas gagal dibendung dengan cara biasa. Ia memerlukan budi bicara Menteri dan seringkali dituduh menyalahgunakan kuasa atas nama 'keselamatan negara'. Bagi saya, undang-undang ini masih tidak cukup kejam.

Banyak sebenarnya draconian law tanpa kita sedari yang menafikan hak bersuara, malah kadang-kadang berfikir. Seorang rakan menceritakan beliau ke surau untuk bersolat jemaah dan di sana terdapat seorang 'ulama' dari JAKIM yang mengadakan ceramah. Ceramah beliau adalah menghentam golongan wahhabi.

Sebenarnya, saya tidak berminat membincangkan keremeh temehan perbezaan pendapat dalam Islam ini, apa yang menarik perhatian saya, penceramah mengugut, atas kuasa yang ada padanya akan menangkap sesiapa yang berhujah lari dari prinsip 'ahli sunnah wal jamaah.'

Lagi sekali saya tegaskan, saya tidak berminat dengan hujah yang memecahbelahkan ummah yang sering dilakukan oleh sesetengah 'ulama' yang keliru. Apa yang menarik perhatian saya, mengapa kita tidak boleh berlainan pendapat jika tidak melibatkan akidah yang salah?

Bahkan jika akidahnya salah pun, mengapa tidak berhujah secara ilmiah dan dengan ilmu serta mantik supaya Islam di hormati, Ini penyakit seperti kata penulis Outsyed The Box sebagai 'berselindung disebalik kepompong agama.'

Lebih merbahaya jika mereka orang yang memegang kuasa dan boleh menangkap orang yang tidak sependapat dengan mereka. Undang-undang yang membenarkan mereka menangkap ini merupakan draconian law.

 Lagi sekali saya berpendapat, cara ini seperti cara gereja yang mana bishop, cardinal dan pope menjadi terlalu berkuasa dalam urusan antara Allah dan hambaNya. Ini menyebabkan masyarakat Barat memulaukan gereja dan 'ulama' Kristian(saya mungkin boleh ditangkap kerana menggunakan perkataan 'ulama' di sini).

Barat menjadi mundur zaman medieval kerana kekuasan gereja yang mencengkam dan menghapuskan sama sekali kebolehan berfikir masyarakatnya. Masyarakat mereka menwujudkan secularisme kerana mereka menjadi maju dengan mengikut pemikiran rasioanal dan menjadi kristian dengan mengikut dogma. Ini bukan ajaran Islam.

 Dalam surah Al-Zumar, ayat 18 Allah berfirman:

"Mereka yang mendengar semua pendapat dan akan memilih yang terbaik. Ini golongan yang diberi pedoman oleh Allah. Ini golongan yang mempunyai kebijaksanaan."

Banyak juga kes yang kita dengar isteri yang tidak dapat hak penceraian walaupun jelas suami tidak menanggung nafkah kerana hendak mengurangkan statistik penceraian antara orang Islam. Menafikan hak seorang wanita untuk bahagia yang mana ada jalan keluar yang disediakan oleh Allah juga merupakan Draconian Law.

Kita kena akui bahawa zaman sekarang orang banyak mementingkan hak individu. Kita tiak boleh terus-terusan menggunakan draconian law dalam mengajak manusia 'amal makruf nahi mungkar'. Lama-kelamaan, jika penguasa agama terus-terusan menggunakan draconian law ini untuk menegakkan kebenaran mereka, bukan dengan cara ilmiah dan mantik, mereka akan terpinggir sama sekali.

1 comment:

Tok Ngah said...

Sedihnya org Islam terpaksa berlindung dengan ISA. Jakim dan Ulama kena lihat semula setelah setengah abad merdeka adakah aqidah orang melayu ni dah merdeka?????