Followers

Thursday, April 29, 2010

Omission

Saya ingin tulis omission dalam bahasa Melayu 'kelalaian' sebagai tajuk entree ini, tetapi boleh bermakna 'negligence' dan 'careless' walhal omission sudah lengkap maknanya.

Jika kita buat salah, ianya adalah kesilapan, atau mistake. Boleh juga dalam bahasa Melayu kita panggil kelalaian. Kelalaian adalah kesalahan yang tidak sengaja, atau cuai. 'Buat' menjadikan ianya salah. Omission pula 'tidak buat' menjadikan ianya salah, atau punca kelalaian.

Omission yang saya ingin tulis di sini besar akibatnya. Besar hingga menyebabkan negara dianggarkan rugi sebanyak RM 320billion. Dan omission ini datangnya dari Perdana Menteri, atau bekas Perdana Menteri yang suka tidur. Tak salah tekaan saudara, Tun Abdullah Badawi.

Dalam beliau merundingkan Limbang dengan Sultan Brunei untuk kembali ke Sarawak, beliau 'omit' untuk membincangkan Block L dan Block M yang berada di offshore Laut China Selatan. Sebelum ini, kedua-dua block itu di'claim' oleh Malaysia berdasarkan fakta sejarah, menurut Tun Mahathir dalam blognya.

Sikap 'tak apa' ini merugikan Malaysia sebanyak RM 100 Billion dari seorang PM yang ghairah menubuhkan Suruhanjaya menyiasat kes Linggam dari menjadi lebih cekap menangani isu antarabangsa seperti ini. Untuk membaca lebih lanjut, klik sini.

Ulasan lain, Rocky's Bru: sini. Big Dot Com: sini.

Selamat membaca.

1 comment:

Jalak Lenteng said...

memang pak lalai...tapi salah besar sekali ialah pak lah dengar dari penasihat yg jadikan dia lalai dan silap.

DS Najib kena kerja kuat hasil banyak kelalaian pak lah, terutama sekali mengembalikan kepercayaan rakyat kpd Umno-BN.