Followers

Tuesday, April 27, 2010

Perkongsian Kuasa: MCA terhimpit.

Mengapa MCA sudah hilang gripnya? Mengapa masyarakat Cina menolak MCA? Menolak MCA bererti menolak perkongsian kuasa. MCA sendiri terhimpit kerana majoriti senyap Cina, atau undi atas pagar atau masyarakat Cina keseluruhannya menganggap mereka sebagai lembik dan pak turut kepada UMNO.

Dalam PRK baru-baru ini, BN hanya mendapat 20% saja undi kaum Cina, walaupun kerajaan Dato Sri Najib telah me'manja'kan mereka dan meliberalisasikan berbagai perkara. Dan Lim Kit Siang menyampaikan 'amanat'nya kepada Chua Soi Lek untuk menjadi 'vocal' lagi mula dari sekarang. Maksudnya 'lebih tekanan perlu dikenakan kepada PM'.(Baca sini).

Orang Melayu, dan orang politik Melayu khasnya, kena bijak untuk dechiper code mereka. Mereka kaum dominan dan licik. Jika pemimpin Melayu masih ingin membuang masa dengan 'menyusu kera di hutan' terpulanglah. Sudah sampai masa pemimpin Melayu perlu kembali ke 'sarang'. Seperti kata bapa Dato' Sri Najib, "Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira."

Jika bapa borek mengapa anaknya tidak rintik?

Seperti yang saya pernah tulis, kurang dari seratus tahun, iaitu 50tahun sahaja, hormat orang 'baru'(jika tak nak nampak perkauman sangat) kepada orang 'lama' Malaysia sudah tiada. Mula-mula jadi warganegara, bapa-bapa mereka faham kedudukan mereka. Perkongsian kuasa merupakan sudah 'syurga' bagi mereka. 50 tahun kemudiannya, generasi mereka yang lahir dengan penuh dominan, kaya dan konfiden merasa tidak perlu berkongsi kuasa. Berkongsi kuasa untuk kaum lemah. Mereka anak keturunan 'centre of universe'.

Melayu yang lemah, berpecah, kebanyakkannya miskin dan tidak berpelajaran tidak layak memimpin bangsa yang berperadapan. Berkongsi kuasa hanya waiting game. Waiting game untuk orang Melayu menjadi lebih lemah, lebih berpecah hingga mereka mampu menguasai segalanya.

Saya bersimpati dengan MCA sebagai rakan BN. Ada antara mereka masih mahu mengekalkan perkongsian kuasa ini tetapi mereka sudah tidak diterima oleh masyarakat Cina. Sama ada kaum Cina akan swing vote kepada PR yang nampak lebih favour kepada mereka, atau MCA kena menjadi seperti DAP, chauvanis dan vocal dan minta semua. Winner take all.

Hanya winner take all merupakan weltanschauung kaum Cina. Saya harap PM sudah faham message mereka.

Hidup Melayu!

Update: Big Dot Com menulis dalam hal yang hampir sama. Klik sini Chua Soi Lek menyalahkan Perkasa. Perkasa NGO dan bukan UMNO atau pertubuhan politik. Perkasa minta Melayu undi Kamalathan walhal Zaid melayu. Perkasa berjaya mengawal undi Cina untuk kepentingan Melayu keseluruhannya. MCA sepatutnya meraih undi Cina. Masalahnya kaum Cina sudah merasa cita-cita menguasai Malaysia lebih mudah dengan PR dari UMNO atau BN. Itu trend mereka sekarang.

7 comments:

Unknown said...

Saudaraku sri buana,

Sebenarnya aku yakin DS Najib ada kebijaksanaan dlm menangani masalah parti komponen demi perpaduan kaum di M'sia.
Cuma Anwar..jgn terlalu membakar perasaan org melayu..!

Anonymous said...

Sudah masuk bang.N9 TAHAN

sri tribuana said...

Seseorang manusia, walau besar manapun kuasa dan pangkatnya tidak boleh mengubah sesuatu gelombang yang sudah bermula. Bismarck, pakar politik berkata, "we cannot make wave, we only can ride it."
Saya tidak bakar semangat orang Mealyu, saya cuma merasakan new wave atau trend gelombang baru generasi CIna sekarang. Mereka taksub kpd DAP dan menganggap MCA tidak relevan lagi. Ini wave yang benar-benar berlaku sekarang dlm trend mengundi kaum CIna. Dan mereka mengundi 'collectively'.
Jika tumpuan terlalu diberi kpd mereka yang dh hitam, saya bimbang org Melayu yg merasa terabai akn kecik hati. Di Hulu Selangor undi Melayu memihak kpd BN. Mereka masih beri peluang kpd pimpinan DSN yang baru, mcm mana jika mereka fed up dan secara collective juga menolak DSN seperti berlaku kpd Pak Lah?
Dalam perbualan saya dengan beberapa kwn2 Cina saya, mmg ada keyakinan dlm diri mereka untuk memerintah sekarang ini. Menjadi Pak Turut UMNO spt MCA bukan cara mereka berfikir lagi.
Yang dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran.

Anonymous said...

Saudara Sri Tribuana,

Telah banyak dan bertahun-tahun serta berkali-kali perkara dan isu ini diperkata secara terang dan gelap oleh berbagai pihak termasuk pemblogger seperti saudara. Syabas kerana tak jemu untuk mengingatkan dan memberi kesedaran. Namun kesedaran nya masih belum jelas. Apakah sebab nya?.

2. Isu ini kita sendiri penyebabnya. Kita mengaku dan hidup sebagai Melayu dan beragama Islam tapi berperangai seperti ketam yang penuh dengan penyakit PHD. Macam mana nak setanding dengan kaum lain. Lihat kedalam diri lebih Lihat keluar.Jadi mereka akan gunakan sepenoh kelemahan itu untuk kepentingan mereka. Seperti kata Pemblog MelayuRaya " Realis Ikan Idealis Biawak" itu ada ketepatan nya.

TQ Bentayan.

Anonymous said...

Apa nak Dikatakan:

* Alpha Brain Wave dah rosak dan bercalaru.

* Keyakinan Diri Tahap 2, tak melepasi kecekapan.

* Dreamboard dan Dashboard kehidupan tak berpenghujung.

* Negative Thinking.

* Mudah dan Senang jadi cara mencapai matlamat.

ITU LAH DIA .

melayurayadaily said...

stb terus berjuang biar tinggal seorang. Ingat, air menitik diatas gua batu lama-lama gua itu jadi sungai. Berjuang menyedarkan bangsa melayu memang sukar jika tidak tak kan lepas 1511 tahun 1957baru merdeka. Bukan kah hampir setengah abad? ini kan pula blog saudara baru 2 tahun jagung manalah nak orang melayu nak sedar ada tak menatang Allah ni.

sri tribuana said...

Pembetulan, baru setahun melayurayadaily, belum dua tahun lagi. Terimakasih atas sokongan.
"akulah penyair yang turun dari gunung". Sekadar mendengar denyut nadi bangsaku, dan meluahkan apa yg termampu, selebihnya Allah Maha Kuasa