Maya dalam bahasa Sanskrit bermakna 'veil' atau hijab. Arthur Schopenhauer banyak merujuk kepada Upinashad, sebuah kitab Hindu yang percaya dunia ini merupakan alam maya, atau mayapada. Ada alam lain yang sebenar dan lebih nyata.
Sementara Fredrick Nietzsche pernah berkata "Visible world is not a real world." Kant mengatakan dunia ini hanya phenomena, yang sebenar hanya 'thing-in-itself.'. Sebagai muslim saya percaya kepada Hari Akhirat, syurga dan neraka dan alam ghaib. Dalam dunia metafizik, bahkan pemikir atheist seperti Nietzsce juga percaya dunia ini hanya 'maya.'
Kemudiannya manusia mencipta 'virtual reality' mereka sendiri. Tidak cukup dengan realiti yang sebenarnya maya, manusia mencipta alam maya dalam 'mayapada' ini.
Saya agak lucu memerhatikan gelagat sesetengah orang dalam masyarakat yang tenggelam dalam alam maya seperti facebook, myspace, twitter, friendster dan blog. Dalam dunia ini kita mencipta alter ego kita. Jika kita gagal atau loser dalam dunia realiti, kita mungkin hero atau disanjung dalam dunia maya.
Kita mungkin seorang jobless, businessman yang gagal, student yang pemalas, conmen dalam dunia realiti, tetapi alter ego kita dalam bentuk facebook, blog dan sebagainya, kita seorang yang gagah, hebat dan digeruni.
Dan makin ramai yang tenggelam dalam alam maya ini, hingga melupakan dunia realiti. Seorang rakan menceritakan kepada saya, di China sepasang suami isteri ditangkap kerana mengabaikan anak mereka hingga anak mereka mati kelaparan kerana ibubapa asyik dengan facebook!
Sekarang pegawai kerajaan digalakkan untuk mempunyai akaun facebook, kerana jalinan sosial itu sangat berpengaruh. Dikatakan penggunanya di Malaysia ini seramai 6.5 juta dan 350 juta pengguna dunia. Dalam empat tahun lepas, saya tidak nampak adanya menteri, wakil rakyat dan ahli politik tetapi sekarang boleh katakan semua ahli politik berada dalam facebook.
Hebat sungguh alam maya ini. Seperti kata watak dalam American Pie, "God bless the internet".
Selamat datang ke dunia maya di dalam dunia maya juga. Dan seperti kata Morpheus dalam Matrix: "Have you ever feel u are sleep and have a dream but unable to wake? Or how if you actually still in your dream but you think you are awake?"
Dan akhirnya : What is the Matrix?
4 comments:
Some people fall in love here, some break up their relationship here. Some people make money and yet a lot other lost theirs. Point is the "place is the place" they are to be occupied. How? The MATRIX is everywhere.
Salam Sharir,
Apakah 'maya' itu adalah persepsi, tidak berjejak dialam nyata Vs kenyataan atau realiti.
Kehidupan pada hari ini di dominan oleh persepsi diakali oleh kemayaan. Lihat saja dalam blog, pemblog nya menulis tanpa fakta dan membohong, berunsur fitnah.
Posting SriTriBuana memberi pengetahuan dan membuka minda. Itu lah sifat pemikir.
Bagaimana tulis lah mengenai KUASA dan hubungkait nya dengan politik nasional dan politik tempatan. Bagaimana boleh.
TQ . BENTAYAN
Heheh, sound so complicated - so - back to point zero!
Yes Tok nGAH, even we hv so called internet but you hv to attend the kursus in person in middle of nowhere, land of the kapitalist. Terima kasih saudara Bentayan, saya akan tulis nmengenai kuasa nanti. Saudara Braveheart, u remain my idol.
Post a Comment