Baru-baru ini kerajaan bercadang untuk mewujudkan panel Inter Faith Religion. Dr Koh Tsu Koon merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap penubuhan ini. Hajah Illani orang yang diberi kuasa penyelaras khas penubuhan panel ini.
Meminjam kata-kata Syed Akhbar Ali: "religion, religion, religion, boringlah".
Di India, sebuah negara 'land of extreme' yang mana mempunyai berbagai kepercayaan,agama dan pegangan seperti Buddha(sebenarnya berasal dari India), Hindu, Islam dan Sikh telah cuba disatukan oleh seorang Maharaja Dinasti Mogul, Akhbar Khan. Setiap penganut agama masing-masing fanatik dengan agamanya dan tidak boleh menerima agama lain.
Untuk menyelesaikan masalah ini, Akhbar Khan membuat agama baru yang dipanggil Deen Illahi(Agama Tuhan). Jadi Deen Illahi ini merupakan agama rojak, campur aduk antara Islam, Hindu, Budha dan lain-lain. Sangat sedikit kejayaan yang dicapainya. Ada sejarahwan mengatakan, Akhbar sendiri akhirnya mati dalam Islam. Betul ke tidak, Allah sahaja yang mengetahui.
ITF ini sebenarnya tidak perlu. Ia merupakan seperti membuka 'Pandora's Box'. Lebih banyak masalah yang akan timbul dari yang dapat diselesaikan. Baik kita tumpukan pada pembangunan ekonomi dari membicara isu remeh temeh. Biarlah persoalan pegangan diselesaikan oleh penganut agama masing-masing. Jangan bawa dia ke dalam urusan pentadbiran negara. Percayalah, Deen Illahi atau ITF, kita tidak akan menemui titik persamaan ini. Tidak percaya rujuk kepada Quran.
Surah Al Kafirun dengan jelas menyatakan : "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
1.Katakan: Wahai orang kafir!2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. 3. Tidak juga kamu sembah apa yang aku sembah. 4. Dan aku tidak akan beribadat dengan cara kamu beribadat. 5 Tidak juga kamu akan beribadat dengan cara aku beribadat. Bagimu agamamu, bagiku agamaku."
Sudah jelas bukan, tidak akan ada 'inter-faith'nya. Jika mereka tidak ganggu kita dan kita tidak ganggu mereka, tidak akan ada masalah. Meletakkan mereka semeja mungkin mengundang masalah. Tidak ada beban mengapa batu hendak di galas?
Jika Akhbar Khan gagal, masakan Koh Tsu Koon berjaya. Dia sendiri sibuk nak menyiapkan laporan KPI menteri-menteri.
3 comments:
Sri TriBuana,
Please refers posting by Dr. Maza. He is deliberate on this matter.. interfaith com. He said no problem. No debate on this topics, leave it to more knowledgeable persons. What do you say?. I am agreeable to Dr. Maza opinioned. Closed the case. LIve in harmonies with others. Lets others knows so no misunderstanding occours.
TQ Bentayan
Saya belum baca nanti saya baca. Sejarah membuktikan, agama membawa perpecahan. Islam merupakan deen, bukan agama. Dalam Islam sendiri sering berlaku percanggahan mendapat hingga disesetengah tempat berbunuh-bunuh. Malaysia dah cukup harmoni sekarang jika kita tinggalkan 'agama' pd penganutnya. Ada tuan nampak mayat bergelimpangan kerana agama di Malaysia? Tak ada kan, kerana pinjam duit slong mungkin ada.
Jika bagi so called religious folks ni berdebat dan duduk semeja, masing-masing kata cara dia betul, nnti akan menimbulkan masalah pada pengikut dibawah ini yang keliru dengan agama masing2.
Gandhi telah dibunuh oleh fanatik agama Hindu. Syadina Ali dibunuh oleh fantaik satu golongan dalam Islam(Khawarij).
Cuma baru-baru ni bila isu 'Allah' mencetus sikit salah faham tapi polis masih dpat mengawal. Polis bukan penguasa agama. Dr MAZA sendiri pun kena tangkap dek penguasa agama, jadi mcm mana kita nk harap mereka boleh toleran dengan org yang tidak seagama?
Cuma semua org kena jaga sensitiviti agama orang lainlah.
Dr. Maza setuju bersyarat. Bukan bulat2. Perlu jelas apa fungsi jawatankuasa yang bakal ditubuhkan dan apa pula yang Dr. Maza setuju.
Post a Comment