Mari kita imbas karya Francis Fukuyama: 'The End of History and the Last Man.'
Buku terbitan tahun 1992 itu meramalkan, liberal democracy akan menjadi anutan seluruh dunia dan akan mengakhiri semua ideologi politik yang lain seperti fasisme, communisme, feudalisme dan lain-lain. Ingat ketika ianya ditulis, perkataan globalisasi belum kedengaran.
Dia juga suka memetik First Man menurut thesis Hegel dalam 'universal histroy'. Menurut Hegel, "the first man is man who fought for the first bloody battle for prestige." Hegel juga mengatakan, "the last man is a man without chest." Apa maknanya?
Kita forward ke era di mana globalisasi sering dilaung-laungkan.
Dalam buku 'Lexus and Olive Tree',Friedmann(seorang Jew) menerangkan secara ringkas apa maknanya globalisasi. Dunia globalisasi terbahagi kepada dua: satu golongan pemangsa(businessman, robber baron, bankers, pemilik francise seperti Macdonald, industrialist, fund manager) dan satu golongan mangsa(negara dunia ke tiga, negara Islam yang lawless tetapi kaya kerana minyak atau mana-mana yang tidak masuk seperti yang pertama).
Perlambangan Lexus itu adalah apa yang Kenichi Ohmae sifatkan sebagai 'bordeless world' atau 'the end of nationstate'. Golongan pertama iaitu golongan pemangsa merupakan businessman, dan matlamat akhir mereka adalah kekayaan dan keuntungan. Makin kaya mereka, makin berkuasa mereka.
Lexus merupakan kereta impian yang didevelop di Amerika oleh company Jepun, membuang segala sifat chauvanis dan patriotik Jepun demi untuk memaksimumkan untung. Golongan pertama tidak kira dari negara mana dan bangsa apa hidup dalam dunia untung dan eksploitasi. Mereka akan lakukan apa saja tanpa moral dan etik demi mencapai sumpremacy dalam dunia korporat mereka.
Lexus adalah perlambangan politik exremist, chauvanis dan patriotik tidak mendapat tempat dalam dunia global.
Sementara 'olive tree' ini melambangkan dunia lama, dunia dimana tanah air merupakan medan tempur dengan semangat patriotik, chauvanis, kebangsaan menjadi ukuran. Pohon zaitun ditanam ditanah dan berakar umbi. Tanah siapa ianya akan ditanam boleh mencetuskan huru hara dan pertumpahan darah. Jika di bumi Palestin, ditanam ditanah yahudi atau arab. Jika ragu kedudukannya, berlakulah perang untuk menegakkan kebenaran demi maruah dan harga diri.
Inilah pertembungan kepentingan antara golongan pemangsa dan mangsa. Apa kaitan dengan 'first man'?
Kejadian ini berlaku dizaman globalisasi atau borderless world. Jangan terkejut dengan fakta ini. Selepas Salehudin Al-Ayubi menakluk Jurusalem, Palestin kembali ke tangan orang Islam. Selepas Perang Salib ke Tiga(zaman Saladin), beberapa pengganti Saladin berjaya menangkis serangan Kristian untuk beberapa tahun.
Kemudian berlaku sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh kita dalam abad masih dalam zaman pertengahan. Seorang raja Islam merasakan tugas mempertahankan Palestin ini terlalu tinggi. Ini kerana Jurusalem tidak mempunyai kepentingan ekonomi, hanya tempat suci kepada tiga agama. Jurusalem tidak boleh generate ekonomi seperti Mesir dan sebagainya.
Raja berkenaan menjadi global untuk zamannya, dan baginda tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Jurusalem. Baginda minta pahlawan Salib menyerang Jurusalem dan beliau akan memberi tentangan yang sedikit kerana Jurusalem terlalu banyak mengorbankan 'keuntungan' negaranya.
Dengan terlepasnya Jurusalem(olive tree), raja berkenaan boleh menumpukan perhatiannya mebangunkan negaranya dari sudut ekonomi(Lexus) tanpa mengira perasaan orang Islam, harga diri Islam, maruah Islam dan apa saja dalam perlambangan olive tree. Ini yang Hegel sifatkan 'the last man is man without chest.
Last man merupakan lambang orang moden tidak mahu lagi berperang menegakkan kepentingan kaumnya seperti kabilah Arab silam sebagai contoh. Last man adalah orang yang kononnya mementingkan keharmonian dan sanggup melepaskan harga diri dan maruah mereka. Ini bertentangan dengan First Man yang sanggup berperang dan mati berjuang dalam 'first bloody battle for prestige.'.
Sementara kita ghairah dengan perkataan globalisasi dan borderless world, terlalu ingin menjadi current dan kononnya tidak mahu terpinggir, kita ikut sahaja apa arus pun tanpa memikirkan dalam dunia yang kita kenali sebagai global ini; adakah kita merupakan pemangsa atau mangsa. Ini sebenarnya yang sering ditentang oleh Tun Dr. Mahathir.
Adakah menjadi global, golongan mangsa ini hanya ikut sahaja penternak kapitalist barat yang ingin sembelih ayam-ayam mangsa ini tanpa memikirkan olive tree kita lagi? Di mana perginya harga diri, dan maruah? Perlu kita korbankan jatidiri kita, pegangan kita(Islam) dan bermacam-macam nilai yang baik hanya untuk diterima didunia global.
Bukan semuanya itu elok. Kegagalan sistem ini berfungsi terbukti apabila kemelesetan ekonomi dunia baru-baru ini terjadi. Perdagangan matawang yang tidak berasaskan rizab emas, Hedge Fund, Ponzi Scheme, Junk Bond dan berbagai lagi alat-alat kapitalist yang eksploit golongan lemah ini terbukti mewujudkan huru-hara dalam dunia ini. Banyak juga power house kapitalist menjadi mangsa permainan mereka sendiri. Lehman Bank dan General Motor sekadar memberi contoh.
Memang benar teori Fukuyama,politik kini merupakan politik liberal demokrasi. Sudah tidak banyak negara yang tidak mengamalkan liberal demokrasi seperti Arab Saudi(absolute monarchy), Korea Utara(komunisme) dan negara Afrika dibawah warlord(diktator). Boleh kata semua sudah menganuti liberal demokrasi untuk menjadi global.
Iye,laungkan demi globalisasi jangan diungkit sejarah silam. Laungkan globalisasi menuntut kita untuk menjadi liberal dan tidak boleh rasis. Laungkan tapi jangan lupa bertanya: "dalam dunia globalisasi ini, kita mangsa atau pemangsa?".
4 comments:
Satu kupasan yang menarik untuk difikirkan ...
3911
pasaran Saham. Ada turun dan naik, dah nak mencapai rock bottom.
STB
mudah jawabannya......MANGSA. Tapi jangan lupa bahawa tempat tiada helang belalang jadi helang. Kita juga mencari mangsa.Yang besar telan kita, kita telan yang kecil. Janji telan!sebelum ditelan.
Sekarang Melayu kena fikirla dlm dunia global ni nk jd mangsa ke pemangsa. Jgn dok fikir psl nasib kaum lain pulak. Saya tidak bercakap bagi pihak mana2 politik, walaupun pertubuhan politik ada nama Melayu pun tidak saya mewakili mereka. Saya ahli UNO yg masih ada nama UMNO lagi, masih kuat Mnya. Melayu Malaysia, Melayu didahulukan, Melayu di utamakan. Ini bukan soal politik, soal mng election, soal penerimaan kaum lain, soal melayu boleh survive atau tidak patut jadi agenda Melayu tanpa mengira parti
Post a Comment