Followers

Sunday, April 25, 2010

No Personal Friend or Enemy, Only Personal Interest

Kata orang dalam politik: "No personal friend, no personal enemy, only personal interest".


Sayuti Omar menulis dalam blognya, Tinta Merah. Untuk baca: klik sini

Itulah kehebatan politik. Saya tidak mahu menyerang peribadi Zaid kerana semua manusia melakukan kesilapan dan apa kesilapan yang dilakukan, itu antara Allah dan hambaNya. Jika bertaubat, Allah Maha Pengampun.

Soalnya di sini, bolehkah orang PAS memaafkan Zaid, orang yang menyaman PAS kerana hudud. Hudud adalah 'baby project' PAS. Boleh dikatakan seluruh perjuangan PAS berlegar disekitar hudud sebab keIslaman lain BN boleh laksanakan. Cuma hudud sahaja Islam brand PAS.

Tapi itulah politik. Tok Guru yang uzur pun turun padang berkempen. Berkempen untuk memenangkan orang yang dahulu menentang perjuangannya, dan sekarang mungkin masih menentang tetapi sudah masuk dalam 'group' mereka. Ini sebenarnya assabiyah, menyokong yang salah walau dari kumpulan kita. Dan PAS kata UMNO tidak Islamik sebab parti berasaskan 'kebangsaan' atau 'assabiyah'(sebut dalam bahasa Arab, Islamik sikit bunyinya).

Politik memang memecahbelahkan ummah. Lebih merbahaya apabila politik yang bertopengkan agama.

Update: Saya meramalkan PKR akan kalah dalam PRK Hulu Selangor. Ini kerana Harakah Daily sudah spin cerita pengundi hantu, bas membawa keluar pengundi hantu dari IKBN Pertak. Selalu kalau PAS tidak bercakap pasal pengundi hantu, mereka yakin menang seperti di Bukit Gantang. Malam akhir kedua-dua pihak sudah boleh mencongak menang atau kalah. Hari ini dah ada berita pengundi hantu ini. Mungkin PKR akan tewas di Hulu Selangor. Klik sini

7 comments:

Anonymous said...

sudah le..membebel pagi buta. ungkit btak sudah...sudah. BN politik mu,PR politik TNGNA dan DZI. Setiap yang diber peluang tidak akan kekal, itu sunnahtullah.
Dalam kain kamu banyak hancen.

Unknown said...

apa pun alasan politik, hudud bukan pas yang cipta. tp tuhan. tak salah dorg pertahankan hudud.

lg pun hudud bukan brand manusia.

Anonymous said...

setuju dgn penulis. hanya disebabkan UNDI ulamak boleh jadi munafik.

hanya neraka la saja tempatnya bagi mereka yg memecahbelah kan umat dgn bertopengkan agama.

tapi sayangnya pencacai2 pas ini tak pernah baca buku zaid, i'm too a malay. mereka hanya tau sokong membuta tuli.

joe

sri tribuana said...

Saudara anon, sy x pasti apa yg saudara nk sampaikan. Saudara kaytolldin, saya masih berpendapat hudud tafsiran sesetengah ulama. Dlm Quran tidak ada hukuman rejam dgn batu bagi penzina yg sudah berkahwin. Surah An Nur ayat 2 menyatakan hukuman kpd penzina adalah sebat sebanyak 100 kali. Saya ada jumpa hadis Abu Hurairah tentang rejam dgn batu tetapi akan saya nyatakan pendirian saya terhadap hadis dlm posting nnti.
Walaubagaimana pun, terima kasih atas pandangan

sri tribuana said...

Terima kasih saudara Joe, komen saudara masuk setelah saya menjawab komen saudara kita di atas. Ada prinsip boleh dikompromi, ada yg tidak. Jika kita bercakap pasal Islam tapi ingin bersama dgn orang yang tidak ingin menegakkan Islam, malah ada yg menentang seperti DAP maka jelas kita hipokrit.
Hipokrit yg menggunakan agama sangat merbahaya kerana akan mengelirukan ummah

Anonymous said...

Sudah jadi nujum pak belalang pula?. Macam - macam ada.

sri tribuana said...

Dgn sumber2 maklumat yg ada kita dpt buar rumusan, keputusan sebenar Allah saja yg mengetahui. Rumusan berdasarkan mantiq dan empirical evident, bukan minta tolong makhluk halus